WADAH PELANCAR EDISI MAC 2025 - SISIPAN KHAS KOSISWA

TINJAUAN KOSISWA 13

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Dedah Ilmu Bidang Pelancongan kepada Anggota Koperasi Siswa Universiti Sains Islam Malaysia Berhad (KOSISWA USIM)

Pengerusi KOSISWA USIM Berhad, Dr. Hamadallah Mohammad Salleh.

Gerai KOSISWA USIM Berhad menjadi tumpuan pelajar untuk menjamu selera .

Oleh: Nor Azah Abd Aziz I lmu pengetahuan dan pengalaman menjadi teras paling utama kepada setiap aktiviti yang mahu digerakkan oleh Koperasi Siswa Universiti Sains Islam Malaysia Berhad (KOSISWA USIM). Perkara tersebut dilihat sebagai asas penting dalam usaha untuk meningkatkan nilai dan semangat berkoperasi dalam kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta seluruh anggotanya. Pendekatan tersebut seiring dengan misi KOSISWA USIM iaitu menjadi platform rujukan dan pilihan nombor satu anggota dalam semua aspek dan gerakan koperasi berasaskan Syariah. Pengerusi koperasi, Dr. Hamadallah Mohammad Salleh berkata, selaras dengan visi koperasi untuk menyasarkan pembentukan 100 pelajar usahawan dalam kalangan anggota pada tahun 2025, KOSISWA USIM telah menceburi pelbagai aspek perniagaan termasuk aktiviti pelancongan. Selaras dengan usaha menerapkan ilmu dan kepakaran, anggota terlibat akan dibantu oleh tenaga pakar yang akan memantau serta memberi khidmat nasihat dari mula hingga akhir. “KOSISWA USIM yang dianggotai oleh seramai 361 anggota telah menetapkan garis panduan menguruskan lawatan dalam dan luar negara. Ilmu dan pengalaman dalam menguruskan program itu dapat membantu meningkatkan tahap kebolehan dan kemahiran anggota untuk menjadi usahawan yang berjaya," ujarnya. Menurut beliau, sejak mula ditubuhkan pada 25 Jun 2012, KOSISWA USIM sangat menggalakkan anggotanya untuk mencipta peluang pekerjaan sendiri melalui keusahawanan. Sejak tahun 2000, terdapat 20 alumni KOSISWA USIM telah bergelar

usahawan yang datang dari pelbagai latar belakang jurusan. KOSISWA USIM dalam proses mendapatkan lesen pelancongan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut giat menjalankan program ilmu seperti kursus berkaitan pendidikan pelancongan bagi meningkatkan kemahiran anggota. Selain itu, koperasi juga pernah menganjurkan program penanda aras ke Pulau Pangkor pada tahun 2023 selain menguruskan lawatan ke luar negara seperti Thailand dan Korea. Pada tahun ini, koperasi merancang untuk mengadakan program pelancongan ke Jepun yang dijangka akan melibatkan penyertaan seramai 20 peserta. Pada tahun ini, sektor pelancongan koperasi telah diletakkan dengan Key Performance Indicator (KPI), iaitu dua program lawatan antarabangsa dan juga dalam negara. Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah merancang untuk menjadikan KOSISWA USIM sebagai hub edu-tourism . Beliau berharap pada tahun ini, KOSISWA USIM dapat membuka ruang kepada bekas anggotanya untuk terus menyertai koperasi dengan kriteria tertentu melalui pindaan pada Undang-Undang Kecil Koperasi.

Perbincangan sering diadakan dalam kalangan ALK bagi memastikan perancangan aktiviti pelancongan koperasi lebih tersusun.

Koperasi Siswa Universiti Sains Islam Malaysia Berhad (KOSISWA USIM)

Alamat

: K11-KOSISWA USIM Berhad, Pusat Keusahawanan Pelajar (Student Mall), Universiti Sains Islam Malaysia 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

No. Telefon

: +6017 - 841 4727

E-mel

: kosiswa@raudah.usim.edu.my

Tarikh Ditubuhkan: 25 Jun 2012 Aktiviti

: Projek sewa lot kedai, projek jualan air, projek jualan makanan, projek jualan baju, projek percetakan, projek

lembu korban, projek bazaar Ramadan, projek pelancongan, projek sukan siswa, projek 'The Qhuntum', projek Halal dan projek media.

Program pelancongan ke Korea pada September 2024, memberi peluang kepada mahasiswa untuk meneroka pengalaman baru di luar negara.

Pejabat KOSISWA USIM Berhad, tempat di mana segala perancangan dan pengurusan KOSISWA dijalankan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease