WADAH PELANCAR EDISI MAC 2025 - SISIPAN KHAS KOSISWA

TINJAUAN KOSISWA 14

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Program Inkubator Gilap Bakat Pelajar Jadi Usahawan Muda Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM)

Pengerusi KOSISWA UPM, Encik Muhammad Afig Iskandar Adrel.

Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM) mengusahakan kedai ‘Kopi Cemara’ serta bengkel basikal bagi memudahkan pelajar mendapatkan makanan dan minuman serta perkhidmatan penyelenggaraan basikal di kampus.

Oleh: Nadiah Kamarudin K operasi Keusahawanan Siswa UPM Berhad (KOSISWA UPM) telah membuka jalan bagi pelajar yang ingin meneroka dunia keusahawanan sebagai sumber pendapatan tambahan selain membina kemahiran dan pengalaman berharga bagi mempersiapkan mereka ke arah masa depan selepas graduasi. Beberapa inisiatif telah digerakkan oleh KOSISWA UPM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) antaranya seperti Program Inkubator Keusahawanan Siswa. Program tersebut menghubungkan pelajar yang berminat untuk mendalami selok belok sesuatu perniagaan secara langsung dengan pemilik perniagaan tersebut. Menurut Pengerusi KOSISWA UPM, Encik Muhammad Afig Iskandar Adrel, sebahagian besar perniagaan koperasi itu disertakan dengan program inkubator. Sebagai contoh, kedai ‘Kopi Cemara’ dan ‘ Rain Coffee ’ dijadikan pusat inkubator dengan melibatkan pelajar UPM sebagai staf kedai. Selain itu, bagi pelajar yang berminat untuk mempelajari pengurusan bengkel basikal, koperasi tersebut dengan kerjasama CEM menganjurkan bengkel sehari bersama pemilik bengkel basikal di UPM bagi memberi pengalaman sebenar kepada mereka. “Sama seperti perniagaan lain di UPM, seperti kedai gunting rambut, kedai burger dan perkhidmatan percetakan baju, kami menjadikan mereka sebagai pusat inkubator untuk memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri pengalaman menguruskan perniagaan,” jelas beliau. “Perniagaan di kampus sering dikaitkan dengan sistem tender universiti yang sudah tentu berorientasikan keuntungan. Namun, apabila perniagaan dijalankan oleh alumni, ini membuka peluang kepada pelajar untuk terlibat sama. Sebagai alumni UPM, saya melihat kepentingan program inkubator ini kerana

membolehkan saya memanfaatkan nama royalti KOSISWA UPM untuk memastikan perniagaan burger yang saya usahakan sejak zaman pengajian terus berjalan. Perniagaan tersebut kini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar dengan pasukan seramai 15 orang dan semuanya terdiri daripada mahasiswa UPM,” katanya. Menerusi usaha itu, KOSISWA UPM terus membuktikan bahawa koperasi mampu menjadi platform yang efektif dalam melahirkan usahawan muda dan meningkatkan kebolehpasaran graduan. Di samping itu, koperasi tersebut turut menganjurkan program ‘Siswapreneur StartupBiz@CEM’ serta Program Bersiri Talk KOSISWA UPM yang bertujuan membimbing dan memperkasakan pelajar dalam bidang keusahawanan melalui sesi perkongsian ilmu bersama usahawan berpengalaman. Selepas pandemik COVID-19, KOSISWA UPM berdepan cabaran untuk bangkit semula. Namun, dengan strategi yang kukuh, koperasi ini bukan sahaja mengusahakan dua buah kedai kopi, malah turut menggerakkan beberapa perniagaan lain seperti perkhidmatan sewaan tapak kafe, kiosk dan bilik seminar. Kini, sebahagian besar pendapatan koperasi diperoleh daripada aktiviti sewaan. Selain itu, koperasi berkenaan turut menjalankan projek khas seperti penjualan bunga sempena majlis graduasi yang diadakan sekali setahun. Hal ini menunjukkan kepercayaan penuh UPM terhadap koperasi untuk mengendalikan perniagaan tersebut. Antara cabaran koperasi adalah untuk menarik minat lebih ramai pelajar menjadi anggota. Menyedari akan kepentingan tersebut, Encik Muhammad Afig menjelaskan bahawa pihaknya merancang untuk berkolaborasi dengan Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPP UPM). Menerusi pengaruh dan jaringan yang dimiliki MPP UPM, beliau berharap agar usaha yang dijalankan dapat menarik lebih ramai pelajar pelajar untuk menyertai KOSISWA UPM sebagai anggota aktif.

Pemantauan secara berkala di kedai 'Kopi Cemara' dapat memastikan pengurusan operasi berjalan lancar.

Bengkel basikal menyokong penggunaan basikal sebagai alternatif mobiliti lestari bagi pelajar dan staf universiti.

Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM)

Alamat

: Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Aras 1, Kompleks Mahasiswa Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan.

No. Telefon : +603 – 9769 1033 E-mel Tarikh Ditubuhkan : 27 Mei 2011 Aktiviti

: kosiswaupm2022@gmail.com

: Kedai ‘Kopi Cemara’, kedai ‘ Rain Coffee ’, sewaan tapak kafe, kiosk dan bilik seminar serta bengkel basikal.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease