TINJAUAN KOSISWA 15
Wadah
SISIPAN KHAS KOSISWA
Jalin Kerjasama Strategik, Tingkat Keupayaan Koperasi Koperasi Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Berhad(KOSISWA Unisza Berhad)
Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz K operasi Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin Berhad (KOSISWA Unisza Berhad) bertekad untuk terus menjalin kerjasama strategik bagi meningkatkan keupayaan koperasi di samping meraih sokongan serta keyakinan pihak luar terhadap gerakan koperasi di peringkat universiti. Selain menikmati manfaat bekerjasama dalam gerakan, jalinan strategik bersama koperasi, institusi kewangan, pemain industri, agensi kerajaan dan swasta dilihat boleh meningkatkan kekuatan gerakan dan mengekalkan daya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosial. Tidak dinafikan, kolaborasi strategik dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, mempererat hubungan dan mendorong kepada pencapaian inovasi. Selain mencipta sinergi positif, kerjasama strategik dapat memperbaiki komunikasi antara organisasi agar menjadi lebih efektif dan seterusnya berupaya menyemarakkan semangat kerja secara berpasukan. Pengerusi KOSISWA Unisza Berhad, Saudara Aisar Najmi Ahmad Shahrul Nizam berkata, inisiatif jalinan kerjasama strategik yang dilaksanakan koperasi bukan sahaja berjaya meningkatkan keupayaan koperasi, malah telah memperlihatkan pengembangan sumber daya manusia khususnya dalam menjayakan projek dan program yang dirangka. Sejak KOSISWA Unisza Berhad ditubuhkan 15 tahun lalu katanya, usaha mempergiat kerjasama dan menjalinkan hubungan strategik dengan rakan niaga, pemain industri serta agensi luar telah berjaya menampakkan hasil yang positif khususnya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui penganjuran program dan projek yang dilaksanakan. KOSISWA Unisza Berhad amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT) Unisza, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisza dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Unisza khususnya dalam usaha mengembangkan perniagaan dan potensi anggota dalam bidang keusahawanan koperasi, di samping memberi manfaat perlindungan sosial kepada anggota, mahasiswa, warga universiti termasuk usahawan, golongan asnaf dan komuniti setempat secara keseluruhannya. Selain itu, hubungan erat koperasi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA yang sedia terjalin memberi kekuatan kepada koperasi terutama dalam penerimaan bantuan dari segi kewangan dan latihan kepada koperasi serta usaha merangsang pembangunan perniagaan koperasi. Saudara Aisar Najmi yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengajian Islam (Syariah), Unisza berkata, koperasi sentiasa menanamkan semangat berkoperasi ‘daripada pelajar kepada pelajar’ bertepatan dengan misi penubuhan KOSISWA Unisza Berhad yang mahu membudayakan budaya keusahawanan koperasi di kampus dalam
Kedai runcit K-Shoppe yang diusahakan KOSISWA Unisza Berhad.
Barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KOSISWA Unisza Berhad yang diketuai Pengerusinya, Saudara Aisar Najmi Ahmad Shahrul Nizam (duduk, tiga dari kanan). Turut sama ialah Pengurus koperasi, Encik Muhammad Rosman Mohd Mustafah (duduk, kanan sekali).
kalangan pelajar Unisza. “Perniagaan kedai runcit yang diusahakan oleh koperasi yang dikenali sebagai K-Shoppe telah banyak memberikan manfaat besar kepada anggota dan warga universiti. Berbekalkan modal awal berjumlah RM20,000, kedai koperasi yang memulakan perniagaan pada Mac 2011 telah berjaya menarik minat warga universiti untuk berbelanja keperluan harian. Menariknya, kedai runcit yang beroperasi di Kafetaria Asrama pada setiap hari seawal jam 8 pagi hingga 11 malam itu memberi peluang kepada 10 anggota koperasi untuk bergilir- gilir bersama dua kakitangan tetap koperasi mengendalikan kedai runcit. Inisiatif tersebut adalah sebagai langkah memupuk bakat keusahawanan pelajar terhadap ilmu berkoperasi,” ujarnya. Beliau yakin, kejayaan KOSISWA Unisza Berhad menerima Anugerah Khas (AKKS 2024): Koperasi Siswa Harapan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di
KOSISWA Unisza Berhad menerima hadiah Anugerah Khas AKKS: Koperasi Siswa Harapan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada 10 hingga 12 Januari 2025. Pulau Pinang pada 10 hingga 12 Januari 2025 akan menjadi pencetus semangat kepada barisan ALK untuk terus meningkatkan standard, menaikkan imej dan mencipta kejayaan sebaris dengan koperasi dewasa dan pada masa yang sama merealisasikan visi koperasi untuk menjadi antara tiga koperasi siswa terbaik di Malaysia.
Koperasi Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Berhad (KOSISWA Unisza Berhad)
Alamat
: Lot 5, Taman Usahawan Muda Pelajar Unisza, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu Darul Iman.
No. Telefon : +6011 - 2328 6630 E-mel
: koperasisiswaunisza@gmail.com
Tarikh Ditubuhkan : Mac 2010 Aktiviti
: Peruncitan ( Kedai Runcit 'K-Shoppe' )
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease