TINJAUAN KOSISWA 16
Wadah
SISIPAN KHAS KOSISWA
Kepelbagaian Aktiviti Jadi Sumber Kelestarian Ekonomi KOPOLISAS Koperasi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Berhad (KOPOLISAS)
Oleh: Rahmat Mohd Did K operasi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Berhad (KOPOLISAS) merupakan salah sebuah koperasi siswa terkemuka di Pahang yang berperanan dalam memacu kelestarian sosioekonomi anggotanya menerusi kepelbagaian aktiviti perniagaan yang mapan. Ditubuhkan pada tahun 1989, KOPOLISAS bermula dengan menyediakan kelengkapan pelajar semasa minggu suai kenal serta mengendalikan kedai runcit. Seiring peredaran masa, koperasi ini telah mengembangkan skop perniagaannya dengan menceburi pelbagai sektor termasuk perkhidmatan dobi layan diri, mini pos, mesin air dan kopi layan diri, pengurusan konvokesyen dan sewaan langsir asrama. Sehingga Februari 2025, KOPOLISAS mempunyai seramai 4,780 anggota pelajar dan 207 kakitangan dengan aset berjumlah RM2.63 juta. Dari segi perolehan, koperasi ini mencatat peningkatan ketara daripada RM400,000 pada tahun 2023 kepada RM550,000 pada tahun 2024 dan dijangka mencapai RM700,000 menjelang tahun 2025. Menurut Pengerusinya, Puan Akmalruljehan Samiun, KOPOLISAS telah melalui transformasi yang signifikan sejak beliau mengambil alih kepimpinan pada tahun 2021, terutamanya dalam fasa pemulihan pasca pandemik Covid-19. Menurutnya, perolehan koperasi sangat bergantung kepada jumlah pelajar berdaftar setiap semester. Justeru, langkah-langkah strategik perlu diambil bagi memulihkan ekonomi koperasi setelah melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum itu. Antara inisiatif yang diambil termasuk mengambil alih pengurusan tiga buah dobi di asrama lelaki dan perempuan daripada syarikat swasta. Sebelum ini, koperasi hanya menerima komisen sebanyak 30 peratus. Namun, selepas pengambilalihan, perolehan daripada perkhidmatan dobi sahaja mampu mencecah sehingga RM120,000 setahun. Beliau yang juga Ketua Jabatan Perdagangan politeknik menerangkan, pembekalan barangan untuk minggu suai kenal pelajar masih lagi menjadi perniagaan utama KOPOLISAS yang menjamin perolehan sekitar RM150,000 setahun.
Pengerusi KOPOLISAS, Puan Akmalruljehan Samiun.
Anggota KOPOLISAS menunjukkan sebahagian produk jualan di kedai koperasi.
Dobi layan diri memudahkan urusan pelajar dan memberi pulangan lumayan kepada KOPOLISAS.
Dalam usaha memperluaskan perkhidmatan, KOPOLISAS kini merancang untuk membeli sebuah van bagi tujuan sewaan pengangkutan pelajar dan kakitangan politeknik, yang dijangka dapat meningkatkan sumber pendapatan koperasi. Puan Akmalruljehan juga berharap agar KOPOLISAS terus berkembang dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti pelajar, sekaligus menyumbang kepada kemajuan kolej serta kesejahteraan anggotanya.
Produk keluaran pelajar politeknik turut dijual di kedai koperasi.
Koperasi juga terus meneroka peluang perniagaan baharu seperti kedai koperasi atas talian, perkhidmatan urus wang tumpang, gerai jualan untuk pelajar serta kerjasama strategik dengan Maxim untuk pengiklanan kereta sewa. Antara cabaran yang dihadapi KOPOLISAS adalah lokasinya yang agak jauh dari pusat bandar menyukarkan koperasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang melibatkan masyarakat luar. Setakat ini, operasi koperasi lebih tertumpu kepada keperluan dalaman institusi. Selain itu, kekurangan tenaga mahir dalam mengendalikan operasi koperasi turut menjadi faktor yang memperlahankan perkembangan koperasi. Oleh itu, pihak pengurusan bercadang untuk menambah bilangan kakitangan tetap bagi meningkatkan kecekapan operasi di masa hadapan.
Koperasi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Berhad (KOPOLISAS)
Alamat
: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, 25350 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No. Telefon : +6019 - 2842018 E-mel Tarikh Ditubuhkan : 18 Julai 1989 Aktiviti
: kopolisasberhad@gmail.com
: Pembekalan kelengkapan pelajar sewaktu minggu suai kenal, kedai runcit, dobi layan diri, mini pos, mesin air dan kopi layan diri, pengurusan konvokesyen, sewaan langsir asrama.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease