WADAH PELANCAR EDISI MAC 2025 - SISIPAN KHAS KOSISWA

TINJAUAN KOSISWA 17

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

KOSISWAUSMKK Perkenal Edu-Health Tourism: Gabungan Pelancongan dan Pendidikan Kesihatan Koperasi Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan Maju Berhad (KOSISWAUSMKK)

Pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Tengku Amalin A'ishah Putri, Kota Bharu, Kelantan melawat makmal pemakanan juga makmal forensik dalam sesi lawatan Edu-Health Tourism Kohort STEM peringkat negeri Kelantan dibantu fasilitator dari ahli koperasi Siswa USM Kelantan Maju Berhad pada November 2024.

Aktiviti santai interaktif di Dewan Pusat Pembangunan Siswa USM oleh anggota KOSISWAUSMKK merangkap Ketua Fasi, Saudari Hanani Jasmi (pelajar Sains Perubatan tahun 4) kepada pelajar SMK Pak Badol, Bachok dan SMK Tan Sri Mohamad Yaacob, Tanah Merah dalam salah satu Program Edu-Health Tourism .

Oleh: Rahmat Mohd Did P engenalan Edu-Health Tourism oleh Koperasi Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan Maju Berhad (KOSISWAUSMKK) merupakan satu inisiatif inovatif yang menggabungkan pelancongan dengan pendidikan dalam bidang sains kesihatan. Program ini dirangka untuk menarik minat pelajar dalam bidang perubatan,pergigian dan kesihatan, selain memberi pengalaman langsung mengenai dunia kesihatan melalui lawatan dan aktiviti interaktif. Program yang dilaksanakan

penonton global serta meningkatkan kerjasama dengan institusi kesihatan bagi menyediakan pengalaman kesihatan praktikal kepada pelajar dan pelancong kesihatan. “Edu-Health Tourism bukan sekadar lawatan biasa, malah satu pengalaman pembelajaran yang interaktif dan bermakna. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar sekolah dan universiti, malah menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan pendidikan dan kesihatan di Malaysia. Dengan inisiatif seperti ini, generasi muda dapat didedahkan kepada bidang sains secara langsung, sekali gus menggalakkan mereka untuk menceburi bidang ini pada masa hadapan,” jelasnya.

membuka peluang pekerjaan kepada pelajar USM yang bertindak sebagai fasilitator, sekali gus membolehkan mereka memperoleh pengalaman bekerja dan menambah pendapatan sehingga RM2,000 bagi setiap trip yang dijalankan. Selain itu, program ini turut membantu meningkatkan kemahiran insaniah peserta, khususnya dalam aspek komunikasi, kerja berpasukan dan keyakinan diri. Di samping itu, inisiatif ini juga berperanan dalam meningkatkan kualiti serta penjenamaan pelajar USM dan pelajar luar dari segi

kredibiliti dan kemahiran sosial. Ia juga merupakan kesinambungan pelajar berkoperasi dari alam persekolahan ke peringkat universiti, dimana di sekolah ada aktiviti Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) manakala kesinambungannya ialah Edu-Health Tourism di IPT. “Setakat ini, program ini telah menerima kunjungan daripada

dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan tersebut bertujuan untuk memberikan pengalaman pendidikan kepada pelajar luar mengenai sains kesihatan, perubatan, pergigian serta mempromosikan USM Kampus Kesihatan,

Kelantan sebagai pusat pendidikan yang unggul. Menurut Pengerusi KOSISWAUSMKK, Encik Mohd Norzulhairie Othman,

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol, Bachok, Kelantan bersama pelajar SMK Tan Sri Mohamad Yaacob, Tanah Merah, Kelantan mendengar taklimat sewaktu mengadakan lawatan ke makmal sains forensik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM.

Pengerusi Koperasi Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan Maju Berhad (KOSISWAUSMKK), Encik Mohd Norzulhairie Othman

278 orang pelajar beberapa sekolah terpilih termasuk SK Sultan Ismail 1 & SMK Meranti (Kohort Kepimpinan & Motivasi), SMK Pak Badol Bachok, SMK Tan Sri Mohamed Yaacob Tanah Merah dan SMKA Tengku Amalin A'ishah Putri Kota Bharu,(Kohort STEM)” ujarnya. Tambahnya lagi, bagi memperluaskan lagi manfaat program tersebut di masa hadapan, beberapa langkah telah diambil termasuklah meluaskan skop program ke peringkat kebangsaan dengan melibatkan lebih banyak institusi, menawarkan lawatan maya atau simulasi kajian anatomi bagi menarik perhatian

melalui program ini, peserta akan dibawa melawat beberapa lokasi penting di USM Kampus Kesihatan, Kelantan seperti Muzium Anatomi, Galeri Interaktif Sains Kesihatan (SPICES), Pusat Pengajian Sains Pergigian, Pusat Pengajian Sains Perubatan dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Lawatan ini membolehkan peserta melihat dan menyentuh spesimen anatomi yang diawet serta memahami lebih lanjut mengenai bidang perubatan juga kesihatan seterusnya meningkatkan minat langsung pelajar kepada sains. Katanya, Edu-Health Tourism

Koperasi Siswa Koperasi Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan Maju Berhad (KOSISWAUSMKK)

Alamat

: KOSISWA USM Kelantan Maju Berhad, Pusat

Pembangunan Siswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan USM, 16150, Kubang Kerian, Kelantan.

No. Telefon

:

+609-76711321

E-mel

: koperasisiswakk@gmail.com

Tarikh Ditubuhkan:

7 Julai 2011

Aktiviti

: Dataran Usahawan SIswa (DUSIS), Kopi Siswa, Edu-Health Tourism dan perkhidmatan parcel.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease