TINJAUAN KOSISWA 18
Wadah
SISIPAN KHAS KOSISWA
Koperasi Siswa Perkasa Ekosistem Keusahawanan Pelajar Koperasi Siswa UniMAP Berhad (KOSISWA UniMAP)
Majlis Pelancaran ‘Gunting Rambut Orang Barbershop’ pada September 2023.
Anugerah Keusahawanan KPT 2023. Tempat Ke-3, Kategori Projek Keusahawanan Sosial.
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Perniagaan & Komunikasi UniMAP Oleh: Dr. Rozilawati Mahadi K eusahawanan dalam kalangan pelajar universiti semakin mendapat perhatian sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerjaan konvensional. Di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), pemerkasaan ekosistem keusahawanan bukan sahaja melibatkan program latihan dan sokongan pembiayaan, malah turut melibatkan aspek pengukuhan menerusi peranan Koperasi Siswa sebagai platform praktikal untuk pelajar membangunkan kemahiran perniagaan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Koperasi Siswa UniMAP berpotensi menjadi pemangkin kepada ekosistem keusahawanan dengan menyediakan peluang perniagaan sebenar, akses kepada pembiayaan koperasi, dan jaringan pasaran dalam kampus serta luar universiti. Peranan Koperasi Siswa dalam Ekosistem Keusahawanan UniMAP 1. Platform Latihan & Simulasi Perniagaan • Menyediakan ruang bagi pelajar menjalankan perniagaan sebenar melalui koperasi. • Mewujudkan model perniagaan kecil dalam kampus seperti kedai runcit, perkhidmatan percetakan, makanan dan minuman dan perkhidmatan penghantaran. • Menawarkan latihan operasi perniagaan, pengurusan kewangan, dan pemasaran kepada ahli koperasi. 2. Sumber Pembiayaan Alternatif • Koperasi boleh menyediakan tabung modal kecil bagi membantu pelajar memulakan perniagaan. • Akses kepada pinjaman mikro untuk membiayai projek inovasi keusahawanan. • Keuntungan koperasi boleh dilaburkan semula dalam program pembangunan usahawan pelajar.
3. Jaringan & Kolaborasi Dengan Industri • Menjadi perantara bagi pelajar untuk bekerjasama dengan pembekal luar dan syarikat industri. • Membantu pelajar mendapatkan tempahan produk atau perkhidmatan dari luar kampus. • Memperluas rangkaian perniagaan kepada masyarakat setempat melalui koperasi komuniti. 4. Pembangunan Usahawan Berasaskan Teknologi & Inovasi • Menyokong pelajar yang berminat dalam keusahawanan digital dan produk berasaskan teknologi. • Mewujudkan hub e-dagang koperasi untuk membantu pemasaran produk pelajar di platform dalam talian. • Mengintegrasikan Internet of Things (IoT) atau blockchain dalam pengurusan koperasi sebagai model perniagaan digital. 5. Peluang Keusahawanan Sosial • Koperasi boleh menjalankan projek keusahawanan sosial untuk memberi impak kepada komuniti. • Contoh: Menawarkan kursus kemahiran kepada golongan B40 atau menjalin kerjasama dengan usaha tani dan industri halal. Perancangan Strategi Pemerkasaan Koperasi Siswa UniMAP Mengintegrasikan Koperasi Dalam Kurikulum Keusahawanan • Menjadikan koperasi sebagai platform pembelajaran berbasis pengalaman ( experiential learning ). • Pelajar yang mengambil kursus keusahawanan boleh menjalankan projek perniagaan melalui koperasi. Menawarkan Insentif Kepada Ahli Koperasi • Keuntungan koperasi boleh dikembalikan kepada anggota dalam bentuk dividen dan geran perniagaan kecil.
RACKUS COFFEE di Karnival Keusahawanan KUSKOP 2024.
• Memberikan keutamaan kepada anggota koperasi dalam akses kepada geran keusahawanan. Memperkukuhkan Digitalisasi & E-Commerce • Mewujudkan platform e-dagang koperasi untuk menjual produk pelajar secara dalam talian. • Menggunakan media sosial dan aplikasi mudah alih untuk menarik lebih ramai pelanggan. Kolaborasi Dengan Agensi dan Alumni Usahawan • Menjalin MoU dengan koperasi luar untuk memperluaskan peluang keusahawanan. • Mengadakan program mentoring bersama alumni usahawan UniMAP.
Pengerusi Koperasi KOSISWA UniMAP, Dr. Rozilawati Mahadi .
Pemerkasaan ekosistem keusahawanan di UniMAP akan lebih berkesan dengan pembangunan koperasi siswa sebagai platform latihan dan operasi perniagaan sebenar. Dengan pendekatan yang strategik, koperasi dapat menjadi pemacu utama dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki ilmu keusahawanan tetapi juga pengalaman praktikal dalam menguruskan perniagaan secara kolektif. Dengan sokongan universiti, industri, dan komuniti, Koperasi Siswa UniMAP boleh menjadi model koperasi universiti yang berdaya maju dan inovatif.
Koperasi Siswa UniMAP Berhad (KOSISWA UniMAP)
Alamat
: GIG Centre UniMAP, Kolej Kediaman PFI1, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Alam Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis.
No. Telefon
:
+60163432952
E-mel
: kosismapberhad@unimap.edu.my
Tarikh Ditubuhkan:
22 Disember 2023
Aktiviti
: Menjalankan perniagaan jualan minuman kopi iaitu Rackuss Coffee dan juga sewaan tapak niaga kepada foodtruck ketika aktiviti rasmi di dalam UniMAP.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease