2 PRAKATA
Wadah
SISIPAN KHAS KOSISWA
PRAKATA
Salam Malaysia MADANI
Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Mesyuarat Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil.1/2025 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor. Mesyuarat ini merupakan satu platform strategik untuk mengukuhkan daya saing gerakan koperasi negara selaras dengan Dasar Koperasi Malaysia (DKM) 2030 dan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi yang inklusif. Dalam konteks menjayakan Malaysia MADANI, koperasi memainkan peranan penting sebagai tulang belakang ekonomi rakyat. Konsep MADANI yang diperkenalkan oleh Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan enam teras utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Kesemua nilai ini selari dengan prinsip dan falsafah koperasi yang berteraskan keadilan, kerjasama dan pembangunan bersama iaitu ‘Bekerja Bersama-Sama Demi Manfaat Bersama’. Koperasi Siswa (KOSISWA) memainkan peranan penting sebagai pemacu pembangunan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Peranan KOSISWA tidak hanya terbatas sebagai entiti perniagaan malah juga sebagai institusi pembangunan modal insan yang melahirkan pemimpin masa hadapan yang berintegriti, kreatif dan berdaya saing. Melalui KOSISWA juga, mahasiswa bukan sahaja didedahkan dengan kemahiran keusahawanan, malah juga dilatih untuk memahami nilai-nilai kerjasama, tanggungjawab sosial dan kepimpinan yang selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Kerajaan komited dalam menyokong pembangunan koperasi mahasiswa dengan pelbagai inisiatif, termasuk latihan, pembiayaan, jaringan kolaborasi dengan industri dan agensi berkaitan. Inisiatif ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing dan berdaya tahan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang lebih inklusif dan mampan. Selain itu, usaha memperkasakan koperasi siswa juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan ekonomi rakyat berasaskan keadilan dan kemakmuran bersama. Melalui koperasi, mahasiswa bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup, malah juga menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Koperasi siswa boleh menjadi platform untuk melaksanakan projek-projek sosial yang memberi manfaat kepada komuniti setempat, seterusnya merealisasikan nilai-nilai ihsan dan kesejahteraan yang menjadi teras Malaysia MADANI. Saya yakin bahawa Sisipan Khas KOSISWA 2025 ini akan menjadi sumber rujukan penting dalam mendokumentasikan perkembangan gerakan koperasi, khususnya dalam kalangan mahasiswa. Diharapkan perkongsian pengalaman, ilmu dan strategi yang dibentangkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih banyak koperasi untuk berkembang maju. Akhir kata, tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam penerbitan sisipan ini. Semoga usaha ini terus memperkukuh peranan koperasi dalam ekosistem sosioekonomi negara, sekaligus menyumbang kepada kejayaan agenda Malaysia MADANI. Sekian, terima kasih.
YB Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Sidang Pengarang
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Faah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease