WADAH PELANCAR EDISI MAC 2025 - SISIPAN KHAS KOSISWA

3 RENCANA

Wadah

SISIPAN KHAS KOSISWA

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Transformasi KOSISWA Menuju Aspirasi Malaysia Madani

K operasi Siswa (KOSISWA) merupakan sebahagian daripada ekosistem koperasi negara yang berfungsi sebagai platform utama bagi melatih mahasiswa dalam bidang keusahawanan, pengurusan perniagaan dan kepimpinan koperasi. KOSISWA bukan sahaja memainkan peranan dalam menjana pendapatan bagi mahasiswa, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi institusi pendidikan tinggi. Dalam konteks yang lebih luas, KOSISWA juga menjadi salah satu wahana penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan ekonomi yang inklusif, mampan dan berasaskan nilai-nilai kemanusiaan. Inisiatif ANGKASA dalam Memperkasakan KOSISWA Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ANGKASA melalui Bahagian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan perniagaan KOSISWA, termasuk: 1. Program Pemerkasaan KOSISWA – Program ini menyediakan pelbagai latihan dan bimbingan kepada mahasiswa dalam aspek tadbir urus koperasi, model perniagaan inovatif dan strategi pemasaran yang berkesan. Program tersebut selaras dengan teras MADANI iaitu daya cipta dan kemampanan mahasiswa yang dilatih untuk menjadi usahawan yang kreatif dan berdaya tahan. 2. Geran dan Tabung Modal Pusingan – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyediakan geran dan tabung modal pusingan bagi menyokong pertumbuhan koperasi mahasiswa. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi rakyat yang berasaskan keadilan dan kemakmuran bersama selaras dengan prinsip kesejahteraan dalam Malaysia MADANI. 3. Pembangunan Rangkaian dan Kolaborasi – Hubungan strategik antara KOSISWA dengan koperasi dewasa, syarikat korporat dan agensi kerajaan telah membuka lebih banyak peluang perniagaan dan latihan kepada mahasiswa. Melalui kolaborasi tersebut, mahasiswa didedahkan kepada amalan terbaik dalam perniagaan dan kepimpinan, sekaligus

Perancangan Masa Hadapan Sebagai langkah untuk memperkukuh peranan KOSISWA, ANGKASA telah merangka beberapa inisiatif jangka panjang, antaranya: 1. ANGKASA-UMKResearchAcademy (AURA) – Pusat ini akan menjadi pusat latihan utama bagi memperkasakan kemahiran kepimpinan dan keusahawanan mahasiswa. Melalui akademi ini, mahasiswa akan dilatih untuk menjadi pemimpin koperasi yang berintegriti dan berdaya saing, selaras dengan nilai-nilai MADANI seperti hormat dan keyakinan. 2. Program Pengantarabangsaan KOSISWA strategik – ANGKASA akan mempergiat usaha untuk membawa koperasi mahasiswa ke pasaran global. Ini termasuk penyertaan dalam pameran antarabangsa, program pertukaran pelajar dan kerjasama dengan koperasi luar negara. 3. Penerapan Teknologi dan Digitalisasi – Dalam era Revolusi Industri 4.0, ANGKASA akan memastikan KOSISWA menerapkan teknologi dan digitalisasi dalam model perniagaan mereka termasuk penggunaan platform e-dagang, sistem pengurusan digital dan inovasi dalam produk dan perkhidmatan. 4. Bengkel dan Webinar Berterusan – ANGKASA akan meneruskan pelaksanaan bengkel keusahawanan, latihan kepimpinan dan kursus digitalisasi untuk KOSISWA bagi memastikan koperasi mahasiswa terus berkembang secara mampan dan berdaya saing. Kesimpulan Dengan adanya strategi yang jelas dan sokongan menyeluruh, KOSISWA boleh menjadi pencetus perubahan dalam landskap ekonomi mahasiswa dan melahirkan generasi usahawan koperasi yang kompetitif. Melalui kerjasama erat antara ANGKASA, kerajaan dan institusi pendidikan tinggi, KOSISWA bukan sahaja akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, malah turut menjadi salah satu tonggak dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI .

menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti. Selain itu, Bahagian Pendidikan ANGKASA juga telah melaksanakan pelbagai bengkel dan webinar untuk memperkasakan koperasi mahasiswa, antaranya: • Bengkel Pembangunan Perniagaan Koperasi IPT (2016, 2017, 2023, 2024). •Konvensyen Koperasi Siswa Malaysia (2018). • Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Mahasiswa Kebangsaan (2019). • Webinar Pemerkasaan KOSISWA IPT (2021, 2022). • Bengkel Kedai Online untuk Pemasaran Digital Koperasi Siswa (2021). • Pensijilan Profesional Pengurusan Koperasi untuk Pelajar UMK (2022). • Bengkel Pemadanan Perniagaan Koperasi Belia/IPT (2022, 2023). • Bengkel Pemerkasaan Keusahawanan Belia dalam Era Digitalisasi (2024). Program tersebut membuktikan komitmen ANGKASA dalam melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal dalam keusahawanan malah juga pemikiran strategik dan daya saing global. ANGKASA telah memulakan inisiatif untuk membawa KOSISWA ke persada global menerusi program seperti: • Sukarelawan KOSISWA di ICA Global Conference and General Assembly 2017. • Global Youth Forum Cooperative Entrepreneurship (2020). • Lawatan Kajian Koperasi oleh Singapore National Co-operative Federation (SNCF) ke Malaysia (2016). Program pengantarabangsaan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mempelajari model koperasi global dengan menjalin rangkaian antarabangsa dan membina kerjasama strategik yang mampu memperkasakan perniagaan mereka.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease