REAKSI 9
Wadah
SISIPAN KHAS KOSISWA
“KOSISWA merupakan platform terbaik untuk mahasiswa membentuk sifat keusahawanan dan menimba pengalaman dan mengurus perniagaan yang sebenar. Faktor kejayaan dan kepimpinan koperasi yang berwibawa, bertanggungjawab dan berinovasi boleh menjadi pencetus semangat serta memberikan galakan kepada mahasiswa baharu untuk menyertai KOSISWA.”
Anggota Lembaga ANGKASA Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
“Jaringan strategik antara KOSISWA dengan kementerian dan agensi kerajaan mahupun swasta dapat membantu koperasi mengoptimumkan sumber daya dan meningkatkan keberkesanan pengurusan perniagaan koperasi. Natijahnya, kerjasama yang terjalin bukan sahaja membolehkan koperasi meneroka kaedah terbaik menghasilkan produk koperasi yang berinovatif malah juga meningkatkan ‘visibility’ dan daya saing koperasi di peringkat domestik dan antarabangsa melalui peluasan pasaran.”
Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) Encik Azizul Alias
“KOSISWA bukan sahaja boleh menjadi wadah pelengkap kepada usaha untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi dalam memupuk sikap keusahawanan, meningkatkan taraf hidup dan mendorong kemakmuran ekonomi malah juga menjadi platform pembentukan modal insan. Modal insan merupakan nadi utama dalam pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing di mana negara memerlukan siswa yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti. SISWA BERKOPERASI SISWA BERKUALITI.”
Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil Kementerian Kewangan Malaysia) Encik Ezleezan Othman
“Kejayaan sesuatu projek koperasi bergantung kepada tahap pengetahuan seseorang menerusi elemen pembangunan modal insan, ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Di samping itu juga, kemahiran berkomunikasi turut memainkan peranan penting kerana kebolehan ini amat diperlukan untuk mahasiswa mendapatkan maklumat melalui perhubungan dengan pihak luar. Peluang kerjasama jaringan strategik antara KOSISWA dengan agensi luar dan pemain industri bukan sahaja dapat membuka ruang mengaktifkan koperasi, malah menggalakkan mahasiswa memulakan perniagaan secara berkumpulan sebagai langkah meningkatkan tahap ekonomi mereka sendiri.”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease