WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2024

S

APRIL 2024 JILID: WP06/4

ANGKASACoop

www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)

AIGA 2023: ANGKASA Rangkul Anugerah Perak Buat Kali Kedua Berturut- turut

KPK Usul ANGKASA Bantu Kerajaan Tingkat Pengeluaran Minyak Sawit

5

4

Kerajaan Galak Koperasi Kredit Langgan SPeKAR

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick (tiga dari kanan) bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Experian Information Services Sdn. Bhd., Puan Dawn Lai (kanan sekali) semasa gimik pelancaran Majlis Ulang Tahun Sedekad Inovasi Bersama Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan Experian (SPeKAR) serta Majlis Penghargaan kepada Pelanggan SPeKAR di Putrajaya pada 7 Mac 2024.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Menterinya, YB Datuk Ewon Benedick berkata, usaha tersebut selaras dengan langkah strategik bagi meningkatkan persekitaran perniagaan yang lebih mampan dan lestari di bawah Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TRANSKOM). “Sektor perkhidmatan kewangan menyumbang sebanyak RM38 bilion kepada keseluruhan perolehan gerakan koperasi pada tahun 2022. Ini menunjukkan bahawa sektor ini merupakan penyumbang utama kepada perolehan koperasi.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menggalakkan semua koperasi yang menjalankan aktiviti kredit agar melanggan Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan Experian (SPeKAR) bagi memperkasakan Ekosistem Kredit Koperasi.

BERSAMBUNG DI MUKA 3

ANGKASA 2

APRIL 2024

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd. Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik)

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan

• Halim Haji Ibrahim Penolong Pengarang (Menanggung Tugas Pengurus) • Nor Azah Abd. Aziz Pengarang • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Muat Turun Aplikasi

Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

3 ANGKASA

APRIL 2024

DARI MUKA 1

Pada hemat saya, SPeKAR berada di barisan hadapan dalam merevolusikan penggunaan sistem pelaporan kredit dengan memanfaatkan teknologi terkini dalam memperkasakan data kredit dan perniagaan," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Ulang Tahun Sedekad Inovasi Bersama Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan Experian (SPeKAR) serta Majlis Penghargaan kepada Pelanggan SPeKAR di Putrajaya pada 7 Mac 2024. Menurutnya, inisiatif tersebut amat membantu pihak kerajaan dan koperasi untuk menurunkan jumlah pinjaman tidak berbayar (NPL) disebabkan maklumat yang tidak lengkap ketika proses saringan kelayakan. “Saya difahamkan, sepanjang tempoh 10 tahun penubuhannya, SPeKAR telah memberikan perkhidmatan kepada 328 buah organisasi pelanggan di mana 267 daripadanya terdiri daripada koperasi. Ini bermakna, daripada keseluruhan 561 buah koperasi yang menjalankan aktiviti kredit, masih terdapat 294 buah koperasi yang belum memanfaatkan SPeKAR. Justeru, saya menggesa agar kesemua koperasi yang belum melanggan SPeKAR dapatlah berbuat demikian secepat mungkin bagi memperkasakan Ekosistem Kredit Koperasi yang mampu melonjakkan standard dan kualiti koperasi di Malaysia setara dengan institusi pembiayaan yang lain,” tambah beliau. Sebelum itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, penubuhan SPeKAR bertitik tolak daripada cabaran yang dihadapi oleh sebahagian koperasi kredit terutamanya koperasi kecil dan sederhana yang belum mampu untuk mempunyai sebuah sistem pelaporan kredit bagi membantu semakan penilaian kredit anggota koperasi yang berhasrat untuk membuat pinjaman. “Dengan adanya SPeKAR, koperasi dapat membuat penilaian dan pertimbangan dengan lebih komprehensif sebelum meluluskan sesuatu pembiayaan kepada anggota mereka. SPeKAR merupakan satu inovasi dalam sistem pelaporan maklumat kredit kepada semua koperasi dan institusi kewangan selaras dengan Garis Panduan 7A oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Langkah-Langkah Kestabilan Kewangan Menurut Seksyen 31 Akta Bank Negara 2009. SPeKAR juga satu-satunya sistem pencarian kredit yang lengkap yang ada di Malaysia. Hasil kerjasama strategik antara ANGKASA dengan Experian Information Services Sdn. Bhd, kita berjaya menghasilkan sebuah sistem pelaporan kredit mampu milik khusus bagi sektor koperasi,” jelasnya. Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Experian Information Services Sdn. Bhd., Puan Dawn Lai dalam ucapannya berkata, hasil kerjasama ANGKASA dengan Experian dalam tempoh 10 tahun telah mencapai kejayaan yang luar biasa. Selain itu, penggunaan laporan kredit sebagai alat penilaian risiko telah mengalami trend peningkatan yang sangat baik. Jumlah laporan kredit yang diminta oleh koperasi telah meningkat sebanyak 12 kali ganda,

Sesi pertukaran perjanjian antara ANGKASA dengan Experian.

Sesi pertukaran perjanjian antara MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. yang diwakili Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dengan Takaful Ikhlas General Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad yang diwakili Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Takaful Ikhlas General Berhad, Encik Asri Suratman.

Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) mewakili Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohd Zaib Mat Yunus dan Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Perunding mewakili Akauntan Negara Malaysia, Puan Ramsiah Ismail. Kepimpinan ANGKASA yang hadir dalam majlis tersebut termasuklah barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias selaku wakil KUSKOP, barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

daripada kurang 25,000 laporan setahun kepada 300,000 laporan setahun,” ujarnya. Turut berlangsung dalam majlis tersebut adalah sesi pertukaran perjanjian antara ANGKASA dengan Experian, pertukaran perjanjian antara Takaful Ikhlas General Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad dengan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., pertukaran perjanjian antara La Calisto Retail Sdn. Bhd. dengan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. serta Anugerah Penggunaan SPeKAR Tertinggi kepada enam pelanggan (Top 6) SPeKAR yang teratas. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Rozdeen Mohd Jaafar, Timbalan

Dari Meja Presiden

Gerakan koperasi perlu bergerak proaktif sebagai pemain utama dalam industri ekonomi negara supaya apa yang disumbangkan oleh gerakan dapat dirasai oleh rakyat, seterusnya meningkatkan keyakinan mereka terhadap sektor koperasi. Usaha tersebut adalah seiring dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030 yang mahu menjadikan sektor koperasi sebagai penyumbang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Kerjasama erat antara ANGKASA dengan agensi kerajaan dan swasta berupaya menjadi pemangkin kepada usaha membantu merancakkan ekosistem perniagaan gerakan koperasi sekali gus meletakkan koperasi sebagai model perniagaan pilihan dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara.

Melalui kerjasama strategik tersebut, usaha menjadikan koperasi sebagai pemain utama dalam rantaian perniagaan dapat direalisasikan bagi memastikan gerakan koperasi berkembang dinamik dan kekal relevan dalam perkembangan sosioekonomi negara.

Penyertaan kalangan profesional, belia dan penjawat awam dalam sektor koperasi misalnya, sangat penting kerana golongan berkenaan boleh berperanan sebagai penyumbang idea dan pandangan bagi meningkatkan kecekapan daya saing gerakan koperasi, seterusnya menggalakkan penglibatan koperasi dalam pelbagai bidang secara lebih progresif.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

ANGKASA 4

APRIL 2024

KPK Usul ANGKASA Bantu Kerajaan Tingkat Pengeluaran Minyak Sawit

Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani (duduk, tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, dua dari kiri) selepas sesi pertemuan di Putrajaya pada 12 Mac 2024.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Menurut beliau, ANGKASA pula akan bertindak sebagai penyelia yang akan menguruskan kelompok tersebut selain menjadi pemudah cara untuk pekebun kecil yang turut menghadapi kerenah ditipu oleh orang tengah dalam beberapa urusan seperti pengambilan pekerja asing serta pembelian benih, baja dan racun serangga. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah pula berkata, ANGKASA menyahut baik cadangan tersebut dan memohon agar kerajaan melalui KPK juga dapat membantu koperasi dari segi operasi penanaman semula sawit yang memerlukan kos tinggi, iaitu sekitar RM8,500.00 sehektar. Katanya, bersama ANGKASA, terdapat 51 buah koperasi berkaitan sawit di seluruh negara dengan keluasan tanaman berjumlah 55, 718.25 hektar. Hadir sama dalam sesi pertemuan itu ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Pengerusinya, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain. Turut hadir ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengusulkan cadangan supaya ANGKASA dapat membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan pengeluaran minyak sawit negara yang menunjukkan aliran menurun melalui usaha penanaman semula sawit. Perkara tersebut disuarakan oleh Menterinya, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam satu sesi pertemuan di Putrajaya pada 12 Mac 2024. Katanya, Malaysia mengeluarkan sebanyak 19.5 juta tan sawit pada tahun 2013 manakala Indonesia menghasilkan 26 juta tan. Namun begitu, dalam tempoh 10 tahun, pengeluaran sawit negara menurun kepada 18.5 juta pada 2023 berbanding negara jiran tersebut meningkat hampir sekali ganda kepada 46.5 juta. “Saya jangkakan kita (pengeluaran sawit negara) akan jatuh lagi kalau kita tak buat sesuatu,” tambah beliau. Justeru, beliau mencadangkan supaya ANGKASA menyatukan pekebun kecil dalam kalangan koperasi untuk mewujudkan satu kluster seluas 8,000 hingga 10,000 hektar ladang dan akan diuruskan seperti ladang sederhana atau besar. Datuk Seri Johari juga berkata, daripada 5.7 juta hektar kawasan tanaman kelapa sawit, 27 peratus (1.5 juta hektar) diuruskan secara kecil- kecilan melalui pekebun kecil.

YB Datuk Seri Johari ketika sesi pertemuan antara beliau dengan barisan kepimpinan ANGKASA.

ANGGOTA Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyerahkan laporan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad kepada YB Datuk Seri Johari.

ANGKASA 5

APRIL 2024

AIGA 2023: ANGKASA Rangkul Anugerah Perak Buat Kali Kedua Berturut-turut

Awang kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam satu majlis di Putrajaya pada 22 Februari 2024. ANGKASA telah menerima anugerah bagi kategori yang sama untuk julung kalinya pada Januari 2023 yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIM ketika itu, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi. Datuk Nor Yahati dalam ucapan beliau berkata, Malaysia telah mencatatkan peningkatan dengan kedudukan di tempat ke-27 dalam World Competitiveness Ranking

Sebagai rekod, IIM telah menerima sebanyak 154 penyertaan daripada sektor awam dan swasta untuk AIGA 2023. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika ditemui wakil PELANCAR berkata, anugerah yang diterima merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha yang telah digerakkan oleh ANGKASA bagi memastikan tatakelola yang baik dan tahap integriti yang tinggi dalam setiap urusan ANGKASA. "Ini membuktikan ANGKASA sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa dalam usaha menjadi sebuah negara yang bermaruah dan antirasuah," ujar beliau. Beliau turut melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya warga ANGKASA yang telah memainkan peranan dalam meningkatkan tahap integriti, tadbir urus dan antirasuah organisasi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan merangkap Pengerusi Kumpulan Tadbir Urus & Pentadbiran ANGKASA.

(naik lima anak tangga) dan tempat ke-57 dalam Corruption Perception Index (dari tempat ke-61 pada 2022). "Oleh yang demikian, saya melihat bahawa keterlibatan sektor awam dan swasta dalam membudayakan integriti khususnya melalui penyertaan dalam AIGA ini adalah satu perjalanan ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh dan terus mengembang," katanya. Tambah beliau, IIM telah memperkenalkan AIGA buat julung kalinya pada tahun

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), YBhg. Datuk Nor Yahati Awang menyampaikan plak Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 Kategori Perak kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

2022 di seluruh negara sebagai satu mekanisme untuk mengukur usaha dan keberkesanan inisiatif integriti dan tatakelola dalam sesebuah organisasi. Katanya lagi, kriteria penilaian AIGA akan sentiasa ditambah baik pada masa akan datang. Kriteria penilaian AIGA 2023 telah diperkukuh dengan menambah aspek Occupational safety and health (OSH), Environmental, social, and governance (ESG) dan Information Security Management System (ISMS).

Oleh NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA terus melakar kecemerlangan melalui dedikasi dan komitmennya terhadap pembudayaan dan pengamalan integriti dalam organisasi apabila berjaya menerima Anugerah Perak dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 buat kali kedua berturut- turut. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), YBhg. Datuk Nor Yahati

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan bergambar bersama sambil memegang plak dan sijil penghargaan.

IIM telah menerima sebanyak 154 penyertaan daripada sektor awam dan swasta untuk AIGA 2023.

ANGKASA 6

APRIL 2024

MyANGKASA Dialisis Beli Pusat Dialisis di Kok Lanas, Kota Bharu

Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh, manakala syarikat tersebut pula diwakili oleh tiga pengarah syarikatnya, iaitu Dr. Syama Prasad A/L KCA Menon, Dr. Kamaliah Mohd Fuad dan Encik Lim Chin Boon dengan disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Pembelian pusat dialisis itu merupakan milik MDSB yang keenam setelah memiliki Pusat Dialisis MyANGKASA (PDMA) di Temerloh, Pahang dan PDMA Alor Setar di Kedah, iaitu masing-masing telah beroperasi pada tahun 2013 dan 2018. Tiga PDMA yang bakal beroperasi pada tahun 2024 adalah PDMA Tapah di Perak, PDMA Setiu di Terengganu dan PDMA Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah MDSB merangkap Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Samsudin, Pengurus MDSB, Encik Afrizal Ahmad dan Penolong Pengurus Bahagian Undang-Undang ANGKASA, Encik Mohd Rizal Kamarulzaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (lima dari kanan) dan Pengarah Renal Pure Dialysis Services Sdn. Bhd., Dr. Syama Prasad A/L KCA Menon menunjukkan dokumen Perjanjian Penjualan dan Pembelian Syer Pusat Dialisis Kok Lanas, Kota Bharu. Turut sama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) dan Pengerusi Lembaga Pengarah MDSB, Haji Mansor Ab. Rahman (tengah).

Sdn. Bhd. bernilai RM4 juta yang terletak di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan. Majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di ANGKASA, Kelana Jaya itu diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengarah MDSB, Haji Mansor Ab. Rahman dan Ketua

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. (MDSB) pada 15 Mac 2024 telah menandatangani perjanjian penjualan dan pembelian syer pusat dialisis milik Syarikat Renal Pure Dialysis Services

ANGKASA 7

APRIL 2024

Projek Melipark UTM-ANGKASA: Peluang Koperasi Ceburi Ternakan Madu Kelulut secara Moden

Lawatan ringkas beliau itu turut disertai Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Kedatangan mereka disambut mesra oleh Ketua Pasukan Penyelidik Teknologi Bee Modular UTM, iaitu Dr. Mohd Khairuddin Ramliy dan Pegawai Penyelidik, Dr. Almi Mahmod. Kepimpinan ANGKASA turut mengambil peluang mencuba madu kelulut yang dihasilkan melalui teknologi dan inovasi reka bentuk sarang yang diperbuat daripada bahan khas kalis cuaca. Dr. Mohd Khairuddin juga berpeluang memberi penerangan ringkas mengenai projek kerjasama yang dijalankan oleh UTM bersama ANGKASA Negeri Johor dalam usaha mengkomersialkan ternakan madu kelulut dalam kalangan koperasi. Beliau yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Pentadbiran & Perniagaan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim UTM berkata, sebanyak 160 kekotak 'Bee Modular' bakal ditempatkan di tapak seluas satu ekar di pusat tersebut yang bakal dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan penyediaan pusat latihan kepada 10 koperasi yang bakal dilatih dalam masa terdekat.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berpeluang mencuba madu kelulut ketika melakukan lawatan ringkas di Pusat Inkubator Penyelidikan dan Keusahawanan Teknologi Bee Modular (Tapak Melipark UTM-ANGKASA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru.

Penyelidikan dan Keusahawanan Teknologi Bee Modular (Tapak Melipark UTM- ANGKASA) bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, Johor pada 4 Mac 2024.

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkesempatan melakukan lawatan ringkas ke Pusat Inkubator

Pertanian Bandar: Kakitangan ANGKASA Usahakan Tanaman Melon

perkembangan projek tersebut pada 5 Mac 2024 sebagai tanda sokongan terhadap usaha memajukan pertanian pintar bandar dalam kalangan kakitangan ANGKASA. Menurut beliau, projek tersebut boleh dijadikan model pertanian bandar di bangunan perniagaan serta kompleks kerajaan dan swasta. Turut serta dalam aktiviti tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan ANGKASA, Haji Ahmad Marzuki Ismail dan Pengurus Kanan, Bahagian Peneraju Kumpulan Pembangunan Koperasi, Encik Muhammad Zuhid Jamaludin. Sebanyak 78 polibeg diusahakan dalam projek itu yang dijangka dapat mengeluarkan hasil sebanyak 100 kilogram dengan purata berat setiap buah sekitar 1.2 hingga 1.5 kilogram. Menariknya, pertanian pintar itu melibatkan penggunaan Internet benda (IoT) di tapak projek tersebut sekali gus membolehkan kerja seperti penyiraman, pembajaan dan meracun dilaksanakan secara automatik dan dapat dipantau dari jarak jauh menggunakan tab pintar. Penggunaan semburan racun serta baja foliar dengan menggunakan alatan penyembur berkuasa dapat menjimatkan masa di samping dapat mengurangkan kos tenaga kerja.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menuai rock melon yang ditanam sejak Januari 2024 sambil disaksikan dari kanan Dr. Mohd Azlan Yahya, Datuk Haji Abdullah Jusoh dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

Projek yang dibangunkan sejak Januari 2023 itu dilaksanakan menerusi kaedah fertigasi dan hidroponik melibatkan penanaman melon jenis Golden Melon Varieti ML1388 ( Golden Sweet Sea ) yang diusahakan di aras dua Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut mengambil kesempatan melihat

Projek Latihan dan Pertanian Pintar yang dikendalikan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA melalui Seksyen Pertanian dan Perladangan telah menyaksikan tuaian pertama tanaman buah melon pada 11 Mac 2024.

RENCANA 8

APRIL 2024

Pembangunan Malaysian Standard Pengurusan Koperasi

• Industri Pembuatan: ISO 9001 adalah Standard untuk membantu syarikat meningkatkan sistem pengurusan kualiti mereka yang membawa kepada penjimatan kos dan peningkatan produktiviti dan • Industri Bangunan: Kod bangunan adalah peraturan dan spesifikasi standard untuk reka bentuk dan pembinaan bangunan Organisasi yang mematuhi standard industri boleh mengurangkan kos dengan memperkemas proses, menghapuskan pembaziran dan meningkatkan kecekapan. Selain itu, beberapa manfaat penggunaan standard dalam pengurusan organisasi adalah seperti berikut:

Istilah ‘standard’ boleh merujuk kepada tahap kualiti, peraturan moral, corak atau model yang digunakan sebagai asas untuk pertimbangan. Sebagai contoh, ‘standard’ boleh digunakan untuk menggambarkan tahap kualiti atau pencapaian yang boleh diterima atau boleh merujuk kepada prinsip moral yang mempengaruhi sikap dan tingkah laku individu. Standard industri adalah garis panduan atau kriteria yang ditetapkan dalam industri untuk memastikan kualiti, keselamatan dan kecekapan. Standard tersebut boleh berbeza Oleh ERDY IZWAN ASLI Pengurus Besar ANGKASA Research and Certification Sdn. Bhd.

daripada satu industri kepada industri yang lain dan digunakan untuk mengawal selia produk, perkhidmatan dan proses. Berikut adalah beberapa contoh Standard industri: • Industri Automatif: Saiz tayar dan ketahanan mesti berada dalam julat Standard; • Industri Penjagaan Kesihatan: Akta Mudah Alih dan Akauntabiliti Insurans Kesihatan (HIPAA) menetapkan Standard untuk melindungi data pesakit yang sensitif; • Industri Teknologi: USB adalah Standard industri yang membolehkan produk dan sistem berbeza berfungsi secara bersama dengan lancar;

01

02

Kualiti dan Keselamatan

Kecekapan dan Ketekalan

Standard industri memastikan bahawa produk dan perkhidmatan memenuhi tahap kualiti dan keselamatan tertentu seterusnya memberikan pengguna keyakinan terhadap item yang dibeli.

Dengan mengikut standard industri, organisasi, syarikat atau koperasi boleh meningkatkan kecekapan dan menyelaraskan proses yang membawa kepada pengurangan sisa dan kos pengeluaran lebih rendah. Ini memberi manfaat kepada perniagaan dengan menjadikan operasi mereka lebih kos efektif dan memberi manfaat kepada pengguna dari segi penurunan harga barang dan perkhidmatan.

Perdagangan dan Inovasi Global

Kelebihan Daya Saing

Produk yang mematuhi standard industri mempunyai kelebihan untuk menembusi pasaran global.

Mematuhi standard industri boleh memberikan syarikat atau koperasi kelebihan daya saing. Perniagaan yang memenuhi atau melebihi standard akan lebih dipercayai dan meningkatkan kesetiaan pelanggan serta perniagaan berulang.

04

03

STANDARD PENGURUSAN KOPERASI Satu kumpulan gerak kerja telah dibentuk antara ANGKASA dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membangunkan kajian justifikasi permohonan pembangunan Standard Pengurusan Koperasi.

Justifikasi itu perlu dibangunkan dengan lebih baik kerana ini adalah permohonan kali kedua setelah permohonan pembangunan standard koperasi kali pertama telah ditolak pada tahun 2019. Justeru, pembangunan justifikasi kali ini lebih fokus kepada menjawab persoalan seperti

“Kenapa gerakan koperasi memerlukan satu standard khas?” atau “Mengapa koperasi tidak hanya menggunakan standard sedia ada yang digunakan oleh syarikat ataupun agensi sebagai contoh Sistem Pengurusan Kualiti, Sistem Pengurusan Antirasuah dan standard lain?”

RENCANA 9

APRIL 2024

Pantun

Bagi menjawab persoalan tersebut, pasukan gerak kerja berkenaan perlu mencari perbezaan yang jelas antara syarikat dengan koperasi. Antara perbezaan yang ketara adalah koperasi beroperasi dengan berpandukan kepada tujuh (7) Prinsip Koperasi yang telah diputuskan di Manchester, United Kingdom pada 24 September 1995. Berbanding syarikat yang lebih mengutamakan keuntungan syarikat itu sendiri, koperasi pula mementingkan keuntungan untuk diagihkan kepada anggotanya dan pada masa sama membantu komuniti. Tujuh (7) Prinsip Koperasi adalah seperti berikut:

ANGKASA MEMPERKASA BANGSA Helang terbang tinggi di angkasa, terbang menuju ke Pulau Langkawi, ANGKASA pembela nusa dan bangsa, menambah tersohor bumi pertiwi. Berenang di tasik si anak angsa, merpati hinggap di pokok pulasan, dijunjung tinggi jasa mu ANGKASA, menabur bakti membela warisan. Terus berjuang sebelom pulang, pahlawan gagah menerima kurnia, ANGKASA pemangkin Melayu cemerlang, semoga Melayu tak hilang di dunia. Dari Melaka ke Pulau Jawa, di muara Betawi tempat hentian, pendorong rakyat memperkasa jiwa, menukar derita kepada kebahagiaan. Berlegar tinggi si wau bulan, gasing di gelanggang berpusing ligat, ANGKASA menjadi penjana keunggulan, Bangsa Melayu ke alam sejagat. Angsa berenang di tepian tasik, hampir dengan sawah petani, ANGKASA setia berbakti berhati molek, pelindung bangsa berjiwa murni.

• Prinsip Pertama: Keanggotaan Sukarela dan Terbuka • Prinsip Kedua: Kawalan Demokrasi oleh Anggota • Prinsip Ketiga: Penglibatan Ekonomi oleh Anggota • Prinsip Keempat : Autonomi dan Kebebasan • Prinsip Kelima: Pendidikan, Latihan dan Maklumat • Prinsip Keenam: Bekerjasama antara Koperasi • Prinsip Ketujuh: Berprihatin Terhadap Masyarakat

Tambahan pula, ketika pembentangan permohonan pembangunan Standard Pengurusan Koperasi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Standard Kebangsaan pada 24 November 2023, pihak ANGKASA dan SKM turut mengemukakan hujah bahawa kewujudan standard itu akan membantu menyelesaikan isu seperti berikut:

Koperasi kurang memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

07

Koperasi bergerak secara bersendirian dan kurang kerjasama antara koperasi.

06

Koperasi kurang melibatkan anggotanya dalam kegiatan ekonomi koperasi.

05

Koperasi kurang memberi fokus kepada pendidikan terhadap anggotanya.

04

Kurang penglibatan golongan muda dalam gerakan koperasi.

03

Komposisi Lembaga koperasi didominasi oleh satu jantina sahaja.

Ahmad Sarju Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

02

Koperasi kurang berjaya melibatkan anggota dalam pembuatan keputusan dalam Mesyuarat Agung Koperasi (MAT).

01

Setelah pembentangan dan persoalan daripada ahli mesyuarat / panel dihujah dengan baik, akhirnya Mesyuarat Jawatankuasa Standard Kebangsaan bersetuju dengan keperluan membangunkan Malaysian Standard Pengurusan Koperasi di peringkat kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Kini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA sedang membentuk satu jawatankuasa kerja bagi menjalani proses Pembangunan Malaysian Standard Pengurusan Koperasi. Pihak Jabatan Standard Malaysia akan menjadi Sekreteriat untuk jawatankuasa tersebut yang dijangka akan mengambil masa selama 18 bulan untuk menyediakan Malaysian Standard Pengurusan Koperasi.

...Bersambung dalam Siri 2

10

ANGKASA Meriahkan Sambutan National Co-operative Day 2024 di Thailand

Datuk S (Army C

Kepimpinan ANGKASA yang diketuai Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah meraikan sambutan National Co-operative Day 2024 anjuran Co-operative League of Thailand (CLT) yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, ( Army Captain ) Thummanat Phromphao (empat dari kanan). Turut kelihatan ialah Dato' Haji Kamarudin Ismail (empat dari kiri) dan Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (tiga dari kiri).

Ban Pea tanaman keluaran

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

ANGKASA penghormatan istimewa apabila diundang oleh Co- operative League of Thailand (CLT), sebuah badan induk gerakan koperasi Thailand bagi meraikan National Co- operative Day 2024 bertempat di Ratchanee Jamcharat 6, CLT Training Center, Bangkok, Thailand pada 26 Februari 2024. diberi Kehadiran delegasi ANGKASA yang diketuai Presidennya merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut disertai oleh Anggota Lembaga ANGKASA yang juga Ahli Lembaga ICA Global, Dato' Haji Kamarudin Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Hadir sama meraikan sambutan tersebut ialah delegasi daripada National Co-operative Council of Sri Lanka (NCCSL), Federation of Peoples' Sustainable Development Co-operative (FPSDC) dan All China Federation of Supply and Marketing Co-operatives (ACFMC), iaitu anggota Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan ICA-AP.

( Army Captain ) Thummanat Phromphao memperkatakan sesuatu kepada kepimpinan ANGKASA.

Sebahag

11

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, ( Army Captain ) Thummanat Phromphao itu telah memberi suntikan semangat kepada gerakan koperasi di peringkat ICA-AP khususnya Thailand yang juga merupakan anggota ASEAN Co-operative Organization (ACO) dalam mewujudkan jaringan perdagangan di peringkat antarabangsa. Sambutan perayaan tersebut turut menyaksikan sejumlah 40 buah reruai menyertai Coop Trade Fair bertempat di perkarangan CLT Training Center yang mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan gerakan koperasi di Thailand termasuk negara anggota ICA-AP. ANGKASA turut berpeluang menyertai ekspo tersebut dengan membawa 11 SKU produk keluaran enam koperasi dan lima (5) SKU keluaran home brand ANGKASA. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ACO bersama delegasi ANGKASA turut berpeluang mengiringi ( Army Captain ) Thummanat Phromphao mengunjungi reruai milik ANGKASA dan koperasi lain yang menyertai ekspo itu. Seramai 500 anggota koperasi hadir memeriahkan sambutan berkenaan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 25 Februari 2024 hingga 27 Februari 2024.

Seri Dr. Abdul Fattah menerangkan mengenai produk makanan ringan yang dipamerkan di reruai ANGKASA kepada Captain ) Thummanat Phromphao.

aw Agricultural Cooperative Ltd. mengambil peluang mengetengahkan hasil n buah-buahan seperti mangga, buah kelapa, jambu batu dan produk makanan n milik koperasi dalam Coop Trade Fair .

Reruai ANGKASA mempamerkan sebanyak 11 SKU dan lima (5) SKU keluaran home brand ANGKASA.

gian daripada 500 koperator yang hadir pada sambutan National Co-operative Day 2024 bertempat di Ratchanee Jamcharat 6, CLT Training Center , Bangkok,Thailand.

12

C-2-C: Pertimbang Mudahkan Proses Urus Niaga Import dan Eksport Bekalan Makanan

Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan ICA-AP pada Ahad (25 Februari 2024) yang mahu menjadikan gerakan koperasi di rantau Asia Pasifik sebagai platform pemudah cara dalam pengurusan import dan eksport bekalan makanan di peringkat serantau. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) menyatakan, inisiatif dan usaha tersebut antara lain bertujuan untuk menghapuskan peranan 'orang tengah' dalam urus niaga bekalan makanan khususnya melibatkan peraturan, terma dan syarat terhadap sektor koperasi yang dilihat menyulitkan urus niaga sesama koperasi. Sekiranya keistimewaan ini diberikan kepada koperasi katanya, perniagaan koperasi dapat diperluas ke pasaran lebih besar sekali gus memenuhi kehendak dan keperluan anggota. Selain itu, beliau turut memohon sokongan kementerian berkenaan untuk mengiktiraf ACO sebagai satu gerakan koperasi yang memperjuangkan suara koperasi di peringkat ASEAN. ( Army Captain ) Thummanat Phromphao menerusi responnya menyatakan, beliau bersetuju untuk mengemukakan isu tersebut pada 11th Asia Pacific Co-operative Ministers' Conference yang bakal berlangsung di Jordan pada 28-30 April 2024. Katanya, Thailand pada masa ini adalah pengeluar utama produk pertanian di ASEAN dan yang ketujuh terbesar di peringkat global. Selain itu, Thailand menduduki tempat ketiga di ASEAN dan tempat ke-11 secara global sebagai pengeluar produk pertanian yang diproses pada tahun 2023. Mengikut rekod, pasaran ASEAN mencatatkan perkembangan sebanyak lima (5) peratus di dalam jumlah eksport produk pertanian dan produk pertanian yang diproses. Produk pertanian paling popular yang diproses di Thailand adalah beras diikuti kopi serta buah-buahan segar, sejuk beku dan kering.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, ( Army Captain ) Thummanat Phromphao. Turut kelihatan ialah Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kiri) dan Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh (dua dari kiri).

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Pertemuan ringkas kedua-dua pihak itu turut disertai oleh Anggota Lembaga ANGKASA yang juga Anggota Lembaga ICA Global, Dato' Haji Kamarudin Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Hadir sama ialah anggota Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan ICA-AP iaitu National Co- operative Council of Sri Lanka (NCCSL), Federation of Peoples' Sustainable Development Co-operative (FPSDC), All China Federation of Supply and Marketing Co-operatives (ACFMC) dan Co-operative League of Thailand (CLT). Cadangan permohonan tersebut merupakan susulan daripada hasil resolusi yang disepakati dalam

Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah memohon pertimbangan kepada usaha memudahkan proses perniagaan antara koperasi dengan koperasi khususnya dalam urusan import eksport bekalan makanan di rantau Asia Pasifik. Permohonan itu disuarakan oleh beliau dalam satu pertemuan rasmi bersama Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, ( Army Captain ) Thummanat Phromphao bertempat di Ratchanee Jamcharat 6, CLT Training Center, Bangkok, Thailand pada 26 Februari 2024.

Koperasi Pemudah Import Eksport Bekalan Makanan di Rantau Asia Pasifik

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP) pada 25 Februari 2024 bersetuju memutuskan satu resolusi menjadikan gerakan koperasi di rantau Asia Pasifik sebagai platform pemudah cara dalam pengurusan import dan eksport bekalan makanan di peringkat serantau. Persetujuan tersebut dicapai dalam mesyuarat yang diadakan di Ratchanee Jamcharat 6, Co-operative League of Thailand (CLT) Training Center, Bangkok,Thailand . Seramai 11 anggota jawatankuasa hadir secara fizikal dalam mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan dibantu Setiausaha jawatankuasa, Hajah Wan Azwati Wan Mohamed. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) berkata, persetujuan bersama yang disepakati antara Malaysia dengan dua negara anggota, iaitu Thailand dan Filipina adalah satu bentuk kerjasama yang wajar mendapat sokongan di peringkat antarabangsa memandangkan gerakan koperasi adalah gerakan rakyat yang memperjuangkan kehendak masyarakat khususnya dalam isu keterjaminan makanan ( Food Security ). Menurutnya, hasil resolusi tersebut akan dibentangkan dalam 11th Asia Pacific Co-operative Ministers' Conference yang bakal berlangsung di Jordan pada 28-30 April 2024.

Barisan anggota Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan ICA-AP bergambar bersama selepas mesyuarat.

13

Mesyuarat yang pertama kali diadakan pada tahun 2024 tersebut dihadiri seramai 22 anggota jawatankuasa dari sembilan (9) negara melibatkan 12 buah koperasi secara hibrid melalui aplikasi Zoom Meeting yang diketuai Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Jawatankuasa Kerja Perdagangan & Perniagaan ICA-AP, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Turut hadir ialah dua wakil National Co-operative Council of Sri Lanka (NCCSL), Dr. J.H.P Asanka Supun Thilakarathna dan Mr. G.D. Sarath Weerasiri, dua wakil Federation of Peoples' Sustainable Development Co-operative (FPSDC), iaitu Mr. Miguel Angelo Vasquez dan Mrs.Tetay Plantilla, dua wakil CLT, iaitu Mr. Poramate Intrachumnum dan Mr. Phanuwat Wanraway dan dua wakil All China Federation of Supply and Marketing Co-operatives

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan ICA-AP di CLT Training Center, Bangkok, Thailand.

(ACFMC), iaitu Mrs. Zhang Xiaohong dan Mrs.Gong Wen Hui. Mesyuarat yang bermula pada jam 10 pagi (waktu Thailand) membentangkan enam (6) agenda termasuk Mengesahkan Minit Mesyuarat yang berlangsung di Manila, Filipina pada 7 Disember 2023, Perancangan Aktiviti Bagi Tahun 2024, perbincangan mengenai perkara berbangkit dan Borang Kaji Selidik ICA-AP Trade & Business yang melibatkan penyertaan

anggota ICA-AP dalam mengenal pasti peluang perniagaan berpotensi dan membangunkan strategi perniagaan dan perdagangan. Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan ICA-AP akan datang akan diadakan di Kunming, China pada September 2024.

Perkukuh Kerjasama C-2-C dalam Perdagangan & Perniagaan

Dato' Haji Kamarudin Ismail membentangkan kertas kerja mengenai kerjasama antara ANGKASA dengan National Agricultural Co-operative Federation (NACF), Korea menerusi Projek Lembu Tenusu 'Heifers Park' di Johor.

Secretary General, Euro Coop / Director, Consumer Co-operative Worldwide (CCW), Mr. Todor Ivanov membentangkan kertas kerja bertajuk 'Co-operative to Co- operative E-Commerce Platform'.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Sustainable Development Co-operative (FPSDC) (Filipina), Mrs. Christine Rowena Tetay Plantilla menampilkan tiga panel yang berpengalaman dalam bidang pengurusan dan kepimpinan koperasi. Mereka terdiri daripada CEO National Co-operative Council of Sri Lanka , Mr.Asanka Supun Thilakarathna yang membicarakan mengenai kerjasama antara Sri Lanka dengan CLT manakala Store Director of Coop Xtra Linh Trung, Saigon Coop (Vietnam), Mrs. Pham Thi Thu Hien Saigon pula memperkatakan mengenai kolaborasi C-2-C bersama Vietnam dan NTUC Fair Price Singapore. Sementara itu, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ICA Global yang juga Naib Presiden Consumer Co-operative Worldwide (CCW), Dato' Haji Kamarudin Ismail berpeluang menerangkan mengenai kerjasama antara ANGKASA dengan National Agricultural Co-operative Federation (NACF), Korea menerusi Projek Lembu Tenusu 'Heifers Park' di Johor. Turut diadakan adalah perkongsian ilmu yang dibentangkan oleh Secretary General, Euro Coop / Director, Consumer Co-operative Worldwide (CCW), Mr. Todor Ivanov bertajuk 'Co-operative to Co- operative E-Commerce Platform'.

Peserta berpeluang mendengar perkongsian ilmu mengenai kolaborasi koperasi dalam pendigitalan serta kepentingan membangunkan rantaian bekalan yang mampan dan berdaya tahan serta kurang terdedah kepada perubahan iklim. Mr. Todor Ivanov mencadangkan tiga formula yang boleh diaplikasikan kepada koperasi sebagai penyelesaian kepada tidak berkesannya rantaian bekalan, iaitu 'rethink', 'redefine' dan 'restructure '. Seramai 17 wakil anggota Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan ICA-AP terdiri daripada enam (6) negara iaitu Malaysia, Thailand, Sri Lanka, Vietnam, China dan Filipina hadir secara fizikal manakala 25 peserta turut menyertai forum yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Hadir sama dalam forum tersebut ialah Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Jawatankuasa Kerja Perdagangan & Perniagaan ICA- AP, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.

Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP) dengan kerjasama ANGKASA dan Co-operative League of Thailand (CLT) telah menganjurkan Forum 'Co-operative Principle in Action: Principle 6 – Co-operation Among Co-operatives' bersempena mesyuarat jawatankuasa tersebut yang berlangsung di Bangkok,Thailand pada 25 Februari 2024. Objektif forum itu untuk memberi pendedahan kepada anggota jawatankuasa terhadap kepentingan dan manfaat secara langsung dalam pelaksanaan model perdagangan koperasi ke koperasi (C-2-C) menerusi pertukaran serta perkongsian ilmu dan kepakaran. Matlamat forum turut menjurus kepada usaha untuk melihat sejauh mana penglibatan koperasi dalam konsep 'bekerjasama antara koperasi' selaras dengan Prinsip Keenam Koperasi. Forum yang dikendalikan oleh moderator, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Federation of People's

KOPERASI 14

APRIL 2024

Koperasi MRSM Parit Perak Berhad Tanaman Rock Melon sebagai Cabang Menambah Pendapatan

Warga Koperasi MRSM Parit Perak Berhad yang diketuai oleh Pengerusinya, Puan Sahani Samat (dua dari kanan) menunjukkan buah rock melon yang telah berjaya dituai. Turut kelihatan ialah Bendahari koperasi, Encik Faridatul Atras (tiga dari kanan), Penolong Setiausaha koperasi, Encik Aswadi Mohamad (dua dari kiri), Pengurus Besar, Encik Mohammad Abdullah Samad (empat dari kanan), Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik MRSM Parit Perak, Encik Hassan Ghazali (tiga dari kiri) dan Pengurus Tanaman, Encik Mohammad Firdaus Khairi (kanan sekali).

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

pelabur dengan mengeluarkan dana daripada duit poket mereka sendiri. Rock melon dipilih kerana tergolong sebagai tanaman yang mudah dikelolakan dan boleh mendatangkan hasil dalam tempoh antara dua hingga tiga bulan sahaja. Katanya juga, aktiviti tersebut diharap boleh membantu koperasi mencapai perolehan RM1 juta. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, Koperasi MRSM Parit Berhad telah berjaya merekodkan perolehan berjumlah RM578,751.19 Setelah mempunyai dana yang mencukupi, projek tersebut dimulakan di atas tanah terbiar

seluas setengah ekar dalam kawasan sekolah itu dengan bantuan teknikal daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak. Sebuah rumah hijau turut dibina untuk menampung kira-kira 2,000 buah polibeg dengan pemantauan oleh dua orang pekerja yang diupah.

Walaupun sukar dan mencabar, Koperasi MRSM Parit Berhad komited menceburi bidang pertanian sejak 2019 dengan mengusahakan tanaman rock melon sebagai salah satu cabang menambah pendapatan. Hasil usaha keras dan dedikasi warga koperasi itu, sebanyak 4,229kg buah telah berjaya dituai dan berjaya meraih pendapatan RM42,293.15. Menurut Pengerusi Koperasi MRSM Parit Berhad, Puan Sahani Samat, projek itu bermula menerusi inisiatif dalam kalangan tenaga pengajar yang bersetuju untuk menjadi

Ladang rock melon yang dijalankan oleh Koperasi MRSM Parit Perak Berhad.

KOPERASI 15

APRIL 2024

Sebahagian daripada anggota koperasi yang terlibat dalam aktiviti penuaian rock melon.

Buah ditimbang berat sebelum dipotong dan dijual dalam kalangan anggota koperasi dan komuniti setempat.

Puan Sahani berkata, proses penanaman dimulakan dengan menyemai benih menggunakan cocopeat atau sabut kelapa. Projek itu juga melibatkan penggunaan kelulut sebagai ejen pendebungaan yang membantu dalam proses pemupukan dengan mencatumkan bunga jantan dan betina. Penyiraman baja dan air pula dilakukan secara berkala (lima kali sehari) dengan menggunakan pam air. Koperasi itu menggunakan baja AB yang mengandungi 16 unsur zat makanan atau nutrien dengan teknologi rumah hijau dan sesuai untuk tanaman secara fertigasi. Sejurus buah-buahnya mula muncul, rock melon akan digantung dan diikat pada tiang untuk mengurangkan tekanan pada pokok serta meningkatkan kualiti buah dengan mencegah sentuhan dengan tanah yang boleh merosak dan mencemarkannya. Cara tersebut turut menjadikan proses pemeliharaan dan penuaian pada hari ke-75 lebih mudah dilakukan. Rock melon yang ditanam oleh Koperasi MRSM Parit Berhad juga telah mendapat Amalan Pertanian Baik Malaysia atau myGAP, iaitu skim pensijilan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertujuan untuk mengiktiraf ladang yang melaksanakan amalan pertanian baik. Bermula Mac 2021, koperasi itu telah mengadakan program ladang terbuka yang membolehkan pengunjung datang membuat pembelian dengan memetik sendiri buah yang mempunyai berat purata antara 1.5 kilogram hingga tiga kilogram sebiji terus dari pokok. Melalui usaha tersebut, koperasi boleh menjana pendapat sekali ganda berbanding menggunakan pemborong sebagai orang tengah. Menurut Pengurus projek berkenaan, Encik Mohammad Firdaus Khair, penjualan secara dalam talian turut dilakukan untuk meluaskan pasaran selain menjual secara terus di beberapa lokasi tumpuan di sekitar daerah Perak Tengah. Selain Rock Melon, koperasi turut menanam buah Golden Melon.

Rock melon ditanam menggunakan kaedah fertigasi gantung.

Sebahagian buah yang mempunyai berat melebihi dua kilogram.

Koperasi MRSM Parit Perak Berhad

Pusat Pelajar ,Lot 3836,Mrsm Parit,Jalan Tg Belanja-Parit, 32800 Parit, Perak

Alamat Telefon E-mel Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan Aktiviti

05 - 3777 1869/011 - 1148 1869 koopmrsmparit@gmail.com 13/8/2012 912

• Peruncitan • Pertanian • Perkhidmatan

KOPERASI 16

APRIL 2024

Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) KOGMAS Sasar Bekalkan 100 Ribu Kotak Air Mineral 'Barakah' Setiap Bulan

Air mineral semula jadi jenama 'Barakah' milik KOGMAS.

Barisan kepimpinan Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) yang diketuai Pengerusinya, Haji Zaidan Haji Abd Hadi (tengah) bergambar di hadapan lori milik koperasi itu yang digunakan untuk menghantar air mineral semula jadi 'Barakah'. Turut kelihatan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Darul Khusus Venture Sdn. Bhd., Encik Shahrin lmran Rosli (kiri sekali).

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

Bermula dengan 10,000 botol sebulan, Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) sekarang merupakan antara pembekal air mineral semula jadi yang bergerak secara aktif di Melaka dengan membekalkan sebanyak 150,000 botol air mineral setiap bulan. Pengerusinya, Haji Zaidan Haji Abd Hadi menyatakan, pihaknya meletakkan sasaran untuk membekalkan sebanyak 2.4 juta botol air mineral ‘Barakah’ setiap bulan dalam tempoh lima tahun akan datang. Tambah beliau, sasaran tersebut mampu dicapai melihat kepada peningkatan permintaan dalam negara dan dari negara jiran. Selain dipasarkan di masjid dan surau di sekitar Melaka, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan serta di beberapa sekolah, kedai runcit, pasar tani dan jabatan kerajaan, KOGMAS turut menerima tempahan daripada pelanggan dari Singapura dan sedang dalam proses mendapatkan kelulusan mengeksport daripada

Proses pembotolan air mineral 'Barakah' oleh pekerja kilang.

KOPERASI 17

APRIL 2024

Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad

No. 58-2, Jalan Lingkaran MITC, Kompleks Pemiagaan MITC Perdana, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka 017-3779383 I 06-2309706 kogmasbarakah@gmail.com

Alamat

Telefon E-mel

Tarikh ditubuhkan

08 Februari 2013

Facebook

@kogmasbhd

Jumlah keanggotaan

27 Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka

Pengurusan dana, penyelenggaran dan sewaan bangunan serta pelbagai aktiviti perkhidmatan, pengangkutan, perladangan, pemasaran dan penjualan produk 'legasi' KOGMAS iaitu Air Mineral Semulajadi jenama Barakah dan Sabun Pencuci Pakaian Barakah, Kit Pengurusan Jenazah, Buah Kurma, Lembu Korban serta Gula Melaka Premium.

Aktiviti

Air mineral dipek dan ditampal dengan label.

Proses jaminan kualiti (QA) dan kawalan kualiti (QC) pelabelan dan penutupan botol air mineral.

pihak berkuasa negara tersebut dan Malaysia. Koperasi juga merancang untuk membekalkan air mineral seberat lima gelen selain daripada saiz sedia ada, iaitu iaitu 350ml, 500ml & 1500ml dan dalam proses mengeluarkan saiz yang lebih besar iaitu lima liter dan lima gelen. Di samping itu, KOGMAS juga telah mewujudkan sebanyak 28 stokis yang terdiri daripada koperasi dan syarikat di seluruh negeri Melaka serta bakal mewujudkan stokis-stokis di luar negeri Melaka seperti di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Menurut Haji Zaidan, koperasi itu mendapat bekalan air mineral yang dibekalkan oleh rakan strategiknya, Darul Khusus Venture Sdn. Bhd., sejak perniagaan tersebut bermula pada 2015. Walau bagaimanapun, KOGMAS merancang untuk membuka kilang pengeluaran air mineralnya sendiri suatu hari nanti. Ketua Pegawai Eksekutif Darul Khusus Venture Sdn. Bhd., Encik Shahrin Imran Rosli berkata, pihaknya mempunyai punca air dari telaga bawah tanah yang terletak di Kampung Mungkal, Rembau, Negeri Sembilan. “Air mineral disedut dari bawah tanah sejak tahun 2009. Air bawah tanah adalah punca air yang dipantau dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk kerja ekstrak air yang dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan,” jelasnya. Haji Zaidan berkata, pihaknya berharap agar ANGKASA dapat membantu koperasi untuk meluaskan lagi pasaran air mineral ‘Barakah’ melalui lebih 3,000 rangkaian kedai runcit milik koperasi yang terlibat dalam Projek Barangan Asas 100 (BA100). Beliau juga menggalakkan ahli KOGMAS untuk turut serta terlibat dalam perniagaan tersebut tanpa sebarang modal sebagai langkah awal untuk meraih pendapatan tambahan sebelum memperluas perniagaan ke peringkat yang lebih besar. Ini bertepatan dengan moto KOGMAS "Berjemaah menjana ekonomi di mana sebagai peneraju Koperasi Kariah Masjid dan anggota koperasi di bawah gabungannya, konsep bekerja bersama-sama dalam satu jemaah atau kumpulan."

Air mineral siap untuk diedar.

Proses memunggah palet air mineral ke dalam lori milik KOGMAS untuk diedarkan ke beberapa buah negeri.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease