WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2024

KOPERASI 15

APRIL 2024

Sebahagian daripada anggota koperasi yang terlibat dalam aktiviti penuaian rock melon.

Buah ditimbang berat sebelum dipotong dan dijual dalam kalangan anggota koperasi dan komuniti setempat.

Puan Sahani berkata, proses penanaman dimulakan dengan menyemai benih menggunakan cocopeat atau sabut kelapa. Projek itu juga melibatkan penggunaan kelulut sebagai ejen pendebungaan yang membantu dalam proses pemupukan dengan mencatumkan bunga jantan dan betina. Penyiraman baja dan air pula dilakukan secara berkala (lima kali sehari) dengan menggunakan pam air. Koperasi itu menggunakan baja AB yang mengandungi 16 unsur zat makanan atau nutrien dengan teknologi rumah hijau dan sesuai untuk tanaman secara fertigasi. Sejurus buah-buahnya mula muncul, rock melon akan digantung dan diikat pada tiang untuk mengurangkan tekanan pada pokok serta meningkatkan kualiti buah dengan mencegah sentuhan dengan tanah yang boleh merosak dan mencemarkannya. Cara tersebut turut menjadikan proses pemeliharaan dan penuaian pada hari ke-75 lebih mudah dilakukan. Rock melon yang ditanam oleh Koperasi MRSM Parit Berhad juga telah mendapat Amalan Pertanian Baik Malaysia atau myGAP, iaitu skim pensijilan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertujuan untuk mengiktiraf ladang yang melaksanakan amalan pertanian baik. Bermula Mac 2021, koperasi itu telah mengadakan program ladang terbuka yang membolehkan pengunjung datang membuat pembelian dengan memetik sendiri buah yang mempunyai berat purata antara 1.5 kilogram hingga tiga kilogram sebiji terus dari pokok. Melalui usaha tersebut, koperasi boleh menjana pendapat sekali ganda berbanding menggunakan pemborong sebagai orang tengah. Menurut Pengurus projek berkenaan, Encik Mohammad Firdaus Khair, penjualan secara dalam talian turut dilakukan untuk meluaskan pasaran selain menjual secara terus di beberapa lokasi tumpuan di sekitar daerah Perak Tengah. Selain Rock Melon, koperasi turut menanam buah Golden Melon.

Rock melon ditanam menggunakan kaedah fertigasi gantung.

Sebahagian buah yang mempunyai berat melebihi dua kilogram.

Koperasi MRSM Parit Perak Berhad

Pusat Pelajar ,Lot 3836,Mrsm Parit,Jalan Tg Belanja-Parit, 32800 Parit, Perak

Alamat Telefon E-mel Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan Aktiviti

05 - 3777 1869/011 - 1148 1869 koopmrsmparit@gmail.com 13/8/2012 912

• Peruncitan • Pertanian • Perkhidmatan

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease