WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2024

RENCANA 18

APRIL 2024

Impak CSR Terhadap Reputasi Gerakan Koperasi

Oleh ZAHARATUL LAILI ZAKARIA Pegawai Penerbitan Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

CSR DALAM GERAKAN KOPERASI

banjir dan golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Inisiatif ini selaras dengan prinsip koperasi yang ketujuh, iaitu berprihatin terhadap masyarakat. Malah, terdapat juga sebahagian koperasi yang memperuntukkan dana kepada anggotanya melalui program pembudayaan dan sastera masyarakat seperti koperasi National Land Finance Co-operative Society . Maka itu, terpulang kepada sesebuah koperasi untuk mencorakkan bentuk program kemasyarakatan mereka sendiri asalkan matlamat dalam memberi sumbangan kepada masyarakat tercapai. Realitinya, telah banyak koperasi yang menyumbang kepada CSR, baik melalui sumbangan kewangan mahupun tenaga. Bahkan, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) turut menyokong penuh aktiviti kemasyarakatan tersebut. MANFAAT TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DALAM KOPERASI Sejauh manakah CSR memberi manfaat kepada gerakan koperasi? Bagi menjawab soalan ini perlu dilihat dari pelbagai perspektif. Contohnya, koperasi yang melaksanakan CSR secara tidak langsung dapat memperkenalkan jenama mereka kepada masyarakat dan meningkatkan imej gerakan koperasi. Dengan perkataan lain, pelaksanaan CSR yang berkesan mampu mewujudkan satu laluan yang kondusif dan efektif kepada koperasi dalam mempromosikan produk atau jenama mereka. Oleh sebab CSR merupakan satu keperluan yang harus dipenuhi oleh organisasi, maka Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia telah diadakan pada setiap tahun oleh CSR Malaysia, yang merupakan inisiatif di bawah naungan Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia. Anugerah itu bertujuan untuk mengiktiraf syarikat yang menunjukkan prestasi cemerlang sebagai agen perubahan dalam transformasi sosioekonomi Malaysia.

Dalam konteks gerakan koperasi, CSR telah wujud tanpa kita sedari. Hal ini kerana konsep koperasi itu sendiri telah menerapkan nilai-nilai berasaskan semangat kerjasama dan tolong- menolong sesama anggota. Justeru, tidak hairanlah apabila beberapa koperasi telah mula menterjemahkan idea untuk melaksanakan CSR melalui pendekatan yang lebih sistematik untuk membantu masyarakat amnya dan anggota khususnya. Oleh sebab itu, konsep ‘daripada anggota untuk anggota’ begitu sinonim dalam merealisasikan program CSR yang dijalankan oleh koperasi. Melalui pelaksanaan pelbagai program kemasyarakatan yang dijalankan mampu untuk membantu masyarakat dalam pelbagai aspek seperti kewangan, kebajikan, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya. Sebagai contoh, antara beberapa inisiatif yang dijalankan oleh koperasi adalah dengan menawarkan kursus atau program latihan kepada masyarakat secara percuma atau mengenakan kadar bayaran yang rendah. Akademi Profesional KOSAS, sebuah anak syarikat Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor (KOSAS) misalnya merupakan salah sebuah pusat bertauliah yang diwujudkan untuk menjalankan pelbagai kursus kemahiran bagi melahirkan ramai pekerja mahir di Malaysia. Usaha itu merupakan salah satu inisiatif koperasi dalam melahirkan modal insan dan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan. Selain itu, pelbagai bentuk program kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh koperasi yang mampu untuk menyumbang kepada masyarakat terutamanya apabila berlakunya musibah. Sebagai badan puncak yang mewakili gerakan koperasi negara, ANGKASA agresif dalam membantu masyarakat melalui program kemasyarakatan. Melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100), sebanyak RM5 juta diperuntukkan dalam bentuk barangan keperluan asas bagi membantu anggota koperasi terjejas musibah

PENGENALAN Istilah tanggungjawab sosial korporat atau lebih dikenali sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) tidak asing lagi kepada masyarakat hari ini. Majoriti berpendapat bahawa CSR adalah program berbentuk kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada masyarakat dari pelbagai aspek. Walau bagaimanapun, World Business Council for Social Development (WBCSD) telah mentakrifkan bahawa CSR merupakan komitmen institusi perniagaan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi mampan, berusaha bersama-sama pekerja, keluarga, komuniti tempatan serta masyarakat umum bagi meningkatkan kualiti kehidupan. Oleh itu, CSR dilaksanakan secara meluas tidak kira sektor swasta mahupun korporat masing-masing berlumba-lumba untuk memastikan pelaksanaan CSR yang direncanakan mampu memberi impak kepada masyarakat. Bahkan, CSR dilihat sebagai satu agenda signifikan terhadap pengurusan sesebuah organisasi dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu ke arah kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. CSR bukan sahaja diukur dari segi wang ringgit yang dibelanjakan tanpa faedah yang menguntungkan, malah juga merupakan strategi bijak yang bersifat serampang dua mata, iaitu membela kebajikan masyarakat di samping meningkatkan reputasi dan imej organisasi serta memberi nilai tambah dalam menjadikan organisasi berdaya saing dan mengikut aspirasi pembangunan mampan. Secara pragmatiknya, CSR mampu memberikan pulangan dan keuntungan kepada organisasi sekiranya barisan kepimpinan bijak merebut peluang.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus menyampaikan sumbangan berupa tilam, bantal dan tikar menerusi melalui program IKMa Prihatin: Misi Bantuan Banjir Skuad Sukarelawan IKMa kepada mangsa banjir dalam di Kampung Gantok, Temerloh, Pahang pada Januari 2022.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease