RENCANA 19
APRIL 2024
Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan antara inisiatif CSR oleh ANGKASA dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Hijau Malaysia.
ANGKASA menyantuni anggota badan beruniform dalam program CSR CoopCare ANGKASA dengan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan gula.
Oleh itu, banyak organisasi kecil tidak mampu untuk bersaing dengan organisasi yang besar apabila melibatkan CSR. Ini secara tidak langsung memberikan cabaran dalam merealisasikan CSR kepada masyarakat. Antara cabaran yang dihadapi adalah kekurangan dana atau sumber kewangan, pengurusan sumber manusia, masa yang terhad, kurang maklumat dan publisiti. Dari sudut kewangan, kos perbelanjaan perlu diteliti khususnya dalam aspek penyelenggaraan, kos logistik dan kos sampingan perlu diambil kira. Sebagai contoh, kos jamuan makan, minyak, tol dan sebagainya perlu diperhalusi walaupun program tersebut berbentuk sukarela. Selain itu, faktor pengurusan sumber manusia juga boleh menjadi halangan bagi sesebuah organisasi untuk meneruskan aktiviti CSR. Ini disebabkan bilangan tenaga kerja yang terhad dan kesukaran mendapatkan kebenaran pelepasan sekiranya melibatkan waktu kerja dan kakitangan yang ramai bagi sesuatu program. Faktor ini perlu ditekankan kerana pada masa yang sama, organisasi tidak mahu menjejaskan perjalanan operasi mereka. Cabaran lain adalah kekurangan masa kerana program CSR atau program lain perlu dirancang dengan teliti, termasuk persediaan sebelum, semasa, dan selepas program berlangsung. Ini lebih penting lagi apabila program tersebut melibatkan tetamu khas atau tokoh terkenal. Pastinya protokol dan masa perlu dititikberatkan agar program dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Kurangnya publisiti juga menyebabkan CSR tidak mendapat liputan dan sambutan yang mencukupi kerana masyarakat tidak diberitahu mengenai program tersebut. Akhirnya, matlamat asal CSR untuk menyebarkan kesedaran
Pada tahun 2022, sebanyak 50 buah syarikat swasta yang tersenarai di Malaysia, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), organisasi kerajaan serta yayasan korporat telah diberi penghormatan, pengiktirafan dan anugerah kerana bergerak untuk mendekati komuniti yang memerlukan dan melibatkan diri dalam usaha kemapanan untuk kebaikan semua. Antara kriteria penjurian untuk anugerah tersebut adalah amalan syarikat sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tujuan dan matlamat yang jelas oleh syarikat dalam melaksanakan inisiatif kelestarian, impak yang terhasil daripada / kepentingan inisiatif kelestarian, kekerapan acara CSR diadakan dan ketelusan dalam melaporkan inisiatif CSR. Penganjuran acara itu bukan sahaja dapat menyuntik semangat sesebuah syarikat dalam melaksanakan program kebajikan secara aktif, malah turut membuka ruang kerjasama dengan syarikat / organisasi lain untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan idea bagi membantu komuniti terpinggir selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. CABARAN DALAM MEREALISASIKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT Terdapat cabaran yang dihadapi oleh organisasi dalam merealisasikan agenda CSR mereka. Masih ramai yang beranggapan bahawa program berbentuk kebajikan yang dijalankan bertujuan untuk kepentingan organisasi itu sendiri, serta melibatkan kos dan perbelanjaan walaupun untuk projek yang paling kecil sekali pun.
kepada masyarakat tidak tercapai disebabkan kekurangan publisiti.
PENUTUP
Tidak dinafikan, pengaruh CSR mampu memberi kesan yang besar terhadap reputasi dan jenama sesebuah organisasi. Oleh itu, kebanyakan syarikat kecil mencari peluang dengan berkolaborasi atau menjalin kerjasama dengan syarikat lain untuk penganjuran acara atau program. Melalui kaedah ini, bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah juga memperkenalkan jenama mereka kepada umum. Dalam konteks koperasi, banyak manfaat yang dapat diperoleh sekiranya koperasi menjadikan CSR sebagai acara tahunan. Selain membantu meningkatkan imej dan jenama koperasi, program CSR dilihat dapat membantu mendidik masyarakat tentang tujuan dan kepentingan berkoperasi khususnya dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat. Pendedahan kepada masyarakat tentang koperasi adalah penting dalam usaha menjayakan Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030. Hakikatnya, sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih lagi kecil, iaitu sekitar 2-3 peratus sahaja setahun. Jika dilihat dari peratusan ini, mencerminkan betapa kecilnya sektor koperasi berbanding dengan sektor lain di Malaysia. Malah, stigma masyarakat terhadap koperasi masih di tahap yang lama. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik masyarakat untuk melihat betapa pentingnya sektor koperasi di Malaysia. Melalui CSR, secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan koperasi selain memperkenalkan jenama koperasi kepada masyarakat secara lebih meluas.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengetuai warga kerja ANGKASA membersihkan kedai Koperasi SMK Clifford di Kuala Lipis, Pahang pada 8 Januari 2021.
ANGKASA turut menyantuni golongan kurang berkemampuan dalam program CSR anjurannya.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease