3 ANGKASA
APRIL 2024
DARI MUKA 1
Pada hemat saya, SPeKAR berada di barisan hadapan dalam merevolusikan penggunaan sistem pelaporan kredit dengan memanfaatkan teknologi terkini dalam memperkasakan data kredit dan perniagaan," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Ulang Tahun Sedekad Inovasi Bersama Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan Experian (SPeKAR) serta Majlis Penghargaan kepada Pelanggan SPeKAR di Putrajaya pada 7 Mac 2024. Menurutnya, inisiatif tersebut amat membantu pihak kerajaan dan koperasi untuk menurunkan jumlah pinjaman tidak berbayar (NPL) disebabkan maklumat yang tidak lengkap ketika proses saringan kelayakan. “Saya difahamkan, sepanjang tempoh 10 tahun penubuhannya, SPeKAR telah memberikan perkhidmatan kepada 328 buah organisasi pelanggan di mana 267 daripadanya terdiri daripada koperasi. Ini bermakna, daripada keseluruhan 561 buah koperasi yang menjalankan aktiviti kredit, masih terdapat 294 buah koperasi yang belum memanfaatkan SPeKAR. Justeru, saya menggesa agar kesemua koperasi yang belum melanggan SPeKAR dapatlah berbuat demikian secepat mungkin bagi memperkasakan Ekosistem Kredit Koperasi yang mampu melonjakkan standard dan kualiti koperasi di Malaysia setara dengan institusi pembiayaan yang lain,” tambah beliau. Sebelum itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, penubuhan SPeKAR bertitik tolak daripada cabaran yang dihadapi oleh sebahagian koperasi kredit terutamanya koperasi kecil dan sederhana yang belum mampu untuk mempunyai sebuah sistem pelaporan kredit bagi membantu semakan penilaian kredit anggota koperasi yang berhasrat untuk membuat pinjaman. “Dengan adanya SPeKAR, koperasi dapat membuat penilaian dan pertimbangan dengan lebih komprehensif sebelum meluluskan sesuatu pembiayaan kepada anggota mereka. SPeKAR merupakan satu inovasi dalam sistem pelaporan maklumat kredit kepada semua koperasi dan institusi kewangan selaras dengan Garis Panduan 7A oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Langkah-Langkah Kestabilan Kewangan Menurut Seksyen 31 Akta Bank Negara 2009. SPeKAR juga satu-satunya sistem pencarian kredit yang lengkap yang ada di Malaysia. Hasil kerjasama strategik antara ANGKASA dengan Experian Information Services Sdn. Bhd, kita berjaya menghasilkan sebuah sistem pelaporan kredit mampu milik khusus bagi sektor koperasi,” jelasnya. Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Experian Information Services Sdn. Bhd., Puan Dawn Lai dalam ucapannya berkata, hasil kerjasama ANGKASA dengan Experian dalam tempoh 10 tahun telah mencapai kejayaan yang luar biasa. Selain itu, penggunaan laporan kredit sebagai alat penilaian risiko telah mengalami trend peningkatan yang sangat baik. Jumlah laporan kredit yang diminta oleh koperasi telah meningkat sebanyak 12 kali ganda,
Sesi pertukaran perjanjian antara ANGKASA dengan Experian.
Sesi pertukaran perjanjian antara MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. yang diwakili Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dengan Takaful Ikhlas General Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad yang diwakili Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Takaful Ikhlas General Berhad, Encik Asri Suratman.
Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) mewakili Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohd Zaib Mat Yunus dan Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Perunding mewakili Akauntan Negara Malaysia, Puan Ramsiah Ismail. Kepimpinan ANGKASA yang hadir dalam majlis tersebut termasuklah barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias selaku wakil KUSKOP, barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.
daripada kurang 25,000 laporan setahun kepada 300,000 laporan setahun,” ujarnya. Turut berlangsung dalam majlis tersebut adalah sesi pertukaran perjanjian antara ANGKASA dengan Experian, pertukaran perjanjian antara Takaful Ikhlas General Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad dengan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., pertukaran perjanjian antara La Calisto Retail Sdn. Bhd. dengan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. serta Anugerah Penggunaan SPeKAR Tertinggi kepada enam pelanggan (Top 6) SPeKAR yang teratas. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Rozdeen Mohd Jaafar, Timbalan
Dari Meja Presiden
Gerakan koperasi perlu bergerak proaktif sebagai pemain utama dalam industri ekonomi negara supaya apa yang disumbangkan oleh gerakan dapat dirasai oleh rakyat, seterusnya meningkatkan keyakinan mereka terhadap sektor koperasi. Usaha tersebut adalah seiring dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030 yang mahu menjadikan sektor koperasi sebagai penyumbang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Kerjasama erat antara ANGKASA dengan agensi kerajaan dan swasta berupaya menjadi pemangkin kepada usaha membantu merancakkan ekosistem perniagaan gerakan koperasi sekali gus meletakkan koperasi sebagai model perniagaan pilihan dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara.
Melalui kerjasama strategik tersebut, usaha menjadikan koperasi sebagai pemain utama dalam rantaian perniagaan dapat direalisasikan bagi memastikan gerakan koperasi berkembang dinamik dan kekal relevan dalam perkembangan sosioekonomi negara.
Penyertaan kalangan profesional, belia dan penjawat awam dalam sektor koperasi misalnya, sangat penting kerana golongan berkenaan boleh berperanan sebagai penyumbang idea dan pandangan bagi meningkatkan kecekapan daya saing gerakan koperasi, seterusnya menggalakkan penglibatan koperasi dalam pelbagai bidang secara lebih progresif.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease