ANGKASA 4
APRIL 2024
KPK Usul ANGKASA Bantu Kerajaan Tingkat Pengeluaran Minyak Sawit
Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani (duduk, tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, dua dari kiri) selepas sesi pertemuan di Putrajaya pada 12 Mac 2024.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Menurut beliau, ANGKASA pula akan bertindak sebagai penyelia yang akan menguruskan kelompok tersebut selain menjadi pemudah cara untuk pekebun kecil yang turut menghadapi kerenah ditipu oleh orang tengah dalam beberapa urusan seperti pengambilan pekerja asing serta pembelian benih, baja dan racun serangga. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah pula berkata, ANGKASA menyahut baik cadangan tersebut dan memohon agar kerajaan melalui KPK juga dapat membantu koperasi dari segi operasi penanaman semula sawit yang memerlukan kos tinggi, iaitu sekitar RM8,500.00 sehektar. Katanya, bersama ANGKASA, terdapat 51 buah koperasi berkaitan sawit di seluruh negara dengan keluasan tanaman berjumlah 55, 718.25 hektar. Hadir sama dalam sesi pertemuan itu ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Pengerusinya, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain. Turut hadir ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengusulkan cadangan supaya ANGKASA dapat membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan pengeluaran minyak sawit negara yang menunjukkan aliran menurun melalui usaha penanaman semula sawit. Perkara tersebut disuarakan oleh Menterinya, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam satu sesi pertemuan di Putrajaya pada 12 Mac 2024. Katanya, Malaysia mengeluarkan sebanyak 19.5 juta tan sawit pada tahun 2013 manakala Indonesia menghasilkan 26 juta tan. Namun begitu, dalam tempoh 10 tahun, pengeluaran sawit negara menurun kepada 18.5 juta pada 2023 berbanding negara jiran tersebut meningkat hampir sekali ganda kepada 46.5 juta. “Saya jangkakan kita (pengeluaran sawit negara) akan jatuh lagi kalau kita tak buat sesuatu,” tambah beliau. Justeru, beliau mencadangkan supaya ANGKASA menyatukan pekebun kecil dalam kalangan koperasi untuk mewujudkan satu kluster seluas 8,000 hingga 10,000 hektar ladang dan akan diuruskan seperti ladang sederhana atau besar. Datuk Seri Johari juga berkata, daripada 5.7 juta hektar kawasan tanaman kelapa sawit, 27 peratus (1.5 juta hektar) diuruskan secara kecil- kecilan melalui pekebun kecil.
YB Datuk Seri Johari ketika sesi pertemuan antara beliau dengan barisan kepimpinan ANGKASA.
ANGGOTA Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyerahkan laporan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad kepada YB Datuk Seri Johari.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease