WADAH PELANCAR EDISI MEI 2024

S

MEI 2024 JILID: WP06/5

ANGKASACoop

www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)

AHLI MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dilantik sebagai Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam satu majlis mengangkat sumpah yang diadakan di dalam Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali Ke-191 bertempat di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang pada 30 April 2024. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Ketua Agama Pahang berkenan untuk berangkat ke majlis berkenaan seterusnya menyaksikan upacara mengangkat sumpah dua ahli majlis baharu yang lain, iaitu Mufti Negeri Pahang, Sahibus Samahah Profesor Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim dan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Menteri PRESIDEN ANGKASA DILANTIK SEBAGAI

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menyerahkan Watikah Pelantikan sebagai Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bertempat di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang pada 30 April 2024. Sumber: Kesultanan Pahang

Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail. Hadir sama ialah barisan Ahli MUIP, barisan Pengarah Bahagian MUIP dan kakitangan daripada anak syarikat MUIP.

ANGKASA ucapan sekalung tahniah atas pelantikan tersebut dan semoga tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk manfaat agama, bangsa dan negara. merakamkan

DATUK EWON KETUAI DELEGASI MALAYSIA KE PERSIDANGAN MENTERI KOPERASI DI JORDAN

Menteri Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik (APCMC) Ke-11 di Laut Mati, Jordan dari 28 hingga 30 April 2024. Pembangunan Persidangan empat tahun sekali itu anjuran Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) dengan kerjasama Jordan Co-operative Cooperation (JCC) dan Kementerian Pertanian Jordan. YB Datuk Ewon telah membentangkan kenyataan menteri dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian JordanmerangkapPengerusiJCC,TuanYang Terutama Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat serta seterusnya menyaksikan pemeteraian MoU antara Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan JCC.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (dua dari kiri) bersama beberapa wakil kerajaan selepas menyampaikan kenyataan beliau dalam Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik (APCMC) Ke-11 pada 29 April 2024 di Laut Mati, Jordan.

BERSAMBUNG DI MUKA 3

ANGKASA 2

MEI 2024

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd. Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik • Dr. Hajah Salmah Ishak

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA

• Halim Haji Ibrahim Penolong Pengarang (Menanggung Tugas Pengurus) • Nor Azah Abd. Aziz Pengarang • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

3

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

Merintis Peluang Perdagangan Antara Koperasi di Asia Pasifik - Datuk Ewon

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (dua dari kanan) ketika mewakili delegasi koperasi Malaysia dalam Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik (APCMC) Ke-11.

Beberapa menteri dan perwakilan utama bergambar kenangan dengan HRH Princess Basma Bint Ali (tujuh dari kanan) dari Jordan sebelum perasmian APCMC Ke-11.

Oleh NOR LELA ABDUL GHANI

Katanya,kepentingandasardanpolisikerajaan Malaysia yang mesra koperasi telah menyokong pertumbuhan sektor koperasi menerusi pelaksanaan dasar dan pelan strategik seperti Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM 2030), Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021- 2025 dan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKop) 2030. APCMC Ke-11 telah dianjurkan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA- AP) dengan kerjasama Jordan Co-operative Corporation (JCC) dan Kementerian Pertanian Jordan pada 28 hingga 30 April 2024. Tema yang diangkat kali ini adalah ‘Partnership between Government and Cooperatives for Cooperative Resilience, Sustainable Development and Inclusive Growth in Asia Pacific and Middle East and North Africa Region’ (MENA). Persidangan tersebut telah dihadiri oleh YB Datuk Ewon yang mengetuai delegasi Malaysia yang terdiri daripada wakil KUSKOP, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA untuk bersama- sama menyertai APCMC Ke-11 dengan 17 negara anggota ICA-AP yang lain. Matlamat utama APCMC bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara kerajaan dengan koperasi bagi mewujudkan dasar serta kawal selia yang menyokong kemajuan dan pertumbuhan sektor koperasi. Ini adalah langkah penting dalam memastikan koperasi terus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat sejajar dengan prinsip ESG (Persekitaran, Sosial dan

Tadbir Urus) dan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. YB Datuk Ewon turut mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat dan pemimpin koperasi dari Fiji, Jepun, Jordan, Nepal, Palestin dan Thailand bagi membincangkan isu berkepentingan bersama termasuk potensi mengembangkan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi serantau dan pelaburan melalui gerakan koperasi Malaysia APCMC merupakan program yang diadakan setiap empat tahun sejak tahun 1990 yang menjadi platform pertemuan bagi menteri- menteri di rantau Asia Pasifik yang menyelia gerakan koperasi. Persidangan itu juga memberi peluang kepada setiap negara berkongsi pencapaian serta pembangunan perundangan yang mesra koperasi di negara masing-masing. Majlis Penutup APCMC Ke-11 telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian Jordan, Tuan Yang Terutama Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat. Dalam masa yang sama, Deklarasi Jordan turut dibentangkan dalam APCMC Ke-11. Deklarasi ini bertujuan untuk mempercepat langkah bagi kerajaan dan koperasi untuk meningkatkan perkongsian, sambil mengekalkan autonomi dan kebebasan koperasi dalam mencapai pembangunan mampan yang inklusif melalui pelbagai inisiatif seperti pembinaan kapasiti, penglibatan komuniti, perkongsian amalan terbaik, perkongsian ilmu, akses kepada kewangan serta promosi prinsip dan nilai koperasi.

Semua kerajaan di seluruh rantau Asia Pasifik yang terlibat dalam pembangunan koperasi diseru agar memberi keutamaan kepada inisiatif menyediakan persekitaran bagi membolehkan perdagangan antara koperasi (C-2-C) berlaku dengan lancar dan berkesan. Berikut antara inti pati kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dalam Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik (APCMC) Ke-11 di Laut Mati, Jordan pada 29 April 2024. Beliau juga telah memberi penekanan berhubung inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu gerakan koperasi mengadaptasi perubahan persekitaran dalam membangunkan daya saing serta kejayaan koperasi di Malaysia.

Menteri Pertanian Jordan merangkap Pengerusi Jordan Co-operative Cooperation (JCC), Tuan Yang Terutama (TYT) Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat ketika memberikan ucapan.

Dari Meja Presiden

Pemerkasaan perniagaan dalam gerakan koperasi melalui pelaksanaan projek di setiap negeri adalah selari dengan hasrat ANGKASA yang mahu melihat koperasi lebih berdaya saing dalam pasaran terbuka, sekali gus berupaya memberi sumbangan besar kepada landskap ekonomi negara. Bidang dan sektor berimpak tinggi yang sedang digerakkan di setiap negeri melalui Projek Eksplorasi dan Projek Inkubasi diharap dapat mewujudkan ekosistem rantaian perniagaan yang kukuh serta memberi nilai tinggi kepada keupayaan koperasi. Pelaksanaan 19 projek Eksplorasi dan Inkubasi sejak tahun 2023 adalah bermatlamat untuk melihat usaha gerakan koperasi

kepada penguasaan ekonomi yang lebih menyeluruh melalui kepelbagaian aktiviti perniagaan. Projek yang sedang dilaksanakan itu penting bagi memastikan koperasi mendapat manfaat menerusi pencapaian keberhasilan yang berimpak tinggi selain menjana perolehan koperasi masing-masing.

Sebagai badan apeks gerakan koperasi, ANGKASA mempunyai keyakinan tinggi agar projek tersebut berupaya menjadikan gerakan koperasi di Malaysia sebagai pemangkin kejayaan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

4

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hashemite Kingdom of Jordan dan Jordan Co- operative Corporation (JCC) kerana menjemput saya ke Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik (APCMC) ke-11. Saya percaya bahawa persidangan yang diadakan empat tahun sekali ini akan memberi peluang kepada negara yang mengambil bahagian untuk berkongsi dan bertukar pengalaman mengenai perkongsian antara kerajaan dengan koperasi yang sedang berlaku di negara masing-masing. APCMC ke-11 juga berlangsung tepat pada masanya memandangkan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu mengenai Koperasi dalam Pembangunan Sosial telah mengisytiharkan bahawa tahun 2025 adalah sebagai Tahun Antarabangsa Koperasi, yang akan membuka ruang untuk kerjasama antara semua koperasi di rantau Asia Pasifik.

Yang Mulia, para hadirin sekalian Di Malaysia, sektor koperasi berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kami mempunyai dua agensi yang bekerja bersama-sama untuk meningkatkan peranan sektor ini dalam meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi Malaysia, iaitu: i. Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang mengawal selia sektor ini dan mengawasi pembangunan dasar-dasar yang berkaitan dengan koperasi; dan ii. Institut Koperasi Malaysia yang berfungsi sebagai pusat latihan gerakan koperasi. Selain kedua-dua agensi ini, kami juga mempunyai ANGKASA, badan apeks koperasi yang mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa. ANGKASA merupakan ahli aktif Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), dan pemimpin mereka juga merupakan wakil terpilih di peringkat serantau dan global. Selain itu, ANGKASA juga memimpin ASEAN Co-operative Organization (ACO), sebuah pusat sub-serantau bagi gerakan koperasi ASEAN; mengawasi lebih daripada 300,000 koperasi dengan 65 juta ahli koperasi individu. Tambahan pula, ANGKASA juga membantu anggotanya dalam merangsang dan mengembangkan perniagaan koperasi mereka dalam mempromosikan pemahaman nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi. LANDSKAP DAN PRESTASI KOPERASI MALAYSIA Gerakan koperasi Malaysia bermula pada tahun 1922 selepas Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (Co-operative Societies Enactment 1922) diperkenalkan. Sektor ini telah berkembang dengan mantap selama bertahun-tahun dan terus memainkan peranan utama untuk mendorong pembangunan sosioekonomi sebagai panduan bagi negara. Dengan hanya 11 koperasi pada awal kewujudannya, jumlah ini meningkat dengan ketara kepada 15,809 koperasi berdaftar dengan 7.2 juta ahli pada 2023, yang mewakili kira-kira 21 peratus penduduk negara. Sementara itu, syer dan yuran sektor koperasi kini berjumlah RM17.4 bilion dengan aset bernilai RM165 bilion dan perolehan tahunan RM64.5 bilion. Yang Mulia, para hadirin sekalian DASAR KOPERASI MALAYSIA 2030 (DaKOM 2030) Landskap global yang sentiasa berubah disebabkan oleh perubahan yang berterusan dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, telah mendorong Kerajaan Malaysia untuk membangunkan beberapa dasar dan strategi bagi gerakan koperasi untuk menyesuaikan diri dan membina daya saingnya. Oleh itu, Dasar Koperasi Malaysia 2030 atau yang dikenali sebagai DaKoM 2030 telah dilancarkan pada tahun 2023. DaKOM 2030 adalah sebuah dokumen dasar yang menggariskan arah strategik bagi gerakan koperasi untuk meningkatkan prestasi ekonomi mereka dan kesejahteraan sosial

5

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

mengagumkan sebanyak 20% berbanding dengan tahun sebelumnya. Ini membawa kepada pembayaran dividen tertinggi sebanyak RM60.91 juta kepada lebih 90,000 anggotanya. Pertumbuhan keuntungan CBP adalah hasil daripada perkhidmatan pembiayaan peribadi dan Ar Rahnu, serta pembiayaan rumah, selain pembiayaan koperasi dan korporat. Selain daripada koperasi premier ini, koperasi sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekosistem koperasi di Malaysia. Hingga tahun 2023, sejumlah 2,485 koperasi sekolah telah didaftarkan dengan keanggotaan keseluruhan seramai 2.05 juta orang. Pencapaian ini telah menyumbang kepada prestasi luar biasa keseluruhan sektor koperasi. Apa yang lebih mengagumkan ialah beberapa koperasi sekolah berjaya mencapai jumlah perolehan tahunan melebihi RM1 juta. Kejayaan gemilang gerakan koperasi sekolah terletak pada pendekatan komprehensifnya dalam menyampaikan kemahiran keusahawanan kepada pelajar di sekolah dengan memupuk kepintaran perniagaan, dan menanam nilai-nilai integriti, empati, dan inovasi, untuk memberdayakan pelajar supaya cemerlang dalam landskap dinamik masa kini. LANGKAH KE HADAPAN - Persekitaran yang kondusif bagi melaksanakan perniagaan antara koperasi (C2C) Yang Mulia, para hadirin sekalian Keterjaminan makanan merupakan isu global yang mencabar untuk diselesaikan, dan Malaysia tidak terkecuali daripada ancaman yang semakin meningkat bagi ketidakstabilan makanan. Kami percaya bahawa koperasi boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan bukan sahaja keterjaminan makanan bagi negara masing-masing tetapi juga bagi rantau Asia Pasifik. Oleh itu, membina rangkaian koperasi di rantau ini dan membentuk kerjasama melalui rangkaian ini akan membantu meningkatkan keselamatan makanan di rantau tersebut. Kita boleh memanfaatkan kekuatan koperasi- koperasi ini dan belajar dari kesilapan mereka untuk memperkukuhkan lagi perniagaan mereka terutamanya yang berkaitan dengan import dan eksport bekalan makanan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua menteri dan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan koperasi di seluruh rantau Asia Pasifik, untuk memberi keutamaan kepada inisiatif yang menyediakan persekitaran yang membolehkan bagi perdagangan antara koperasi (C-2-C) berlaku. Dengan menyokong secara kolektif dan memperjuangkan usaha- usaha ini, kerjasama serantau dalam kalangan koperasi akan ditingkatkan dan sumbangan yang besar dapat diberikan dalam menangani cabaran keterjaminan makanan di rantau Asia Pasifik. Selain itu, tindakan kolektif dalam kalangan semua pihak berkepentingan untuk memberi keutamaan dan menyokong kerjasama antara koperasi terutamanya dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti perdagangan berlaku, akan membantu gerakan itu untuk memberi tindak balas dengan ketahanan terhadap perubahan persekitaran yang pesat. Sekali lagi, saya ingin menyatakan penghargaan kepada penganjur kerana menjemput saya untuk menyertai acara yang bersejarah ini. Saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kerjasama dengan koperasi-koperasi di Asia Pasifik untuk meneroka perkongsian yang berpotensi kerana saya percaya koperasi tidak hanya mampu menghapuskan kemiskinan dan mengangkat martabat kehidupan manusia, tetapi juga akan membawa kemakmuran kepada masyarakat, rakyat, dan negara secara keseluruhannya. Terima kasih.

koperasi, pengurus, pekerja dan wakil terpilih, adalah pendekatan terbaik untuk melengkapi mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menguruskan koperasi mereka secara cekap dan efektif. Dalam hal ini, kerajaan Malaysia telah secara rasmi melancarkan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) pada bulan Mac 2022. UKKM merupakan universiti koperasi pertama di negara ini yang menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan profesional dan bakat dalam sektor koperasi. Matlamatnya adalah untuk memastikan bahawa sektor koperasi akan dipimpin dan diuruskan oleh individu yang kompeten, dinamik dan berfikiran progresif. UKKM kini menawarkan tujuh program pengajian dengan yang tertinggi adalah Doktor Falsafah dalam Keusahawanan. Semua program telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), badan berkanun yang mengawasi standard kualiti universiti. Pengiktirafan oleh MQA menunjukkan bahawa program-program yang ditawarkan oleh UKKM telah memenuhi standard pendidikan berkualiti tinggi yang diperlukan untuk pelajar-pelajarnya. Sektor koperasi di Malaysia memiliki potensi besar untuk kemajuan dalam pembangunan sosioekonomi Malaysia. Kejayaan terdahulu telah menjelaskan bagaimana dasar-dasar sektor ini telah dipertingkatkan untuk menghadapi ketidakpastian terutamanya yang dipengaruhi oleh persekitaran luar. Kejayaan koperasi ditentukan oleh kemampuan mereka untuk terus bertahan dan bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar di era globalisasi dan liberalisasi pasaran. Yang Mulia, para hadirin sekalian KISAH KEJAYAAN KOPERASI-KOPERASI TERPILIH DI MALAYSIA Keberkesanan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian dapat dilihat melalui pencapaian yang luar biasa beberapa koperasi di Malaysia. Sebagai contoh, Bank Rakyat merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia yang telah mencapai pencapaian yang signifikan pada tahun 2023. Bank Rakyat telah disenaraikan dalam kalangan 300 koperasi global teratas dan menduduki tempat ke-244 dalam World Cooperative Monitor. Ini adalah pengiktirafan terhadap prestasi dan sumbangan mereka kepada ekonomi negara. Bank Rakyat juga menonjol dalam sektor kewangan dengan memegang bahagian pasaran terbesar dalam penawaran pembiayaan peribadi di Malaysia. Selain itu, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad telah mencapai prestasi yang besar baru- baru ini dengan mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM130.4 juta kepada anggotanya, berbanding dengan RM89 juta yang diberikan pada tahun sebelumnya. Koperasi itu juga melaporkan pendapatan bersih sebanyak RM256 juta untuk tahun tersebut, dengan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM154 juta. Prestasi kewangan yang kukuh ini merupakan hasil kejayaan perkhidmatan pembiayaan oleh koperasi tersebut yang ditawarkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad juga telah memberikan bantuan berjumlah RM17.7 juta kepada anggotanya dalam bidang pendidikan, keperluan perubatan dan kesejahteraan am. Sebagai pengiktirafan terhadap prestasinya, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad telah diiktiraf sebagai salah satu koperasi premier oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut, menunjukkan kemampuannya yang konsisten untuk menawarkan pulangan yang tinggi kepada anggotanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Akhirnya, Co-opbank Pertama Berhad (CBP) telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi dalam sejarahnya, berjumlah RM102 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022; peningkatan yang

ahli dengan visi untuk memposisikan sektor ini sebagai pemangkin utama bagi pertumbuhan sosioekonomi Malaysia. DaKoM 2030 dirumuskan untuk menetapkan hala tuju gerakan koperasi sehingga tahun 2030; selaras dengan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan. Dasar itu direka dengan empat prinsip asas dan 20 strategi untuk mencapai perolehan yang ditetapkan sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM73 bilion menjelang tahun 2030. Tiga objektif utama DaKoM 2030 adalah: i. Sektor koperasi menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia; ii. Membentuk koperasi yang berkemampuan dan kukuh serta diterima rakyat Malaysia; dan iii. Meletakkan koperasi sebagai model perniagaan pilihan dalam memacu pembangunan sosioekonomi Malaysia. Selain itu, empat prinsip asas DaKoM 2030 berpusat pada transformasi sokongan koperasi untuk membangunkan ekosistem yang lebih holistik dan kondusif; meningkatkan pemahaman dan penghargaan terhadap prinsip-prinsip koperasi, memperkasakan kapasiti dan keupayaan koperasi; dan memajukan sektor koperasi sebagai pemacu utama untuk pembangunan sosioekonomi. Yang Mulia, para hadirin sekalian PELAN TINDAKAN DIGITALISASI KOPERASI 2030 (DigiKOP 2030) Pandemik COVID-19 telah menyebabkan peningkatan yang tidak dapat dielakkan dalam penggunaan teknologi digital disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan di peringkat nasional dan global. Orang awam dan organisasi di seluruh dunia terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam pekerjaan dan kehidupan. Impak digitalisasi dalam perniagaan semasa pandemik menunjukkan bahawa penting untuk semua entiti perniagaan untuk beralih dari model perniagaan tradisional kepada secara dalam talian untuk kekal relevan dalam perniagaan. Sebagai tindak balas terhadap persekitaran yang berubah ini, kementerian telah melancarkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKOP 2030) pada bulan Julai 2023. Pelan ini terdiri daripada inisiatif strategik untuk mendorong gerakan koperasi yang progresif, berdaya saing dan mampan di Malaysia. Objektif pelan ini adalah: i. Mentransformasikan gerakan koperasi ke arah penggunaan teknologi dan digitalisasi dalam tadbir urus dan aktiviti. Koperasi perlu beralih dari kaedah konvensional dalam melakukan perniagaan ke arah menyesuaikan teknologi dan digitalisasi dalam menawarkan produk dan perkhidmatan mereka, serta memodenkan proses bahagian belakang ( back-end ) dengan menggunakan teknologi komputer dan sistem digital. ii. Membangunkan keupayaan bakat digital yang berpengetahuan, cekap dan kompeten; dan iii. Mewujudkan ekosistem digital yang inklusif, selamat, dan beretika. PENUBUHAN UNIVERSITI KEUSAHAWANAN KOPERASI MALAYSIA (UKKM) Untuk Malaysia membina sektor koperasi yang berdaya saing dan berprestasi tinggi, kami percaya bahawa adalah penting untuk memperkukuh pembangunan modal insan koperasi. Mengamalkan pendekatan pembelajaran sepanjang hayat melalui latihan untuk anggota

Terjemahan oleh: Nadiah Kamarudin

6

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

Datuk Ewon Lakukan Kunjungan Hormat ke atas Menteri Pertanian Jordan

ANGKASA Sokong Deklarasi Jordan Pacu Pertumbuhan Gerakan Koperasi

Oleh AHMAD NADJMY KHALILI

ANGKASA menyokong penuh Deklarasi Jordan yang telah dibentangkan dalam APCMC Ke-11 pada 29 April 2024 sebagai satu langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dengan koperasi untuk membangunkan ekonomi koperasi yang inklusif dan mampan. Sokongan itu dinyatakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika Mesyuarat Anggota Lembaga ACO yang diadakan secara dalam talian pada 6 Mei 2024.

Tuan Yang Terutama (TYT) Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat menerima kunjungan hormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick.

Oleh NOR LELA ABDUL GHANI

dan pendidikan serta menggalakkan aktiviti pembangunan kapasiti modal insan seperti pembangunan keupayaan dan kapasiti gerakan koperasi bagi kedua-dua buah negara. Usaha itu merupakan salah satu langkah pemerkasaan kapasiti modal insan dalam kalangan kakitangan dalam organisasi pemegang taruh utama koperasi dan gerakan koperasi secara khususnya. Antara skop kerjasama yang bakal dijalankan antara IKMa dengan JCC adalah pembangunan modul serta pelaksanaan program latihan dan pendidikan jangka pendek dan jangka panjang, iaitu berdasarkan kepada objektif yang akan ditetapkan. Selain itu, pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan perkongsian hasil kajian untuk dijadikan sebagai sumber rujukan oleh pemegang taruh dan koperasi, perkongsian kepakaran yang berorientasi keperluan serta pelaksanaan khidmat nasihat dan konsultasi. MoU tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Ketua Pengarah JCC, Mr. Abdelfattah M.Q. Al Shalabi serta disaksikan oleh YB Datuk Ewon dan TYT Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat. Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Mohamad Nasri Abdul Rahman.

Menteri dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertanian Jordan, Tuan Yang Terutama (TYT) Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat di Laut Mati, Jordan pada 29 April 2024. Pembangunan Usahawan Sesi pertemuan itu memberi peluang kepada Malaysia dan Jordan untuk memperluas kerjasama dalam bidang keberhasilan khususnya dalam pertanian dan pelancongan melalui gerakan koperasi oleh kedua-dua buah negara di samping berkongsi ilmu dan kepakaran dalam perniagaan dan pendidikan. TYT Khaled Mousa yang juga merupakan Pengerusi JCC turut menyatakan minat untuk mendapatkan perkongsian lanjut mengenai pencapaian dan kejayaan 15,809 koperasi di Malaysia dengan 7.2 juta keanggotaan yang menyumbang kepada perolehan RM64.5 bilion pada tahun 2023. Program tersebut disusuli dengan memorandum persefahaman kerjasama (MoU) antara Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan Jordan Co-operative Corporation (JCC) untuk membangunkan modul latihan

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Deklarasi memperjelaskan komitmen daripada Menteri yang menerajui sektor koperasi di rantau Asia Pasifik bagi mengadakan dialog konstruktif antara badan kerajaan dan koperasi, memperkukuh dasar- dasar yang menyokong gerakan koperasi, serta meningkatkan kesedaran tentang model perniagaan koperasi dan nilai-nilai yang dibawanya. tersebut Inisiatif ini sejajar dengan peranan ANGKASA selaku badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan untuk meningkatkan sumbangan dan memperkukuh kelestarian gerakan koperasi di Malaysia. Menurutnya keputusan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menyokong Deklarasi Jordan adalah satu langkah positif yang menyokong kesinambungan dan pertumbuhan koperasi di negara ini. Hal ini sejajar dengan matlamat Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi menerusi platform koperasi serta menyediakan ekosistem yang lebih mesra koperasi. Hadir sama ialah Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal Bersara, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Ali Mansor (dua dari kanan) telah menandatangani memorandum persefahaman kerjasama (MoU) dengan Jordan Co-operative Corporation (JCC) yang diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Mr. Abdelfattah M. Q. Al-Shalabi (dua dari kiri). Turut menyaksikan pemeteraian MoU itu ialah Menteri Pertanian Jordan, TYT Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat (tiga dari kiri), YB Datuk Ewon (tiga dari kanan), Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) IKMa, Encik Mohd Zaib Mat Yunus (kanan sekali) dan Penolong Ketua Pengarah JCC, Mr. Eng Ghaleb Michail Haddadin (kiri sekali).

7

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

Datuk Ewon Temui Diaspora Malaysia di Jordan, Seru Jadi 'Duta' Produk Koperasi Negara dan PMKS

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (duduk, empat dari kanan) bergambar kenangan bersama diaspora Malaysia di Jordan. Turut bersama, Duta Besar Malaysia ke Jordan, Tuan Yang Terutama (TYT) Mohamad Nasri Abdul Rahman (duduk, empat dari kiri).

Oleh NOR LELA ABDUL GHANI

bilion, penjanaan aset RM165.89 bilion dan nilai perolehan sebanyak RM64.56 bilion. Sektor francais, mempunyai lebih 1,000 jenama yang telah didaftarkan. Dalam hubungan ini, saya berharap diaspora dan para pelajar Malaysia menjadi duta kepada perkhidmatan, produk dan jenama daripada syarikat-syarikat PMKS, koperasi dan francais negara Malaysia di tempat bekerja atau kampus pengajian masing-masing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menemui diaspora Malaysia di Jordan dan menyeru agar mereka dapat menjadi duta produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi negara. Beliau berkata, kementeriannya bersedia membantu diaspora Malaysia di Jordan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan terutamanya menerusi platform koperasi. “Saya berharap agar diaspora dan para pelajar Malaysia menjadi duta kepada perkhidmatan, produk dan jenama daripada syarikat-syarikat PMKS, koperasi dan francais negara Malaysia di tempat bekerja atau kampus pengajian masing-masing. Pemasaran produk-produk Malaysia ke pasaran antarabangsa sudah tentunya memerlukan sokongan duta-duta seperti ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Sesi Ramah Mesra antara Delegasi KUSKOP dengan diaspora Malaysia di Amman, Jordan pada 28 April 2024. Hadir sama dalam majlis itu ialah Duta Besar Malaysia ke Jordan Tuan Yang Terutama Mohamad Nasri Abdul Rahman. YB Datuk Ewon berkata, kementeriannya menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA bersedia membantu diaspora Malaysia di Jordan yang ingin bekerjasama dengan koperasi di Malaysia. “Penyertaan dalam kalangan profesional, belia dan penjawat awam dalam gerakan koperasi amat penting memandangkan golongan ini berupaya bertindak sebagai penyumbang idea bagi memastikan gerakan koperasi berkembang dinamik dan kekal relevan dengan perkembangan sosioekonomi negara. Saya percaya dengan pengalaman warga Malaysia di Jordan termasuk para pelajar yang hidup dan bekerja dalam persekitaran antarabangsa yang pelbagai dapat mengukuhkan lagi personaliti dan memupuk kemahiran menangani cabaran-cabaran serta mampu mewujudkan rangkaian global berpengaruh,” katanya. YB Datuk Ewon juga berkata, PMKS berjaya menyumbang sebanyak 38.4% atau RM580.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), nilai eskport 10.5% atau RM144.5 bilion dan 48.2% atau 7.59 juta orang dalam sektor guna tenaga pada tahun 2022. “Pada tahun 2023, bilangan koperasi juga terus meningkat kepada 15,809 buah dengan jumlah keanggotaan 7.2 juta orang, modal syer RM17.45

YB Datuk Ewon berbual bersama TYT Mohamad Nasri.

YB Datuk Ewon beramah mesra bersama pelajar Malaysia di Jordan.

Pelajar mengambil peluang berswafoto bersama YB Datuk Ewon.

Pemasaran produk Malaysia ke pasaran antarabangsa sudah tentunya memerlukan sokongan duta-duta seperti ini,” jelasnya dan menambah kementerian dan agensi-agensi kementerian sentiasa terbuka sekiranya mereka mahu menjadi usahawan PMKS, koperasi dan francais apabila kembali semula ke Malaysia. Turut hadir ialah Pengerusi SKM Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal Bersara, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan

Peniaga Kecil KUSKOP yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Berdasarkan data dari Kedutaan Malaysia di Jordan, lebih 2,000 rakyat Malaysia berdaftar dengan pihak kedutaan Jordan, setakat April tahun ini.

8

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan Koperasi Beit Sweimeh Jadi Contoh Pemerkasaan Wanita, Komuniti di Jordan

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dan isteri, Datin Connie Parantis bergambar kenangan bersama sebahagian wanita dan belia yang terlibat dalam projek keusahawanan yang dilaksanakan oleh Business Development Centre dan disokong oleh koperasi Beit Sweimeh (Beit Sweimeh Association).

Oleh NOR LELA ABDUL GHANI

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan ke koperasi Beit Sweimeh (Beit Sweimeh Association) di Balqa, Laut Mati, Jordan pada 1 Mei 2024. Ketibaan delegasi Malaysia disambut mesra oleh mantan Menteri Buruh Jordan yang juga pengasas B usiness Development Centre (BDC), Tuan Yang Terutama H.E. Nayef Stetieh. Dalam lawatan tersebut, mereka diberi penerangan mengenai inisiatif BDC serta taklimat mengenai program dan aktiviti koperasi yang mengangkat dan memartabatkan keunikan budaya masyarakat di Jordan dan program ekopelancongan yang mencipta peluang penjanaan pendapatan untuk komuniti tempatan terutamanya golongan wanita dan belia. Di samping itu, pelbagai demonstrasi produk tempatan disajikan kepada delegasi Malaysia seperti penghasilan jem, sabun dan minyak zaitun secara buatan tangan (home-made) , kraf tangan dan aksesori hiasan serta tenunan pakaian tradisional Jordan yang diusahakan oleh anggota koperasi Beit Sweimeh. Delegasi turut berkesempatan melawat program kelestarian alam koperasi menerusi projek tanaman hidroponik dan penghasilan biogas daripada pengurusan kitar semula sisa makanan di laman pusat tersebut serta merasai pengalaman budaya tempatan seperti beristirahat di khemah masyarakat Badwi. Mereka juga dijemput menikmati kelazatan makanan tradisi Jordan yang disediakan oleh pusat latihan perkhidmatan makanan dan minuman yang diusahakan koperasi. Seramai 27 orang wanita yang telah mengikuti program dan latihan vokasional pengurusan dan perkhidmatan makanan koperasi Beit Sweimeh. YB Datuk Ewon ketika ditemu bual berkata program lawatan itu memberi peluang kepada delegasi Malaysia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang diraih dengan anggota koperasi di tanah air. Beliau juga yakin kerjasama strategik dan kolaborasi antara koperasi (C-2-C) di Malaysia dan Jordan dapat diterjemahkan hasil daripada sesi perbincangan dan hubungan dua hala yang diperkukuh menerusi Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik (APCMC) ke-11 yang telah melabuhkan tirainya pada 30 April 2024. BDC adalah pusat pembangunan perniagaan yang diusahakan secara bersama dengan komuniti setempat untuk menyediakan hub keusahawanan, pendidikan, pelancongan, perusahaan sosial (SE),

YB Datuk Ewon menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Beit Sweimeh Association , Ms. Sireen Al Shareef. Turut bersama, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal Bersara (kiri sekali).

YB Datuk Ewon bersalaman dengan mantan Menteri Buruh Jordan, Tuan Yang Terutama (TYT), H.E. Nayef Stetieh.

YB Datuk Ewon mendengar penerangan oleh TYT H.E. Nayef ketika membuat lawatan ke koperasi Beit Sweimeh (Beit Sweimeh Association).

pembangunan kapasiti, program kelestarian alam dan inovasi produk tempatan. Koperasi Beit Sweimeh pula ditubuhkan pada tahun 2021 bagi menyokong projek keusahawanan yang dilaksanakan oleh BDC untuk memperkasa pembangunan sosioekonomi anggota wanita di komuniti tempatan dan kawasan yang terpinggir. Koperasi berkenaan merupakan inkubator untuk menyokong projek yang dilaksanakan oleh golongan wanita dan belia untuk memupuk budaya keusahawanan, inovasi dan kreativiti serta menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada generasi muda wanita berusia 18 hingga 24 tahun. Sokongan terhadap pertubuhan yang diterajui oleh wanita masyarakat setempat merupakan sebahagian daripada program “Learning to Earning”

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang dilaksanakan oleh BDC. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal Bersara, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias; Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jordan Co- operative Cooperation (JCC), Mr. Abdelfattah M.Q. Al Shalabi dan Ketua Pembangunan Belia (Chief Adolescent Development) UNICEF, Mr. John Trew.

9

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan ICA-AP Mahu Semua Negara Anggota Jayakan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025

Menteri Pertanian Jordan, Tuan Yang Terutama Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat (duduk, tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama barisan Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) yang diketuai oleh Presidennya, Dr. Chandrapal Singh Yadav (duduk, tiga dari kanan). Turut bersama, Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco (dua dari kanan) dan Ketua Pengarah ICA yang baharu, Mr. Jeroen Douglas (duduk, kanan sekali).

Oleh NOR LELA ABDUL GHANI

Mesyuarat Lembaga Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP Regional Board Meeting) yang berlangsung secara hibrid di Crowne Plaza Jordan, Laut Mati, Jordan pada 27 April 2024 memberi tumpuan terhadap penglibatan seluruh negara anggota untuk menjayakan sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025. Bertemakan `Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat' (Cooperatives Build a Better World) , tahun koperasi antarabangsa diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk disambut pada tahun 2025 buat kali kedua selepas sambutan ini diadakan pada 2012. Sambutan itu menggalakkan semua negara anggota dan pihak berkepentingan untuk mengambil peluang mempromosikan koperasi serta meningkatkan kesedaran terhadap sumbangan gerakan tersebut kepada agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 yang berperanan meningkatkan pembangunan sosial dan ekonomi secara keseluruhan. Sehingga akhir 2023, ICA-AP mempunyai 107 keanggotaan koperasi mewakili 29 buah negara. Terdahulu, Menteri Pertanian Jordan, Tuan Yang Terutama Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat dalam ucaptamanya mengalu-alukan kehadiran anggota lembaga ICA-AP ke Jordan bagi penyertaan Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik ke-11 (APCMC) yang berlangsung dari 28 hingga 30 April 2024. Seramai 10 Anggota Lembaga telah hadir ke mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav. Kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA (wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Encik Azizul Alias yang mewakili Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Mesyuarat itu telah membentangkan sebanyak 15 agenda termasuk mengesahkan Minit Mesyuarat yang berlangsung di Manila,

Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP berlangsung secara hibrid di Crowne Plaza Jordan, Laut Mati, Jordan pada 27 April 2024.

Filipina pada 6 November 2023, pembentangan aktiviti Jawatankuasa Wanita dan Jawatankuasa Belia, keanggotaan dan laporan kewangan ICA-AP, sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025, Pelan Strategik ICA-AP 2025-2030, Perhimpunan Agung ICA di India serta perbincangan mengenai perkara berbangkit dan perniagaan berpotensi untuk koperasi di rantau Asia Pasifik. Mesyuarat turut membentangkan kerjasama antara ICA-AP dengan Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP yang dipengerusikan Presiden ANGKASA dalam meneroka peluang untuk menjadikan gerakan koperasi sebagai platform pemudah cara pengurusan pembekalan beras antara koperasi rantau Asia Pasifik yang dapat membantu menangani isu bekalan beras bagi memenuhi keperluan anggota dan masyarakat sekali gus memperluas pasaran perniagaan koperasi. Kepimpinan ANGKASA turut bertemu buat pertama kalinya dengan Ketua Pengarah ICA yang baharu, Mr. Jeroen Douglas. Mesyuarat Anggota Lembaga Serantau ICA-AP akan datang bakal diadakan di Vietnam pada Julai 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh menyampaikan cenderamata kepada Mr. Jeroen. Turut bersama, Anggota Lembaga ANGKASA (wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Encik Azizul Alias.

10

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

01

04

02

03

07

08

01. YB Datuk Ewon Benedick bertemu dengan HRH Princess Basma Bint Ali dari Jordan yang merupakan tetamu kehormat APCMC Ke-11. 02. YB Datuk Ewon Benedick diberi penerangan oleh mantan Menteri Buruh Jordan selaku Pengasas Business Development Centre, Tuan Yang Terutama, H.E. Nayef Stetieh mengenai makanan tradisi Jordan, Mansaf ketika mengadakan lawatan ke Koperasi Beit Sweimeh . 03. YB Datuk Ewon Benedick ketika menyampaikan kenyataan Menteri dalam sesi ketiga APCMC Ke-11 bertemakan “ Adapting to Changing Environment and Building Resiliency ”.

04. YB Datuk Ewon Benedick bergambar bersama Duta Besar Malaysia ke Jordan, Tuan Yang Terutama Mohamad Nasri Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan ketua-ketua agensi yang menyertai delegasi Malaysia dalam APCMC Ke-11. 05. Delegasi Malaysia ketika lawatan ke bandar purba Petra, salah satu monumen tujuh keajaiban dunia yang merupakan sebahagian daripada program rasmi APCMC Ke-11. 06. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh (dua dari kanan) bersama-sama ketua-ketua agensi dalam APCMC Ke-11.

11

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

05

06

09

10

07. YB Datuk Ewon Benedick menyampaikan cenderamata daripada KUSKOP dan agensi sebagai tanda ingatan dan penghargaan terhadap bantuan dan sokongan yang diberikan oleh pihak Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Mohamad Nasri Abdul Rahman sepanjang lawatan kerja ini. 08. YB Datuk Ewon Benedick menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Perdana Menteri Fiji yang juga Menteri Perdagangan, Koperasi, Perusahaan Kecil dan Sederhana, Mr. Manoa S.N. Kamikamica.

09. YB Datuk Ewon Benedick menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Cooperative Work Authority, Kementerian Buruh Palestin, Mr. Bilal Omer selepas mengadakan perbincangan mengenai potensi untuk membawa pelajar dari Palestin bagi melanjutkan pengajian di Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM). 10. Delegasi Malaysia bergambar kenangan bersama YB Datuk Ewon Benedick ketika perasmian APCMC Ke-11.

12

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

JORDAN Declaration

11th Asia Pacific Cooperative Ministers' Conference “Partnerships between Governments and Cooperatives for Resilience, Sustainable Development and Inclusive Growth in Asia Pacific, Middle East and North Africa (MENA) Region”

Crowne Plaza Jordan, Dead Sea, Jordan 28-30 April 2024

The Asia Pacific Cooperative Ministers’ Conference, Having been convened at the Dead Sea area of Jordan by the ICA Asia and Pacific, the regional branch office of the International Cooperative Alliance and the Jordan Cooperative Corporation on 28 and 29 April 2024, and Extending its participation for the first time to the governments of countries in North Africa Recognising, the International Statement on the Cooperative Identity (the Statement) of which the International Cooperative Alliance (ICA) is the global custodian, reflects the centrality of people in the cooperative enterprise form, and through the seventh cooperative principle on ‘Concern for Community’, the aspect of ‘sustainable development of communities through policies approved by members’; Noting, the Statement confers on the ICA and its member organizations, as well as the wider cooperative movement worldwide, the responsibility of building meaningful partnerships and alliances with all stakeholders, particularly the Governments, in accelerating the attainment of the UN Sustainable Development Goals by 2030; Considering, cooperatives have been recognized as key partners in delivering social justice, reducing economic and social inequalities, and promoting equitable enterprises that build positive peace and inclusive development, Recalling, the recognition of cooperatives as vehicles for transforming the world, and in advancing Sustainable Development through the UN Agenda 2030, the 2015 Addis Ababa Action Agenda on Financing for Development, as well as the 2022 ILO Resolution on Decent Work and Social and Solidarity Economy and the 2023 UN General Assembly Resolution on the Social and Solidarity Economy, and

13

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

Having acknowledged that, cooperatives worldwide comprise 3 million enterprises and 1 billion members, and generate more than 280 million direct and indirect work opportunities, and Recognizing the significant contributions of cooperatives in the Asia Pacific region to economic growth, job creation, poverty alleviation, social inclusion, and environmental sustainability and acknowledge the unique democratic and people-centered nature of cooperatives, and their ability to empower individuals, communities, and marginalized groups; Affirming that the Asia-Pacific Cooperative Ministers’ Conference established in 1990, as a quadrennial conferencing instrument provides an effective platform for cooperatives and governments to discuss current and emerging issues and set a common agenda towards the establishment of new forms of cooperation between them, Reaffirming the commitment to the 2030 Agenda for Sustainable Development and the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly in relation to ending poverty (SDG 1), promoting gender equality (SDG 5), fostering decent work and economic growth (SDG 8), and combating climate change (SDG 13), and Appreciating the resilience and adaptability evidenced by cooperatives during times of crises, such as economic downturns, multi-dimensional conflicts, natural disasters, and public health emergencies, by taking all measures required to supporting their members and communities, and Noting with great concern that the overall progress towards attaining the UN Sustainable Development Goals has not been on track, and Noting further, the Asia Pacific region is home to more than 50% of young persons, and Committing to accelerating towards the UN-SDGs with the help of meaningful and result-oriented partnerships between cooperatives, government and other relevant stakeholders, with the aim to achieving resilience and inclusive growth, Committing further, to advancing and promoting the idea and practice of cooperation, as a virtue for peace-building, and that cooperation has no geographical and political boundaries, adopts this twenty ninth day of April of the year two thousand twenty four, the following declaration which may be cited as the ICA-AP Declaration for Partnerships for Sustainable Development. The Ministers and Heads of Delegations responsible for cooperatives, gathered in Dead Sea, Jordan from April 28 to 29, 2024, for the 11th Asia Pacific Cooperative Ministers' Conference (APCMC), do hereby declare our intention to: Foster meaningful and strategic dialogue between governmental bodies and cooperatives, as complementary equals, to understand mutual goals, challenges, and opportunities for collaboration, and to create an enabling environment for cooperative development; Emphasize the critical role of cooperatives, rooted in and owned by communities, in promoting inclusive development and ensuring that no one is left behind in our pursuit of sustainability, and in addressing the needs of marginalized and vulnerable groups; Recognize the importance of bringing inclusivity and diversity for cooperative development and governance through equal participation and inclusion of women, youth, and indigenous communities, with accountability through regular reporting on participation in decision-making roles; Review and revise, where necessary, cooperative policies and legal frameworks at the national and international level, to advance strategic objectives to build a better world, such as gender-equality, education, equitable trade and peaceful communities, and further, strengthen partnerships between cooperatives and governments, and facilitate the inclusion of cooperatives into national development plans, recognizing cooperatives as key partners in achieving sustainable and inclusive growth; Promote partnership and align efforts towards achieving UN SDGs and in so far as possible, address collectively, goals concerning eradicating poverty, meeting gender equality, advancing decent work and productive employment, acting on environmental protection and climate change, by harnessing and maximizing the potential of cooperatives and the wider Social and Solidarity Economy; Promote actively, the cooperative-difference and the advantages of the cooperative enterprise form, its universal values and principles to ensure its value in addressing global challenges and fostering resilient, sustainable and inclusive communities is recognised more widely; Accelerate steps for governments and cooperatives to deepen their partnership, while also maintaining cooperative autonomy and independence, in pursuit of inclusive sustainable development through capacity-building, community involvement, sharing of best practices, knowledge-sharing, access to finance, and the promotion of cooperative principles and values; Promote cooperative culture, particularly through digitalization and digitization especially for communications, education, and training, with the aim to foster the 5th Cooperative Principle on Education, Training and Information, and in the context of the UN International Year of Cooperatives 2025, generate awareness among youth, members of the general public and young opinion leaders on the benefits of cooperation; Commit to striving towards a safe environment in local and global communities by upholding peace and humanity while ensuring dignity and freedom for all; Encourage regional and international cooperation among governments, cooperatives, and other stakeholders to share best practices, exchange knowledge, and foster an enabling environment for cooperative resilience and growth across the Asia Pacific region, with a redoubled effort to ensure that the strengthening of the cooperative sector in the Small Island States and land- locked countries is supported; and Honor the spirit and substance of the rich contributions and cooperation at this conference by holding ourselves accountable to deliver and track progress arising both on an annual level through ICA-AP Board meetings and through reporting at the next Asia Pacific Cooperative Ministers’ Conference or any other similar ICA conference organized earlier, while also recognizing that the UN International Year of Cooperatives in 2025 provides a special opportunity to make meaningful progress on our shared ambitions. Thus, in consideration of the foregoing declaration, we call upon all stakeholders, including governments, cooperative organizations, civil society, non-government organizations, and the diverse private sector, to cooperate with the APCMC in this endeavor, and work collaboratively towards a more resilient, sustainable, and inclusive future for the Asia Pacific, Middle East and North Africa (MENA) region.

Adopted in Dead Sea, Jordan, on April 29, 2024 in draft form pending comments from Heads of Delegations.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease