PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 15
MEI 202
Kluster Pekebun Kecil Sawit: Wujudkan Jawatankuasa Pemandu, Teknikal
Sajak
Terima Kasih Koperasi Bagai musim tengkujuh luruh Bendang dan padang terbentang Tidak lagi menganyam mimpi ngeri Air yang jatuh Membasah sawah Membilas peluh yang kering Menghentikan lelah parah Begitulah kami mengecap nikmat Pemberian koperasi Yang tidak pernah berhenti Lalu fahamlah kami erti budi
Barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tujuh dari kiri) dan barisan kepimpinan MPOB yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Parveez Haji Ghulam Kadir bergambar kenangan selepas mesyuarat yang telah diadakan di ibu pejabat MPOB, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 14 Mei 2024.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Sementara itu, Datuk Dr. Ahmad Parveez berkata, pihaknya menyambut baik cadangan ANGKASA kerana sudah menjadi hasrat MPOB untuk sentiasa berinteraksi dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk koperasi. Katanya, MPOB mahu mendapatkan pandangan dan cadangan mengenai perkara yang melibatkan pembangunan industri sawit untuk kesejahteraan pekebun kecil. Tambah beliau, kerajaan melalui MPOB telah menubuhkan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) sejak tahun 2010 dan sehingga April tahun 2024, terdapat 70 KPSM telah diwujudkan di seluruh negara dengan keahlian seramai 8,548 orang. Terdapat sebanyak 24 KPSM di Semenanjung Malaysia manakala Sarawak dan Sabah masing-masing mempunyai sebanyak 18 dan 28 KPSM. Katanya lagi, objektif KPSM adalah sebagai platform menyatukan semua pekebun kecil di samping berperanan mewakili suara anggota. Selain itu, KPSM juga bertujuan untuk mempermudah penyaluran bantuan oleh kerajaan dan memastikan bahawa pekebun kecil mendapat sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan mereka. Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB, Dr. Ramle Moslim, Pengarah Bahagian Pengembangan Pekebun Kecil dan Pensijilan MPOB, Dr. Aki @ Zaki Aman, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin.
ANGKASA jawatankuasa
mencadangkan
agar
sebuah
pemandu teknikal diwujudkan dalam usaha untuk menubuhkan satu kluster atau ladang kelapa sawit berskala besar berkeluasan 8,000 hektar yang menyatukan pekebun kecil dalam kalangan koperasi. dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, jawatankuasa pemandu tersebut seharusnya diketuai secara bersama oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Sementara jawatankuasa teknikal pula akan terdiri daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), ANGKASA dan agensi lain. Beliau telah menyuarakan cadangan tersebut kepada barisan kepimpinan MPOB yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Parveez Haji Ghulam Kadir dalam satu mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat MPOB, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 14 Mei 2024. Selain itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut mengusulkan agar kerjasama melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan MPOB diadakan bagi memperkukuh komitmen semua pihak yang terlibat dalam usaha berkenaan. Mesyuarat itu merupakan susulan daripada kunjungan hormat ANGKASA terhadap Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Putrajaya pada 12 Mac 2024. Dalam pertemuan tersebut, YB Datuk Seri Johari telah mencadangkan kepada ANGKASA untuk membantu kerajaan meningkatkan hasil pengeluaran kelapa sawit negara dengan mewujudkan kluster pekebun kecil melalui platform koperasi.
Nikmat kehidupan Apabila setiap bulan Ada habuan
Menyalalah dapur yang uzur Membancuh hidup di periuk
Melepas lelah duka yang panjang Yang kami nikmat zaman berzaman Terima kasih koperasi Terima kasih jua ANGKASA Pencen ini bermakna buat kami
Hasmadi Koperasi FELCRA Berhala Gantang Temerloh Pahang
Sesi mesyuarat antara ANGKASA dengan MPOB.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease