WADAH PELANCAR EDISI MEI 2024

3

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

Merintis Peluang Perdagangan Antara Koperasi di Asia Pasifik - Datuk Ewon

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (dua dari kanan) ketika mewakili delegasi koperasi Malaysia dalam Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik (APCMC) Ke-11.

Beberapa menteri dan perwakilan utama bergambar kenangan dengan HRH Princess Basma Bint Ali (tujuh dari kanan) dari Jordan sebelum perasmian APCMC Ke-11.

Oleh NOR LELA ABDUL GHANI

Katanya,kepentingandasardanpolisikerajaan Malaysia yang mesra koperasi telah menyokong pertumbuhan sektor koperasi menerusi pelaksanaan dasar dan pelan strategik seperti Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM 2030), Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021- 2025 dan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKop) 2030. APCMC Ke-11 telah dianjurkan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA- AP) dengan kerjasama Jordan Co-operative Corporation (JCC) dan Kementerian Pertanian Jordan pada 28 hingga 30 April 2024. Tema yang diangkat kali ini adalah ‘Partnership between Government and Cooperatives for Cooperative Resilience, Sustainable Development and Inclusive Growth in Asia Pacific and Middle East and North Africa Region’ (MENA). Persidangan tersebut telah dihadiri oleh YB Datuk Ewon yang mengetuai delegasi Malaysia yang terdiri daripada wakil KUSKOP, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA untuk bersama- sama menyertai APCMC Ke-11 dengan 17 negara anggota ICA-AP yang lain. Matlamat utama APCMC bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara kerajaan dengan koperasi bagi mewujudkan dasar serta kawal selia yang menyokong kemajuan dan pertumbuhan sektor koperasi. Ini adalah langkah penting dalam memastikan koperasi terus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat sejajar dengan prinsip ESG (Persekitaran, Sosial dan

Tadbir Urus) dan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. YB Datuk Ewon turut mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat dan pemimpin koperasi dari Fiji, Jepun, Jordan, Nepal, Palestin dan Thailand bagi membincangkan isu berkepentingan bersama termasuk potensi mengembangkan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi serantau dan pelaburan melalui gerakan koperasi Malaysia APCMC merupakan program yang diadakan setiap empat tahun sejak tahun 1990 yang menjadi platform pertemuan bagi menteri- menteri di rantau Asia Pasifik yang menyelia gerakan koperasi. Persidangan itu juga memberi peluang kepada setiap negara berkongsi pencapaian serta pembangunan perundangan yang mesra koperasi di negara masing-masing. Majlis Penutup APCMC Ke-11 telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian Jordan, Tuan Yang Terutama Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat. Dalam masa yang sama, Deklarasi Jordan turut dibentangkan dalam APCMC Ke-11. Deklarasi ini bertujuan untuk mempercepat langkah bagi kerajaan dan koperasi untuk meningkatkan perkongsian, sambil mengekalkan autonomi dan kebebasan koperasi dalam mencapai pembangunan mampan yang inklusif melalui pelbagai inisiatif seperti pembinaan kapasiti, penglibatan komuniti, perkongsian amalan terbaik, perkongsian ilmu, akses kepada kewangan serta promosi prinsip dan nilai koperasi.

Semua kerajaan di seluruh rantau Asia Pasifik yang terlibat dalam pembangunan koperasi diseru agar memberi keutamaan kepada inisiatif menyediakan persekitaran bagi membolehkan perdagangan antara koperasi (C-2-C) berlaku dengan lancar dan berkesan. Berikut antara inti pati kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dalam Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik (APCMC) Ke-11 di Laut Mati, Jordan pada 29 April 2024. Beliau juga telah memberi penekanan berhubung inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu gerakan koperasi mengadaptasi perubahan persekitaran dalam membangunkan daya saing serta kejayaan koperasi di Malaysia.

Menteri Pertanian Jordan merangkap Pengerusi Jordan Co-operative Cooperation (JCC), Tuan Yang Terutama (TYT) Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat ketika memberikan ucapan.

Dari Meja Presiden

Pemerkasaan perniagaan dalam gerakan koperasi melalui pelaksanaan projek di setiap negeri adalah selari dengan hasrat ANGKASA yang mahu melihat koperasi lebih berdaya saing dalam pasaran terbuka, sekali gus berupaya memberi sumbangan besar kepada landskap ekonomi negara. Bidang dan sektor berimpak tinggi yang sedang digerakkan di setiap negeri melalui Projek Eksplorasi dan Projek Inkubasi diharap dapat mewujudkan ekosistem rantaian perniagaan yang kukuh serta memberi nilai tinggi kepada keupayaan koperasi. Pelaksanaan 19 projek Eksplorasi dan Inkubasi sejak tahun 2023 adalah bermatlamat untuk melihat usaha gerakan koperasi

kepada penguasaan ekonomi yang lebih menyeluruh melalui kepelbagaian aktiviti perniagaan. Projek yang sedang dilaksanakan itu penting bagi memastikan koperasi mendapat manfaat menerusi pencapaian keberhasilan yang berimpak tinggi selain menjana perolehan koperasi masing-masing.

Sebagai badan apeks gerakan koperasi, ANGKASA mempunyai keyakinan tinggi agar projek tersebut berupaya menjadikan gerakan koperasi di Malaysia sebagai pemangkin kejayaan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease