4
11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hashemite Kingdom of Jordan dan Jordan Co- operative Corporation (JCC) kerana menjemput saya ke Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik (APCMC) ke-11. Saya percaya bahawa persidangan yang diadakan empat tahun sekali ini akan memberi peluang kepada negara yang mengambil bahagian untuk berkongsi dan bertukar pengalaman mengenai perkongsian antara kerajaan dengan koperasi yang sedang berlaku di negara masing-masing. APCMC ke-11 juga berlangsung tepat pada masanya memandangkan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu mengenai Koperasi dalam Pembangunan Sosial telah mengisytiharkan bahawa tahun 2025 adalah sebagai Tahun Antarabangsa Koperasi, yang akan membuka ruang untuk kerjasama antara semua koperasi di rantau Asia Pasifik.
Yang Mulia, para hadirin sekalian Di Malaysia, sektor koperasi berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kami mempunyai dua agensi yang bekerja bersama-sama untuk meningkatkan peranan sektor ini dalam meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi Malaysia, iaitu: i. Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang mengawal selia sektor ini dan mengawasi pembangunan dasar-dasar yang berkaitan dengan koperasi; dan ii. Institut Koperasi Malaysia yang berfungsi sebagai pusat latihan gerakan koperasi. Selain kedua-dua agensi ini, kami juga mempunyai ANGKASA, badan apeks koperasi yang mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa. ANGKASA merupakan ahli aktif Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), dan pemimpin mereka juga merupakan wakil terpilih di peringkat serantau dan global. Selain itu, ANGKASA juga memimpin ASEAN Co-operative Organization (ACO), sebuah pusat sub-serantau bagi gerakan koperasi ASEAN; mengawasi lebih daripada 300,000 koperasi dengan 65 juta ahli koperasi individu. Tambahan pula, ANGKASA juga membantu anggotanya dalam merangsang dan mengembangkan perniagaan koperasi mereka dalam mempromosikan pemahaman nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi. LANDSKAP DAN PRESTASI KOPERASI MALAYSIA Gerakan koperasi Malaysia bermula pada tahun 1922 selepas Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (Co-operative Societies Enactment 1922) diperkenalkan. Sektor ini telah berkembang dengan mantap selama bertahun-tahun dan terus memainkan peranan utama untuk mendorong pembangunan sosioekonomi sebagai panduan bagi negara. Dengan hanya 11 koperasi pada awal kewujudannya, jumlah ini meningkat dengan ketara kepada 15,809 koperasi berdaftar dengan 7.2 juta ahli pada 2023, yang mewakili kira-kira 21 peratus penduduk negara. Sementara itu, syer dan yuran sektor koperasi kini berjumlah RM17.4 bilion dengan aset bernilai RM165 bilion dan perolehan tahunan RM64.5 bilion. Yang Mulia, para hadirin sekalian DASAR KOPERASI MALAYSIA 2030 (DaKOM 2030) Landskap global yang sentiasa berubah disebabkan oleh perubahan yang berterusan dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, telah mendorong Kerajaan Malaysia untuk membangunkan beberapa dasar dan strategi bagi gerakan koperasi untuk menyesuaikan diri dan membina daya saingnya. Oleh itu, Dasar Koperasi Malaysia 2030 atau yang dikenali sebagai DaKoM 2030 telah dilancarkan pada tahun 2023. DaKOM 2030 adalah sebuah dokumen dasar yang menggariskan arah strategik bagi gerakan koperasi untuk meningkatkan prestasi ekonomi mereka dan kesejahteraan sosial
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease