5
11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan
mengagumkan sebanyak 20% berbanding dengan tahun sebelumnya. Ini membawa kepada pembayaran dividen tertinggi sebanyak RM60.91 juta kepada lebih 90,000 anggotanya. Pertumbuhan keuntungan CBP adalah hasil daripada perkhidmatan pembiayaan peribadi dan Ar Rahnu, serta pembiayaan rumah, selain pembiayaan koperasi dan korporat. Selain daripada koperasi premier ini, koperasi sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekosistem koperasi di Malaysia. Hingga tahun 2023, sejumlah 2,485 koperasi sekolah telah didaftarkan dengan keanggotaan keseluruhan seramai 2.05 juta orang. Pencapaian ini telah menyumbang kepada prestasi luar biasa keseluruhan sektor koperasi. Apa yang lebih mengagumkan ialah beberapa koperasi sekolah berjaya mencapai jumlah perolehan tahunan melebihi RM1 juta. Kejayaan gemilang gerakan koperasi sekolah terletak pada pendekatan komprehensifnya dalam menyampaikan kemahiran keusahawanan kepada pelajar di sekolah dengan memupuk kepintaran perniagaan, dan menanam nilai-nilai integriti, empati, dan inovasi, untuk memberdayakan pelajar supaya cemerlang dalam landskap dinamik masa kini. LANGKAH KE HADAPAN - Persekitaran yang kondusif bagi melaksanakan perniagaan antara koperasi (C2C) Yang Mulia, para hadirin sekalian Keterjaminan makanan merupakan isu global yang mencabar untuk diselesaikan, dan Malaysia tidak terkecuali daripada ancaman yang semakin meningkat bagi ketidakstabilan makanan. Kami percaya bahawa koperasi boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan bukan sahaja keterjaminan makanan bagi negara masing-masing tetapi juga bagi rantau Asia Pasifik. Oleh itu, membina rangkaian koperasi di rantau ini dan membentuk kerjasama melalui rangkaian ini akan membantu meningkatkan keselamatan makanan di rantau tersebut. Kita boleh memanfaatkan kekuatan koperasi- koperasi ini dan belajar dari kesilapan mereka untuk memperkukuhkan lagi perniagaan mereka terutamanya yang berkaitan dengan import dan eksport bekalan makanan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua menteri dan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan koperasi di seluruh rantau Asia Pasifik, untuk memberi keutamaan kepada inisiatif yang menyediakan persekitaran yang membolehkan bagi perdagangan antara koperasi (C-2-C) berlaku. Dengan menyokong secara kolektif dan memperjuangkan usaha- usaha ini, kerjasama serantau dalam kalangan koperasi akan ditingkatkan dan sumbangan yang besar dapat diberikan dalam menangani cabaran keterjaminan makanan di rantau Asia Pasifik. Selain itu, tindakan kolektif dalam kalangan semua pihak berkepentingan untuk memberi keutamaan dan menyokong kerjasama antara koperasi terutamanya dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti perdagangan berlaku, akan membantu gerakan itu untuk memberi tindak balas dengan ketahanan terhadap perubahan persekitaran yang pesat. Sekali lagi, saya ingin menyatakan penghargaan kepada penganjur kerana menjemput saya untuk menyertai acara yang bersejarah ini. Saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kerjasama dengan koperasi-koperasi di Asia Pasifik untuk meneroka perkongsian yang berpotensi kerana saya percaya koperasi tidak hanya mampu menghapuskan kemiskinan dan mengangkat martabat kehidupan manusia, tetapi juga akan membawa kemakmuran kepada masyarakat, rakyat, dan negara secara keseluruhannya. Terima kasih.
koperasi, pengurus, pekerja dan wakil terpilih, adalah pendekatan terbaik untuk melengkapi mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menguruskan koperasi mereka secara cekap dan efektif. Dalam hal ini, kerajaan Malaysia telah secara rasmi melancarkan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) pada bulan Mac 2022. UKKM merupakan universiti koperasi pertama di negara ini yang menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan profesional dan bakat dalam sektor koperasi. Matlamatnya adalah untuk memastikan bahawa sektor koperasi akan dipimpin dan diuruskan oleh individu yang kompeten, dinamik dan berfikiran progresif. UKKM kini menawarkan tujuh program pengajian dengan yang tertinggi adalah Doktor Falsafah dalam Keusahawanan. Semua program telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), badan berkanun yang mengawasi standard kualiti universiti. Pengiktirafan oleh MQA menunjukkan bahawa program-program yang ditawarkan oleh UKKM telah memenuhi standard pendidikan berkualiti tinggi yang diperlukan untuk pelajar-pelajarnya. Sektor koperasi di Malaysia memiliki potensi besar untuk kemajuan dalam pembangunan sosioekonomi Malaysia. Kejayaan terdahulu telah menjelaskan bagaimana dasar-dasar sektor ini telah dipertingkatkan untuk menghadapi ketidakpastian terutamanya yang dipengaruhi oleh persekitaran luar. Kejayaan koperasi ditentukan oleh kemampuan mereka untuk terus bertahan dan bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar di era globalisasi dan liberalisasi pasaran. Yang Mulia, para hadirin sekalian KISAH KEJAYAAN KOPERASI-KOPERASI TERPILIH DI MALAYSIA Keberkesanan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian dapat dilihat melalui pencapaian yang luar biasa beberapa koperasi di Malaysia. Sebagai contoh, Bank Rakyat merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia yang telah mencapai pencapaian yang signifikan pada tahun 2023. Bank Rakyat telah disenaraikan dalam kalangan 300 koperasi global teratas dan menduduki tempat ke-244 dalam World Cooperative Monitor. Ini adalah pengiktirafan terhadap prestasi dan sumbangan mereka kepada ekonomi negara. Bank Rakyat juga menonjol dalam sektor kewangan dengan memegang bahagian pasaran terbesar dalam penawaran pembiayaan peribadi di Malaysia. Selain itu, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad telah mencapai prestasi yang besar baru- baru ini dengan mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM130.4 juta kepada anggotanya, berbanding dengan RM89 juta yang diberikan pada tahun sebelumnya. Koperasi itu juga melaporkan pendapatan bersih sebanyak RM256 juta untuk tahun tersebut, dengan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM154 juta. Prestasi kewangan yang kukuh ini merupakan hasil kejayaan perkhidmatan pembiayaan oleh koperasi tersebut yang ditawarkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad juga telah memberikan bantuan berjumlah RM17.7 juta kepada anggotanya dalam bidang pendidikan, keperluan perubatan dan kesejahteraan am. Sebagai pengiktirafan terhadap prestasinya, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad telah diiktiraf sebagai salah satu koperasi premier oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut, menunjukkan kemampuannya yang konsisten untuk menawarkan pulangan yang tinggi kepada anggotanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Akhirnya, Co-opbank Pertama Berhad (CBP) telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi dalam sejarahnya, berjumlah RM102 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022; peningkatan yang
ahli dengan visi untuk memposisikan sektor ini sebagai pemangkin utama bagi pertumbuhan sosioekonomi Malaysia. DaKoM 2030 dirumuskan untuk menetapkan hala tuju gerakan koperasi sehingga tahun 2030; selaras dengan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan. Dasar itu direka dengan empat prinsip asas dan 20 strategi untuk mencapai perolehan yang ditetapkan sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM73 bilion menjelang tahun 2030. Tiga objektif utama DaKoM 2030 adalah: i. Sektor koperasi menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia; ii. Membentuk koperasi yang berkemampuan dan kukuh serta diterima rakyat Malaysia; dan iii. Meletakkan koperasi sebagai model perniagaan pilihan dalam memacu pembangunan sosioekonomi Malaysia. Selain itu, empat prinsip asas DaKoM 2030 berpusat pada transformasi sokongan koperasi untuk membangunkan ekosistem yang lebih holistik dan kondusif; meningkatkan pemahaman dan penghargaan terhadap prinsip-prinsip koperasi, memperkasakan kapasiti dan keupayaan koperasi; dan memajukan sektor koperasi sebagai pemacu utama untuk pembangunan sosioekonomi. Yang Mulia, para hadirin sekalian PELAN TINDAKAN DIGITALISASI KOPERASI 2030 (DigiKOP 2030) Pandemik COVID-19 telah menyebabkan peningkatan yang tidak dapat dielakkan dalam penggunaan teknologi digital disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan di peringkat nasional dan global. Orang awam dan organisasi di seluruh dunia terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam pekerjaan dan kehidupan. Impak digitalisasi dalam perniagaan semasa pandemik menunjukkan bahawa penting untuk semua entiti perniagaan untuk beralih dari model perniagaan tradisional kepada secara dalam talian untuk kekal relevan dalam perniagaan. Sebagai tindak balas terhadap persekitaran yang berubah ini, kementerian telah melancarkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKOP 2030) pada bulan Julai 2023. Pelan ini terdiri daripada inisiatif strategik untuk mendorong gerakan koperasi yang progresif, berdaya saing dan mampan di Malaysia. Objektif pelan ini adalah: i. Mentransformasikan gerakan koperasi ke arah penggunaan teknologi dan digitalisasi dalam tadbir urus dan aktiviti. Koperasi perlu beralih dari kaedah konvensional dalam melakukan perniagaan ke arah menyesuaikan teknologi dan digitalisasi dalam menawarkan produk dan perkhidmatan mereka, serta memodenkan proses bahagian belakang ( back-end ) dengan menggunakan teknologi komputer dan sistem digital. ii. Membangunkan keupayaan bakat digital yang berpengetahuan, cekap dan kompeten; dan iii. Mewujudkan ekosistem digital yang inklusif, selamat, dan beretika. PENUBUHAN UNIVERSITI KEUSAHAWANAN KOPERASI MALAYSIA (UKKM) Untuk Malaysia membina sektor koperasi yang berdaya saing dan berprestasi tinggi, kami percaya bahawa adalah penting untuk memperkukuh pembangunan modal insan koperasi. Mengamalkan pendekatan pembelajaran sepanjang hayat melalui latihan untuk anggota
Terjemahan oleh: Nadiah Kamarudin
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease