WADAH PELANCAR EDISI MEI 2024

6

11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan

Datuk Ewon Lakukan Kunjungan Hormat ke atas Menteri Pertanian Jordan

ANGKASA Sokong Deklarasi Jordan Pacu Pertumbuhan Gerakan Koperasi

Oleh AHMAD NADJMY KHALILI

ANGKASA menyokong penuh Deklarasi Jordan yang telah dibentangkan dalam APCMC Ke-11 pada 29 April 2024 sebagai satu langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dengan koperasi untuk membangunkan ekonomi koperasi yang inklusif dan mampan. Sokongan itu dinyatakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika Mesyuarat Anggota Lembaga ACO yang diadakan secara dalam talian pada 6 Mei 2024.

Tuan Yang Terutama (TYT) Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat menerima kunjungan hormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick.

Oleh NOR LELA ABDUL GHANI

dan pendidikan serta menggalakkan aktiviti pembangunan kapasiti modal insan seperti pembangunan keupayaan dan kapasiti gerakan koperasi bagi kedua-dua buah negara. Usaha itu merupakan salah satu langkah pemerkasaan kapasiti modal insan dalam kalangan kakitangan dalam organisasi pemegang taruh utama koperasi dan gerakan koperasi secara khususnya. Antara skop kerjasama yang bakal dijalankan antara IKMa dengan JCC adalah pembangunan modul serta pelaksanaan program latihan dan pendidikan jangka pendek dan jangka panjang, iaitu berdasarkan kepada objektif yang akan ditetapkan. Selain itu, pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan perkongsian hasil kajian untuk dijadikan sebagai sumber rujukan oleh pemegang taruh dan koperasi, perkongsian kepakaran yang berorientasi keperluan serta pelaksanaan khidmat nasihat dan konsultasi. MoU tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Ketua Pengarah JCC, Mr. Abdelfattah M.Q. Al Shalabi serta disaksikan oleh YB Datuk Ewon dan TYT Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat. Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Mohamad Nasri Abdul Rahman.

Menteri dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertanian Jordan, Tuan Yang Terutama (TYT) Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat di Laut Mati, Jordan pada 29 April 2024. Pembangunan Usahawan Sesi pertemuan itu memberi peluang kepada Malaysia dan Jordan untuk memperluas kerjasama dalam bidang keberhasilan khususnya dalam pertanian dan pelancongan melalui gerakan koperasi oleh kedua-dua buah negara di samping berkongsi ilmu dan kepakaran dalam perniagaan dan pendidikan. TYT Khaled Mousa yang juga merupakan Pengerusi JCC turut menyatakan minat untuk mendapatkan perkongsian lanjut mengenai pencapaian dan kejayaan 15,809 koperasi di Malaysia dengan 7.2 juta keanggotaan yang menyumbang kepada perolehan RM64.5 bilion pada tahun 2023. Program tersebut disusuli dengan memorandum persefahaman kerjasama (MoU) antara Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan Jordan Co-operative Corporation (JCC) untuk membangunkan modul latihan

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Deklarasi memperjelaskan komitmen daripada Menteri yang menerajui sektor koperasi di rantau Asia Pasifik bagi mengadakan dialog konstruktif antara badan kerajaan dan koperasi, memperkukuh dasar- dasar yang menyokong gerakan koperasi, serta meningkatkan kesedaran tentang model perniagaan koperasi dan nilai-nilai yang dibawanya. tersebut Inisiatif ini sejajar dengan peranan ANGKASA selaku badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan untuk meningkatkan sumbangan dan memperkukuh kelestarian gerakan koperasi di Malaysia. Menurutnya keputusan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menyokong Deklarasi Jordan adalah satu langkah positif yang menyokong kesinambungan dan pertumbuhan koperasi di negara ini. Hal ini sejajar dengan matlamat Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi menerusi platform koperasi serta menyediakan ekosistem yang lebih mesra koperasi. Hadir sama ialah Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal Bersara, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Ali Mansor (dua dari kanan) telah menandatangani memorandum persefahaman kerjasama (MoU) dengan Jordan Co-operative Corporation (JCC) yang diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Mr. Abdelfattah M. Q. Al-Shalabi (dua dari kiri). Turut menyaksikan pemeteraian MoU itu ialah Menteri Pertanian Jordan, TYT Khaled Mousa Shehadeh Alhuneafat (tiga dari kiri), YB Datuk Ewon (tiga dari kanan), Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) IKMa, Encik Mohd Zaib Mat Yunus (kanan sekali) dan Penolong Ketua Pengarah JCC, Mr. Eng Ghaleb Michail Haddadin (kiri sekali).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease