7
11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan
Datuk Ewon Temui Diaspora Malaysia di Jordan, Seru Jadi 'Duta' Produk Koperasi Negara dan PMKS
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (duduk, empat dari kanan) bergambar kenangan bersama diaspora Malaysia di Jordan. Turut bersama, Duta Besar Malaysia ke Jordan, Tuan Yang Terutama (TYT) Mohamad Nasri Abdul Rahman (duduk, empat dari kiri).
Oleh NOR LELA ABDUL GHANI
bilion, penjanaan aset RM165.89 bilion dan nilai perolehan sebanyak RM64.56 bilion. Sektor francais, mempunyai lebih 1,000 jenama yang telah didaftarkan. Dalam hubungan ini, saya berharap diaspora dan para pelajar Malaysia menjadi duta kepada perkhidmatan, produk dan jenama daripada syarikat-syarikat PMKS, koperasi dan francais negara Malaysia di tempat bekerja atau kampus pengajian masing-masing.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menemui diaspora Malaysia di Jordan dan menyeru agar mereka dapat menjadi duta produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi negara. Beliau berkata, kementeriannya bersedia membantu diaspora Malaysia di Jordan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan terutamanya menerusi platform koperasi. “Saya berharap agar diaspora dan para pelajar Malaysia menjadi duta kepada perkhidmatan, produk dan jenama daripada syarikat-syarikat PMKS, koperasi dan francais negara Malaysia di tempat bekerja atau kampus pengajian masing-masing. Pemasaran produk-produk Malaysia ke pasaran antarabangsa sudah tentunya memerlukan sokongan duta-duta seperti ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Sesi Ramah Mesra antara Delegasi KUSKOP dengan diaspora Malaysia di Amman, Jordan pada 28 April 2024. Hadir sama dalam majlis itu ialah Duta Besar Malaysia ke Jordan Tuan Yang Terutama Mohamad Nasri Abdul Rahman. YB Datuk Ewon berkata, kementeriannya menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA bersedia membantu diaspora Malaysia di Jordan yang ingin bekerjasama dengan koperasi di Malaysia. “Penyertaan dalam kalangan profesional, belia dan penjawat awam dalam gerakan koperasi amat penting memandangkan golongan ini berupaya bertindak sebagai penyumbang idea bagi memastikan gerakan koperasi berkembang dinamik dan kekal relevan dengan perkembangan sosioekonomi negara. Saya percaya dengan pengalaman warga Malaysia di Jordan termasuk para pelajar yang hidup dan bekerja dalam persekitaran antarabangsa yang pelbagai dapat mengukuhkan lagi personaliti dan memupuk kemahiran menangani cabaran-cabaran serta mampu mewujudkan rangkaian global berpengaruh,” katanya. YB Datuk Ewon juga berkata, PMKS berjaya menyumbang sebanyak 38.4% atau RM580.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), nilai eskport 10.5% atau RM144.5 bilion dan 48.2% atau 7.59 juta orang dalam sektor guna tenaga pada tahun 2022. “Pada tahun 2023, bilangan koperasi juga terus meningkat kepada 15,809 buah dengan jumlah keanggotaan 7.2 juta orang, modal syer RM17.45
YB Datuk Ewon berbual bersama TYT Mohamad Nasri.
YB Datuk Ewon beramah mesra bersama pelajar Malaysia di Jordan.
Pelajar mengambil peluang berswafoto bersama YB Datuk Ewon.
Pemasaran produk Malaysia ke pasaran antarabangsa sudah tentunya memerlukan sokongan duta-duta seperti ini,” jelasnya dan menambah kementerian dan agensi-agensi kementerian sentiasa terbuka sekiranya mereka mahu menjadi usahawan PMKS, koperasi dan francais apabila kembali semula ke Malaysia. Turut hadir ialah Pengerusi SKM Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal Bersara, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan
Peniaga Kecil KUSKOP yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Berdasarkan data dari Kedutaan Malaysia di Jordan, lebih 2,000 rakyat Malaysia berdaftar dengan pihak kedutaan Jordan, setakat April tahun ini.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease