8
11 th ASIA PACIFIC COOPERATIVE MINISTERS’ CONFERENCE 28-30 April 2024 Laut Mati, Jordan Koperasi Beit Sweimeh Jadi Contoh Pemerkasaan Wanita, Komuniti di Jordan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dan isteri, Datin Connie Parantis bergambar kenangan bersama sebahagian wanita dan belia yang terlibat dalam projek keusahawanan yang dilaksanakan oleh Business Development Centre dan disokong oleh koperasi Beit Sweimeh (Beit Sweimeh Association).
Oleh NOR LELA ABDUL GHANI
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan ke koperasi Beit Sweimeh (Beit Sweimeh Association) di Balqa, Laut Mati, Jordan pada 1 Mei 2024. Ketibaan delegasi Malaysia disambut mesra oleh mantan Menteri Buruh Jordan yang juga pengasas B usiness Development Centre (BDC), Tuan Yang Terutama H.E. Nayef Stetieh. Dalam lawatan tersebut, mereka diberi penerangan mengenai inisiatif BDC serta taklimat mengenai program dan aktiviti koperasi yang mengangkat dan memartabatkan keunikan budaya masyarakat di Jordan dan program ekopelancongan yang mencipta peluang penjanaan pendapatan untuk komuniti tempatan terutamanya golongan wanita dan belia. Di samping itu, pelbagai demonstrasi produk tempatan disajikan kepada delegasi Malaysia seperti penghasilan jem, sabun dan minyak zaitun secara buatan tangan (home-made) , kraf tangan dan aksesori hiasan serta tenunan pakaian tradisional Jordan yang diusahakan oleh anggota koperasi Beit Sweimeh. Delegasi turut berkesempatan melawat program kelestarian alam koperasi menerusi projek tanaman hidroponik dan penghasilan biogas daripada pengurusan kitar semula sisa makanan di laman pusat tersebut serta merasai pengalaman budaya tempatan seperti beristirahat di khemah masyarakat Badwi. Mereka juga dijemput menikmati kelazatan makanan tradisi Jordan yang disediakan oleh pusat latihan perkhidmatan makanan dan minuman yang diusahakan koperasi. Seramai 27 orang wanita yang telah mengikuti program dan latihan vokasional pengurusan dan perkhidmatan makanan koperasi Beit Sweimeh. YB Datuk Ewon ketika ditemu bual berkata program lawatan itu memberi peluang kepada delegasi Malaysia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang diraih dengan anggota koperasi di tanah air. Beliau juga yakin kerjasama strategik dan kolaborasi antara koperasi (C-2-C) di Malaysia dan Jordan dapat diterjemahkan hasil daripada sesi perbincangan dan hubungan dua hala yang diperkukuh menerusi Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik (APCMC) ke-11 yang telah melabuhkan tirainya pada 30 April 2024. BDC adalah pusat pembangunan perniagaan yang diusahakan secara bersama dengan komuniti setempat untuk menyediakan hub keusahawanan, pendidikan, pelancongan, perusahaan sosial (SE),
YB Datuk Ewon menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Beit Sweimeh Association , Ms. Sireen Al Shareef. Turut bersama, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal Bersara (kiri sekali).
YB Datuk Ewon bersalaman dengan mantan Menteri Buruh Jordan, Tuan Yang Terutama (TYT), H.E. Nayef Stetieh.
YB Datuk Ewon mendengar penerangan oleh TYT H.E. Nayef ketika membuat lawatan ke koperasi Beit Sweimeh (Beit Sweimeh Association).
pembangunan kapasiti, program kelestarian alam dan inovasi produk tempatan. Koperasi Beit Sweimeh pula ditubuhkan pada tahun 2021 bagi menyokong projek keusahawanan yang dilaksanakan oleh BDC untuk memperkasa pembangunan sosioekonomi anggota wanita di komuniti tempatan dan kawasan yang terpinggir. Koperasi berkenaan merupakan inkubator untuk menyokong projek yang dilaksanakan oleh golongan wanita dan belia untuk memupuk budaya keusahawanan, inovasi dan kreativiti serta menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada generasi muda wanita berusia 18 hingga 24 tahun. Sokongan terhadap pertubuhan yang diterajui oleh wanita masyarakat setempat merupakan sebahagian daripada program “Learning to Earning”
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang dilaksanakan oleh BDC. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal Bersara, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias; Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jordan Co- operative Cooperation (JCC), Mr. Abdelfattah M.Q. Al Shalabi dan Ketua Pembangunan Belia (Chief Adolescent Development) UNICEF, Mr. John Trew.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease