WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2024

S

JUN 2024 JILID: WP06/6 EDISI KHAS MAPA 2024

ANGKASACoop

www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373) www.angkasa.coop

Salam Malaysia MADANI Tahniah kepada ANGKASA yang mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-38 (MAPA 2024) tahun ini. Penyertaan semua perwakilan mencerminkan komitmen dan dedikasi ANGKASA dalam pembangunan gerakan koperasi negara. ANGKASA sesungguhnya memainkan peranan penting menjayakan Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030). Peranan inilah yang antara lainnya telah menyumbang kepada kejayaan awal sasaran perolehan RM64 bilion oleh gerakan koperasi negara pada tahun 2023, iaitu pencapaian dua tahun lebih awal daripada sasaran dalam DAKOM 2030. Tahniah buat ANGKASA dan semua warga koperasi negara! Kerajaan sesungguhnya mengiktiraf peranan dan sumbangan gerakan koperasi terhadap ekonomi negara. Justeru, warga koperasi harus terus memacu daya saing agar lebih kompetitif dalam perusahaan dan perniagaan masa kini yang menuntut pengadaptasian teknologi maklumat, digitalisasi, artificial intelligence , perbankan digital dan inovasi dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti. Saya amat yakin gerakan koperasi juga boleh bersaing dengan multinational companies dalam menawarkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna. Kita juga telah melancarkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030). Justeru, saya berharap ANGKASA dapat menerajui kepimpinan gerakan koperasi agar menjadikan digitalisasi sebagai komponen besar dalam tadbir urus koperasi serta pewujudan kerjasama pintar dengan pelbagai pihak termasuk koperasi-koperasi dari luar negara. Saya mendoakan semua agenda MAPA 2024 ini dapat dijayakan dengan lancar dan teratur sekali gus memacu persediaan ke arah penganjuran Kongres Koperasi Kebangsaan tahun ini. Selamat bersidang! YB Datuk Ewon Benedick

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) YB Datuk Ewon Benedick

Assalamualaikum dan Salam Malaysia MADANI Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung pada Julai 2024 menjadi medan terbaik kepada gerakan koperasi untuk menyatakan pendirian teguh terhadap keperluan dan kehendak sebenar gerakan sekiranya kerajaan mahu melihat sektor koperasi menjadi penyumbang berkesan kepada ekonomi negara. Kongres yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Anwar Ibrahim sempena Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) 2024 dan mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) tersebut diharap dapat memberi penambahbaikan dan transformasi kepada gerakan koperasi dalam meningkatkan daya saing kepada landskap ekonomi pada masa akan datang. Isu seperti penelitian semula terhadap kerelevanan dan kesesuaian akta mengenai peraturan koperasi yang dilihat perlu selari dengan perubahan persekitaran yang dinamik serta dasar kewangan dan fiskal kerajaan yang tidak memberi kelebihan kepada gerakan koperasi untuk berdaya saing dan berkembang dalam perniagaan menjadi perkara utama yang akan dibincangkan dalam kongres tersebut. Selain itu, soal bajet yang dilihat tidak sepadan dengan jumlah koperasi dan anggota koperasi yang terus meningkat setiap tahun juga perlu diberi perhatian untuk kepentingan gerakan supaya sumbangan lebih besar kepada pembangunan ekonomi negara tercapai. Agenda Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024) di setiap negeri yang berlangsung pada 27 Februari 2024 hingga 2 Mei 2024 telah menyaksikan pelbagai usul dicadangkan menerusi sumbang saran oleh perwakilan untuk dibawa ke kongres berkenaan. Inisiatif ini diharap dapat menjadi pencetus kepada pemerkasaan hala tuju gerakan khususnya dalam merangka resolusi yang boleh memberi impak kepada kemajuan gerakan koperasi di Malaysia.

Sudah 55 tahun isu gerakan koperasi tidak dibincangkan secara inklusif dan kolektif sejak Kongres Kedua yang telah diadakan pada 1969. Justeru, penganjuran Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 adalah amat wajar dijayakan sebagai usaha mencari penyelesaian kepada cabaran tersebut agar selari dengan perubahan landskap dan kehendak semasa. ANGKASA melihat usaha memperkasakan gerakan koperasi bukan sahaja menjadikan koperasi

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan Naib Presiden International Co-operative Alliance-Asia and Pacific (ICA-AP) Datuk Seri Dr. Abdul Faah Haji Abdullah

mampu bertahan, malah berkembang menjadi peneraju dalam inovasi dan pembangunan ekonomi supaya kesan positif gerakan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Semoga penganjuran Kongres Koperasi Malaysia 2024 mampu mengangkat suara gerakan yang mewakili 15,809 buah koperasi dengan jumlah keanggotaan seramai 7.2 juta orang, khususnya dalam mengenal pasti isu serta cabaran yang mengekang kepada pertumbuhan gerakan koperasi. Terima kasih dan selamat bersidang kepada semua perwakilan MAPA 2024. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah

Kandu 13 18

20

06 Kepentingan Pemasaran Digital dalam Koperasi 08 Kongres Koperasi Kebangsaan Ke-3 (2024) Koperasi Pemangkin Ekonomi Madani 10 Tadbir Urus ANGKASA: Terurus dan pada Landasan Baik 12 Koperasi Pencetus Transformasi Global Membina Dunia Lebih Baik 14 Ekosistem Kredit Koperasi ANGKASA 16 Pendekatan Strategik ANGKASA dalam Memperkasakan Perniagaan Koperasi 18 Kembara Jelajah Borneo 20 DaKoM 2030: Kompas Gerakan Koperasi Menggapai Kecemerlangan 23 Sektor Kewangan: Koperasi Kakitangan FELDA Berhad (FELKOP) Pemimpin Berkaliber Teras Kecemerlangan FELKOP 24 Sektor Pemborongan dan Peruncitan:

19

26 Sektor Hartanah dan Industri Binaan: Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad (KPSPB) 59 Tahun Proaktif Ceburi Industri Perumahan 27 Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan: Koperasi Homestay D'Pelandok Best Port Dickson Berhad

Homestay D'Pelandok Tawar Pelancong Pengalaman Indah Duduk di Kampung

28 Sektor Pembangunan Komuniti:

Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad (KUOS) Mentor kepada Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

29 Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani:

Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda/Sik Kedah Berhad (KEMUDIK) KEMUDIK Komited Bantu Kerajaan Perkukuh Industri Kelapa

Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad (DUTASS) DUTASS Bentuk Kemenjadian Pelajar Berbudaya Keusahawanan Koperasi

25 Sektor Inovasi dan Teknologi:

30 Sektor Perladangan:

Koperasi Komuniti Usahawan Digital Sarawak Berhad (SARADEC) SARADEC Sasar Generasi Muda Celit IT dalam Bisnes

Industri Buluh Bantu Pacu Ekonomi Gerakan Koperasi

31 Antarabangsa:

ACO Mengukuhkan Kekuatan Koperasi di Peringkat ASEAN

24

25

ngan

27

26

29

31

30

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Faah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik • Dr. Hajah Salmah Ishak

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA

• Halim Haji Ibrahim Penolong Pengarang (Menanggung Tugas Pengurus) • Nor Azah Abd. Aziz Pengarang • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

6

Kepentingan Pemasaran Digital dalam Koperasi Oleh: Nor Azah Abd. Aziz

Presiden ANGKASA Datuk Seri Dr. Abdul Faah Haji Abdullah

K ini, pemasaran digital ternyata memainkan peranan penting dalam membuka peluang perniagaan dan pasaran yang lebih meluas kepada mana-mana syarikat mahupun koperasi. Platform digital seperti laman web, media sosial, e-mel, TikTok dan Facebook, dapat meningkatkan jumlah pelanggan berbanding mengendalikan penjualan di kedai fizikal. Kos promosi juga dapat dikurangkan. Kempen pengiklanan dalam talian seperti Google Ads atau Facebook Ads , membolehkan koperasi menentukan bajet promosi mengikut keperluan. Melalui pendekatan digital, koperasi dapat memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang profil dan kehendak pelanggan. Data seperti demografi, minat dan corak pembelian boleh diperolehi dengan lebih mudah melalui platform digital. Koperasi boleh menyusun strategi pemasaran yang lebih berkesan dan memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih tepat. Penglibatan golongan generasi muda dalam koperasi juga dapat ditingkatkan kerana mereka lebih aktif dalam media sosial dan platform digital lain. Penggunaan platform e-dagang juga membuka peluang koperasi menjual produk mereka secara langsung kepada pelanggan melalui laman web atau aplikasi mudah alih tidak kira di mana mahupun waktu. Koperasi dapat berinteraksi dengan pelanggan melalui pertandingan secara dalam talian, tinjauan pengguna atau menyediakan kandungan yang informatif dan menarik untuk pelanggan. Mengukur prestasi dengan lebih tepat melalui pendekatan digital, membolehkan koperasi melihat secara langsung kesan kempen pemasaran. Pemasaran digital turut memudahkan koperasi menjangkau pasaran global selain meningkatkan jalinan kerjasama dengan pengusaha tempatan. Laman web boleh diakses dari mana sahaja dan dapat menarik pelanggan dari serata dunia. Koperasi perlu menyesuaikan diri dengan teknologi terkini dan strategi pemasaran yang baru dengan cepat dan fleksibel. Usaha itu memberikan peluang kepada koperasi untuk meningkatkan kebolehpercayaan

Jimatshop.com memudahkan urusan pembelian barangan keperluan harian komuniti setempat.

Datuk Seri Dr Abdul Fa–ah Abdullah ketika bersama-sama penerima barangan BA100 di hadapan ANGKASAMart Kelana Jaya.

7

pelanggan terhadap mereka. Ulasan positif daripada pelanggan sedia ada menerusi laman web dan media sosial dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan yang baharu. Kempen pemasaran juga dapat dibina secara dinamik dengan penggunaan digital dalam pemasaran. Koperasi boleh mengubah strategi, kandungan atau sasaran pelanggan dengan cepat berdasarkan maklum balas dan data yang diperoleh selain menjalinkan kerjasama menerusi pengiklanan dalam talian untuk memperluaskan jangkauan promosi mereka. Pemasaran digital juga memudahkan pengurusan hubungan pelanggan. Melalui e-mel pemasaran, TikTok, Facebook, laman web dan lain- lain mekanisme, sudah terbukti banyak membantu menaikkan jumlah jualan mahupun pengeluaran sesebuah syarikat. ANGKASA berpandangan digitalisasi seharusnya menjadi antara komitmen terpenting dalam pembangunan perniagaan koperasi yang mana menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan e-dagang direkodkan berjumlah RM291.7 bilion pada suku pertama 2023. Transaksi e-dagang di peringkat Asia Pasifik pada suku pertama tahun ini juga mencecah sehingga jumlah RM330 bilion (Sumber: researchandmarket.com). Pada tahun 2023, dua perkara penting turut dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam usaha memberi anjakan baharu bagi meningkatkan prestasi gerakan koperasi supaya menjadi lebih efisien, inovatif dan berdaya saing dalam era ekonomi digital yang semakin berkembang. Pertama, Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) yang dilancarkan bagi menetapkan hala tuju strategik melalui pewujudan ekosistem dinamik bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dan warga koperasi dalam keusahawanan koperasi. Kerajaan telah menetapkan pencapaian perolehan koperasi sebanyak RM60 Bilion pada tahun 2025 dan RM73 Bilion pada tahun 2030.

Kedua, Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030 yang memfokuskan untuk meningkatkan penglibatan koperasi dalam teknologi digital. Pelan yang diusahakan oleh ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) ini melihat kepada isu, cabaran dan peluang gerakan koperasi dalam transformasi dan peralihan digital. Di peringkat ANGKASA pula, projek pemborongan dan peruncitan yang dikenali sebagai BA100 sedang giat berjalan yang mana sasaran untuk melibatkan 3074 buah koperasi menyertainya telah tercapai. Usaha itu disokong oleh warga koperasi khususnya daripada koperasi kecil supaya mereka boleh meningkatkan perolehan. Langkah mewujudkan BA100 adalah tindakan proaktif tiga serampang iaitu, menjana perolehan koperasi, meningkatkan keterlibatan koperasi dalam dunia digital dan membantu kerajaan serta masyarakat mendepani isu kos sara hidup. ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara turut menyediakan inisiatif platform e-dagang yang dinamakan eniaga.coop. Setakat ini, usaha sama dengan pihak Samsung Malaysia Electronics membolehkan produk Samsung dipasarkan melalui laman web itu. ANGKASA juga membuka peluang kepada koperasi di seluruh Malaysia untuk memanfaatkan platform e-dagang tersebut. Selain itu, ANGKASA turut menyediakan kemudahan membina laman web secara percuma kepada koperasi anggota di seluruh Malaysia. Melalui laman web, koperasi berpeluang berkomunikasi dengan

Anak syarikat ANGKASA, MyANGKASA Amanah Berhad aktif mempromosikan produk dan perkhidmatannya melalui platform digital.

Maklum balas kepada anggota juga menjadi lebih pantas. ANGKASA turut menyediakan kursus pemasaran digital yang berasaskan kepada platform media sosial seperti TikTok Shop , Facebook Business dan Instagram Business sejak tahun 2023 di bawah inisiatif DigiKOP 2030.

anggota seperti mewujudkan borang-borang permohonan untuk berurusan melalui dalam talian dan dokumen-dokumen secara digital, tanpa perlu melibatkan kos pos mahupun kurier.

Pelancaran Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (empat dari kiri) sempena Majlis Pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) 2023 pada 10 Julai 2023 di Kuantan, Pahang.

TikTok adalah salah satu medium media sosial yang boleh digunakan oleh koperasi untuk tujuan pemasaran.

8

Koperasi Pemangkin Ekonomi Madani Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz Kongres Koperasi Kebangsaan Ke-3 (2024)

Dr. Mohd Azlan Yahya Timbalan Presiden ANGKASA Pengerusi Kumpulan Perhubungan Strategik A genda utama ANGKASA tahun 2024 adalah merealisasikan idea untuk mengumpulkan secara besar- besaran koperasi di seluruh negara bagi membincangkan isu dan cabaran serta arah tuju gerakan koperasi negara melalui penganjuran Kongres Koperasi Kebangsaan yang akan diadakan pada Julai 2024. Wakil PELANCAR berkesempatan menemu bual Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya yang telah diberi tanggungjawab untuk menjayakan Kongres tersebut. PELANCAR:Saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah bersetuju dengan cadangan ANGKASA untuk menganjurkan Kongres Koperasi Kebangsaan Ke-3. Mengapakah Kongres ini diadakan? Dr. Mohd Azlan Yahya: Kongres Koperasi Kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1966 dan yang kedua pada tahun 1969. Hasil penting daripada Kongres pertama adalah tertubuhnya koperasi sekolah pada tahun 1968 dan sehingga kini terdapat 2,490 buah koperasi sekolah yang merupakan antara pencapaian penting gerakan koperasi di negara kita. Begitu juga Kongres kedua telah mengusulkan resolusi supaya diwujudkan satu badan yang mewakili gerakan koperasi di negara ini. Hasilnya pada 12 Mei 1971, tertubuhlah ANGKASA sebagai badan yang diiktiraf oleh kerajaan untuk mewakili gerakan koperasi di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 11,045 koperasi daripada keseluruhan 15,809 koperasi telah menjadi anggota ANGKASA. Malaysia yang diwakili oleh ANGKASA telah memainkan peranan aktif bukan sahaja di peringkat nasional, malah di peringkat global. Melihat kepada perubahan persekitaran ekonomi, sosial dan politik yang dinamik serta setelah 55 tahun Kongres tidak diadakan, ANGKASA

Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, merasmikan pembukaan Kongres Kerjasama Pertama di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada tahun 1966.

Kongres Kerjasama Kedua yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, YB Encik Abdul Ghafar Baba pada tahun 1969.

9

semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat di negara ini. Koperasi juga mempunyai matlamat yang sama untuk ‘Memperkasakan Anggota’ dan melalui amalan nilai-nilai murni, iaitu berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan, perpaduan, kesetiaan dan kerjasama dengan tujuan untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan anggota. Tema yang dipilih amat bertepatan kerana konsep serta nilai Ekonomi Madani mempunyai persamaan dengan koperasi namun dalam bentuk yang lebih mikro. Kongres ini akan menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa jangan tinggalkan koperasi dalam arus perdana pembangunan negara kerana kami yakin gerakan koperasi mampu memberi sumbangan yang bermakna bagi mencapai aspirasi Ekonom Madani. PELANCAR: Setakat hari ini, sejauh manakah gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh ANGKASA sebagai persediaan menganjurkan Kongres tersebut? Dr. Mohd Azlan Yahya: Kertas konsep penganjuran Kongres telah dibentangkan kepada pihak KUSKOP dan telah diluluskan serta telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil.1/2024 yang dipengerusikan oleh Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick pada 13 Mei 2024. Perkara yang penting adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin pandangan daripada koperasi, agensi kerajaan serta golongan bijak pandai dan profesional. ANGKASA menggunakan dua pendekatan utama dalam gerak kerja untuk mendapatkan pandangan tersebut, iaitu melalui sesi libat urus secara bersemuka dan soal selidik. ANGKASA telah memulakan sesi libat urus dengan koperasi akar umbi di seluruh negara mulai 27 Februari 2024 hingga 2 Mei 2024 sempena Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024) dengan penglibatan 3,839 buah koperasi. Sepanjang bulan Mei dan Jun tahun 2024 ANGKASA akan meneruskan sesi libat urus dengan kumpulan sasaran seperti federasi koperasi, koperasi besar, kumpulan pemikir dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan koperasi. Segala pandangan dan usul yang dikemukakan dalam sesi libat urus dan soal selidik akan dimurnikan serta dijadikan sebagai input utama semasa Kongres nanti yang akan diadakan pada 24 hingga 25 Julai 2024 di Pusat Dagangan Dunia ( World Trade Centre ), Kuala Lumpur. Kongres ini akan dianjurkan secara hibrid, dengan seramai 2,500 peserta dijangka hadir secara bersemuka dan 2,500 lagi secara dalam talian PELANCAR: Apakah harapan Dr. terhadap hasil daripada kongres nanti? Dr. Mohd Azlan Yahya: Kami, warga ANGKASA mengharapkan agar Kongres yang akan dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang. Saya amat berharap Kongres tahun 2024 akan memberi makna yang lebih besar kepada gerakan koperasi dengan perbincangan yang profesional dan menghasilkan resolusi yang berkualiti. ANGKASA berharap agar resolusi yang dihasilkan nanti diberi pertimbangan serius oleh kerajaan untuk menambah baik dasar dan polisi sedia ada atau mewujudkan dasar dan polisi baharu. Saya yakin bahawa dasar dan polisi yang seimbang dan setaraf dengan sektor lain akan menjadi pemacu kepada daya saing gerakan koperasi, seterusnya memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara pada masa depan. ANGKASA juga berharap resolusi yang dihasilkan dapat dibentang dan diserahkan sendiri oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Perdana Menteri yang pada dasarnya bersetuju untuk merasmikan Kongres tersebut.

Sebilangan perwakilan yang hadir di Kongres Kerjasama Pertama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.

Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) di Hotel Tenera, Bangi pada 12 Oktober 2023 yang dirasmikan oleh Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick turut mengumumkan penganjuran Kongres Koperasi Kebangsaan Ke-3 (2024).

berpendapat satu keperluan dan tanggungjawab untuk menganjurkan Kongres Koperasi Kebangsaan ke-3 bagi mendapatkan pandangan daripada gerakan koperasi untuk membincangkan secara kolektif dan inklusif arah tuju masa depan gerakan koperasi. PELANCAR: Apakah perkara penting yang akan dibincangkan semasa Kongres nanti? Dr. Mohd Azlan Yahya: Objektif utama Kongres adalah untuk mengenal pasti serta membincangkan isu dan cabaran yang merencatkan kemajuan gerakan koperasi, pelbagai faktor kritikal kejayaan koperasi, peranan gerakan koperasi sebagai antara penyumbang utama kepada pembangunan sosioekonomi negara dan menyampaikan resolusi untuk tindakan kerajaan bagi kemajuan gerakan. Isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh gerakan koperasi adalah bagaimana untuk mengadaptasi perubahan persekitaran yang dinamik dalam pengurusan dan juga perniagaan. ANGKASA telah mengenal pasti empat perkara utama yang membantutkan pertumbuhan gerakan koperasi di negara ini yang perlu dibincangkan serta dikupas secara serius untuk disampaikan kepada kerajaan dan pembuat dasar. Empat perkara tersebut adalah:

i. Identiti dan Jati Diri Koperasi; ii.Akta, Peraturan dan Tata Kelola Koperasi; iii. Pembangunan Modal Insan Koperasi dan iv. Daya Saing Perniagaan Koperasi PELANCAR: Tema Kongres yang akan diadakan adalah 'Koperasi Pemangkin Ekonomi Madani.' Bolehkah Dr. perjelaskan hubung kait antara kedua-duanya? Dr. Mohd Azlan Yahya: Ekonomi Madani telah diluncurkan pada 27 Julai 2023 oleh kerajaan yang memberi tumpuan kepada matlamat ‘Memperkasa Rakyat’ sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martabat Malaysia serta menjadi satu wawasan untuk kita membina negara yang lebih baik untuk kita dan generasi akan datang. Wawasan ini dibina berasaskan nilai-nilai MADANI dan memerlukan penggemblengan seluruh masyarakat Malaysia untuk merealisasikan visi yang digariskan. Nilai Ekonomi Madani, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Hormat, Keyakinan, Daya Cipta dan Ihsan akan menjadi teras kepada pembangunan ekonomi pada masa depan. Dua fokus utama Ekonomi Madani adalah menstruktur

10

Tadbir Urus ANGKASA: Terurus dan pada Landasan Baik

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran M enurut Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP), tadbir urus adalah proses membuat keputusan dan proses yang mana keputusan dilaksanakan (atau tidak dilaksanakan). Kini, semua pemimpin dan pengurusan organisasi termasuk kerajaan, sektor swasta, koperasi, pertubuhan sivil, media dan lain-lain memberi tumpuan dan pelaksanaan terhadap tadbir urus yang baik (tatakelola baik atau ‘ good governance ’) bagi institusi dan organisasi masing-masing. Tadbir urus baik atau tatakelola yang baik adalah proses mengukur bagaimana institusi awam termasuk koperasi menjalankan hal ehwal awam dan menguruskan sumber awam. Proses itu

bertujuan untuk menjamin realisasi hak asasi manusia dengan cara yang pada asasnya bebas daripada penyalahgunaan atau penyelewengan dan korupsi. Selain itu, tadbir urus baik juga mengambil kira undang-undang sivil dan Syariah dalam pengurusannya. Melalui pematuhan prinsip- prinsip ini, sesebuah institusi atau organisasi dapat memastikan bahawa tindakan mereka adalah beretika, adil dan berkesan dalam usaha memenuhi kepentingan masyarakat. Konsep 'Tadbir Urus Baik' muncul sebagai model untuk membandingkan antara ekonomi atau badan politik yang tidak berkesan dengan ekonomi atau badan politik yang berdaya maju. Dalam konteks organisasi koperasi, hal ini merujuk kepada

kejayaan koperasi dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab serta memenuhi objektif sosioekonomi yang bersandar kepada prinsip-prinsip koperasi anggota masing-masing. KEPENTINGAN TADBIR URUS BAIK Beberapa kepentingan tadbir urus baik antaranya adalah untuk memperkasakan daya saing koperasi. Justeru, koperasi perlu mengambil tindakan segera untuk meningkatkan kompetensi dan produktiviti anggota termasuk anggota lembaga dan pengurusan serta meningkatkan kapasiti inovasi melalui pembangunan bakat dan kepakaran.

Ciri dan Prinsip Tadbir Urus Baik

Tindakan yang dilaksanakan oleh pemimpin dan pengurus pelbagai peringkat ke arah kecemerlangan dan kegemilangan hakiki.

Cara pelaksanaan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi membuat keputusan dan penyampaian hasil.

Hasil liputan dibuat secara menyeluruh antaranya aspek tatacara, struktur dan proses berurusan dengan pemegang taruh.

Penekanan kepada dua aspek utama:-

Prestasi - Penyampaian

Pematuhan kepada undang-undang - Pematuhan kepada Akta, Peraturan dan Undang-Undang piawai yang dipakai dan harapan anggota serta masyarakat terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti, integriti, patuh Syariah serta ketelusan dalam perkongsian maklumat secara terbuka.

perkhidmatan yang efektif dan efisien; perkhidmatan mempunyai ‘value of money’ , pengurusan terhadap pembaziran sumber dan dana.

11

Kesungguhan ANGKASA dalam memastikan tadbir urus baik diterjemahkan menerusi barisan kepimpinannya yang memegang pelbagai jawatan penting di peringkat antarabangsa.

iv. Perkongsian kepakaran dan pengalaman menubuhkan koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid di peringkat antarabangsa; v. Melaksanakan sepenuhnya resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan 2024; vi. Menjadi perintis dan pakar rujuk Hub Halal Produk dan Perkhidmatan (Patuh Syariah) Koperasi; vii. Melaksanakan sepenuhnya ‘Code of Cooperative Good Governance’; viii. Meningkatkan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti SPRM, LHDN dan SIRIM serta universiti tempatan; ix. Meningkatkan bilangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dan Pengurusan dalam mendapatkan Sijil Pensijilan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO); x. Melaksanakan pelbagai lagi program integriti dan antirasuah dalam kalangan pekerja, ALK,JAD dan koperasi; xi. Membudayakan amalan nilai 'Sadiq, Amanah dan Telus' dalam tugas harian pekerja, pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan ANGKASA serta koperasi dan xv. Meningkatkan lagi promosi model koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid di peringkat antarabangsa serta produk halal koperasi. Perancangan yang sistematik, berterusan dan komprehensif ANGKASA untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang berserta pelaksanaan yang tekun adalah bukti nyata kecekapan tadbir urus baik ANGKASA dalam memajukan kebajikan dan pembangunan anggotanya serta masyarakat secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Namun, kita perlu berterusan memantau dan menilai setiap perkembangan demi mengekalkan sumbangan positif kepada anggota dan masyarakat tempatan serta global.

Tadbir urus baik juga signifikan dalam usaha untuk menjana potensi insan bagi memperkasa prestasi perkhidmatan dan produk. Melalui pembangunan modal insan yang berterusan, koperasi dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk yang ditawarkan kepada anggota dan masyarakat. Selain itu, tadbir urus baik turut memainkan peranan penting dalam menerajui transformasi perkhidmatan seperti transformasi pengurusan dan pentadbiran serta mengekalkan dan meneruskan profesionalisme dan tadbir urus dalam sesebuah organisasi / institusi ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, melalui tadbir urus baik juga dapat memenuhi harapan semua anggota dan pemegang taruh. Hal ini adalah penting untuk mengekalkan kepercayaan dan sokongan terhadap koperasi. TRANSFORMASI DAN TADBIR URUS BAIK ANGKASA DALAM ERA DIGITAL Dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa dan mengejar matlamat pembangunan jangka panjang, ANGKASA setelah 53 tahun penubuhannya telah mengambil beberapa langkah yang signifikan untuk menambah baik tadbir urus dan memperkukuhkan transformasi antaranya:- i. Memberi penekanan berterusan terhadap pengamalan dan penghayatan Jati Diri Koperasi tulen; ii. Memberikan tumpuan seimbang terhadap perniagaan dan pendidikan koperasi melalui penubuhan organisasi seperti Yayasan ANGKASA dan Yayasan Infaq ANGKASA; iii. Mewujudkan Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN 50);

iv. Mewujudkan Polisi Antirasuah ANGKASA; v. Merangka Pelan Tindakan Transformasi ANGKASA; vi. Melaksanakan pindaan Undang- Undang Kecil ANGKASA; vii. Mewujudkan Pelan Digital Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030 bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia dan viii. Bakal menganjurkan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024. Langkah yang diambil oleh ANGKASA menunjukkan kesungguhannya dalam memastikan tadbir urus yang baik terus diutamakan dan dijalankan dengan penuh komitmen. Hal ini terbukti dengan barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan penting di peringkat nasional mahu pun antarabangsa. Oleh itu, ANGKASA perlu meneruskan usaha untuk memperkukuhkan lagi tadbir urusnya antaranya:- i. Menterjemahkan Jati Diri Koperasi sebagai kesejahteraan hakiki yang manusiawi dan universal untuk semua; Merealisasikan sepenuhnya Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) dalam kehidupan anggota dan masyarakat; iii. Melaksanakan pencapaian objektif ESG ( Enviromental, Social and Governance ) dan Keusahawanan Sosial; ii.

12

Koperasi Pencetus Transformasi Global Membina Dunia Lebih Baik Oleh: Nadiah Kamarudin

Dato' Haji Kamarudin Ismail Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghargai peranan penting koperasi dalam pembangunan sosial serta memupuk keamanan dalam kalangan masyarakat, komuniti dan negara.

D alam kehidupan masyarakat pedalaman di Lago do Junco, Maranhão, antara negeri termiskin di Brazil, biji babassu bukan sekadar tumbuhan, tetapi satu sumber harapan. "Bagi saya, biji babassu adalah sumber pendapatan yang penting dan membantu saya untuk membesarkan anak-anak. Tumbuhan itu ibarat emas bagi saya," kata Claudia Ferreira Cruz. Claudia merupakan seorang anggota COPPALJ, iaitu sebuah koperasi pertanian yang ditubuhkan pada tahun 1989 untuk mengumpul biji babassu bagi dijadikan minyak. “Menurut warga emas di sini, terdapat banyak kesusahan dan kesukaran sebelum COPPALJ ditubuhkan dan sekiranya koperasi tidak diwujudkan, semua orang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap termasuk ahli keluarga mereka mungkin akan kelaparan,” tambahnya. Laadjel Djouabi atau lebih mesra dipanggil Jamel, yang merupakan ahli Altri Orizzonti – Jerry Essan Masslo , sebuah koperasi sosial di Castel Volturno, Campania, sebuah wilayah di barat daya Itali pula menceritakan bagaimana koperasi itu membantunya untuk keluar daripada belenggu najis dadah.

bantuan kewangan di samping memberikan mereka ruang untuk bersuara. Koperasi bukan sahaja menerapkan prinsip kebersamaan dan demokrasi ekonomi serta menjadi katalis untuk pertumbuhan ekonomi yang inklusif, bahkan juga mewakili kekuatan sosial yang memperjuangkan hak individu dan komuniti seperti Jamel. Sehingga akhir 2023, ahli koperasi di seluruh dunia mewakili sekurang-kurangnya 12 peratus daripada jumlah manusia. Sebagai sebuah bentuk perniagaan yang dipacu oleh prinsip serta nilai dan bukan oleh keuntungan modal, lebih tiga juta koperasi di muka bumi ini bergerak bersama untuk membina dunia yang lebih baik. Sebagai agen perubahan yang berdaya tindak, koperasi memainkan peranan penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) 2030 dengan menyokong pembangunan modal insan, menyemai inovasi dan memperluas jaringan kerjasama melintasi sektor, menjadikannya tulang belakang bagi pembangunan yang berkekalan dan berdaya maju. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusinya mengenai koperasi

“Saya tiba di Itali dari Algeria ketika berumur 19 tahun. Pada tahun 1983, setelah berada di negara ini selama setahun, saya terjerumus dalam penyalahgunaan dadah dan itu berlarutan untuk bertahun-tahun sehingga keadaan saya sangat teruk dan saya hampir mati. Setelah keluar dari hospital, saya mengambil keputusan untuk bekerja dengan Jerry Essan Masslo ,” kata Jamel. Selain membantu individu seperti Jamel, koperasi yang ditubuhkan pada tahun 2011 tersebut turut membantu wanita yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. Kisah Claudia dan Jamel hanya beberapa contoh bagaimana lebih dari seabad yang lalu, koperasi membawa perubahan yang positif dalam kehidupan individu dan masyarakat. Koperasi juga telah muncul sebagai antara instrumen utama dalam landskap ekonomi global, menandakan komitmen yang tidak dapat dipertikaikan terhadap keadilan sosial dan kesejahteraan masyarakat. Claudia adalah contoh bagaimana koperasi memperkasa golongan wanita dengan membantu mereka dari segi menyediakan peluang pekerjaan, dapat mengakses peluang perniagaan, latihan dan

Menerusi aktiviti pertanian yang diusahakan oleh koperasi seperti COPPALJ di Lago do Junco, sebuah kawasan pedalaman di Maranhão, Brazil, masa depan wanita seperti Claudia lebih terjamin.

Koperasi Altri Orizzonti – Jerry Essan Masslo di Campania, Itali memberi peluang kedua kepada individu seperti Jamel untuk memulakan kehidupan yang baharu.

13

dalam pembangunan sosial; 'Mengiktiraf bahawa koperasi, dalam pelbagai bentuknya, menyokong penyertaan sepenuhnya komuniti tempatan dan semua individu, termasuk wanita, belia, warga emas, orang kelainan upaya dan Orang Asli dalam pembangunan ekonomi dan sosial, yang penyertaannya mengukuhkan pembangunan ekonomi dan sosial, serta menyumbang kepada pembanteras kemiskinan dan kelaparan.' PBB juga telah meluluskan resolusi yang mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa yang kedua. Pertama kali PBB mengambil keputusan untuk meluluskan resolusi seumpama itu adalah pada tahun 2011 ketika pertubuhan tersebut memutuskan untuk menjadikan koperasi sebagai isu global pada tahun 2012. Oleh itu, tahun 2012 diisytiharkan sebagai tahun koperasi untuk kali pertama dalam sejarah PBB. Pengisytiharan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa juga menegaskan komitmen global untuk memahami dan meraikan peranan yang dimainkan oleh koperasi dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Kerajaan di seluruh dunia perlu menjadikan Tahun Koperasi Antarabangsa sebagai agenda utama negara dengan menjadikannya sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan model koperasi dalam kalangan rakyat, perniagaan dan pihak berkepentingan lain. Hasrat itu boleh dicapai menerusi acara, bengkel dan kempen pendidikan yang mengetengahkan sumbangan positif koperasi kepada komuniti dan

ekonomi. Melalui pemupukan budaya kerjasama dan solidariti, kerajaan dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak penyertaan dalam perniagaan koperasi dan merangsang penubuhan koperasi baharu dalam pelbagai sektor. Kerajaan juga boleh menggunakan peluang sambutan tersebut untuk melaksanakan dasar-dasar sokongan dan undang-undang yang memberdayakan koperasi serta mencipta persekitaran yang kondusif bagi perkembangannya. Hal ini termasuk memberi insentif kewangan, bantuan teknikal dan rangka kerja undang-undang yang mengiktiraf dan melindungi hak anggota koperasi. Melalui pengintegrasian prinsip-prinsip koperasi ke dalam strategi ekonomi nasional dan pelan pembangunan, kerajaan dapat menggabungkan potensi koperasi untuk mendorong pertumbuhan mampan, mempromosikan inklusi sosial dan mengurangkan kemiskinan. Anggota koperasi di Malaysia sangat bertuah kerana mendapat sokongan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dipimpin oleh YB Datuk Ewon Benedick kerana begitu prihatin dan mengambil berat terhadap pertumbuhan dan kelestarian gerakan koperasi negara. Penglibatan beliau dalam Persidangan Menteri- Menteri Koperasi Asia Pasifik Ke-11 (APCMC) di Laut Mati, Jordan pada 28 hingga 30 April 2024 menunjukkan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam memperkukuh peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi dan sosial bukan sahaja di

peringkat domestik, malah di peringkat antarabangsa. Melalui kehadiran dan usaha beliau dalam persidangan itu juga, koperasi Malaysia dapat meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara Asia Pasifik lain serta memperluas rangkaian jaringan perniagaan dan peluang perdagangan bagi anggota koperasi tempatan. Selain menyediakan platform untuk pertukaran pengalaman dan pengetahuan antara pemimpin koperasi dari pelbagai negara, persidangan tersebut turut memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena koperasi global, menjadikan negara kita ini sebagai pemain utama dalam memacu agenda pembangunan koperasi di rantau Asia Pasifik. Oleh itu, sementara kita merayakan Tahun Koperasi Antarabangsa pada tahun depan, penting untuk mengakui bahawa koperasi bukan hanya sekadar entiti perniagaan, bahkan juga penjana perubahan sosial yang kuat. Melalui kerjasama global dan sokongan berterusan, koperasi akan terus menjadi tiang utama dalam pembangunan dunia yang lebih adil, inklusif dan mampan. Perkara ini tidak hanya tentang mencipta peluang ekonomi, malah tentang memperkukuh solidariti, menyokong dan memupuk kestabilan sosial. Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa memberi peluang kepada warga koperasi di seluruh dunia untuk memperingati sejarah dan pencapaian koperasi serta menjadi titik tolak untuk mengukuhkan komitmen kita kepada prinsip-prinsip koperasi dan mewujudkan dunia yang lebih baik untuk semua.

Penyertaan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang diterajui oleh Menterinya, YB Datuk Ewon Benedick (dua dari kiri) menunjukkan komitmen kementerian itu untuk berperanan aktif dalam membentuk agenda global berkaitan dengan koperasi.

Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) dengan meraih sebanyak 397 undi dalam Perhimpunan Agung ICA di Seville, Sepanyol pada tahun 2022.

Kejayaan Dato’ Haji Kamarudin yang terpilih sebagai Ahli Lembaga ICA untuk kali pertama pada tahun 2017 adalah satu penghormatan buat Malaysia, selain pengiktirafan kepada sumbangan badan koperasi negara di peringkat antarabangsa.

14

Ekosistem Kredit Koperasi ANGKASA

Oleh: Maimunah Said Seksyen Ekosistem Kredit Kewangan Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan Kumpulan Kewangan Korporat ANGKASA

Dato' Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Kumpulan Kewangan Korporat S ebagai Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa telah diberi kepercayaan untuk menerajui Kumpulan Kewangan Korporat ANGKASA yang menempatkan dua bahagian utama dan jaringan ANGKASA. Bahagian tersebut adalah Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan Korporat manakala jaringan pula adalah Yayasan ANGKASA, Yayasan Infaq ANGKASA dan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA). Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan Korporat telah menjadi nadi utama ANGKASA sejak 1977 bermula dengan penawaran Perkhidmatan Potongan Gaji untuk kakitangan sektor kerajaan. Sekarang, perkhidmatan itu telah berkembang dengan pesat, melibatkan majikan daripada sektor swasta sekali gus memperluas capaian dan manfaat kepada lebih banyak pekerja dalam pelbagai industri. Dato’ Haji Che Mohd Shukree sentiasa cakna dalam memastikan kelestarian koperasi kredit. Beliau menekankan bahawa Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan Korporat harus sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Justeru, selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kumpulan Kewangan Korporat adalah dalam fasa transformasi teknologi melalui satu sistem pengurusan pembiayaan yang komprehensif untuk kemudahan para pelanggan serta koperasi. Fasa pertama sistem pengurusan pembiayaan tersebut telah dilakukan dengan memperkenalkan Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS) pada tahun 2018. Sejak diperkenalkan, ACCRS telah dilanggan oleh 100 buah koperasi kredit di seluruh Malaysia yang melibatkan 6,238 akaun

15

(RM)

4,935,791.14

5,000,000.00

4,630,831.48

4,500,000.00

4,000,000.00

JUMLAH : RM 14,476,499.48

3,500,000.00

3,000,000.00

2,500,000.00

2,318,112.45

2,000,000.00

1,750,979.19

1,500,000.00

1,000,000.00

729,117.80

500,000.00

111,667.42

(Tahun)

2019

2020

2021

2022

2023 Sehingga April 2024

JUMLAH KUTIPAN HUTANG TERTUNGGAK (2018-SEHINGGA APRIL 2024)

pembiayaan tidak berbayar dengan tunggakan berjumlah RM171,656,559.22. Memasuki fasa kedua, Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan Korporat akan memperkenalkan sistem pengurusan pembiayaan yang lebih komprehensif meliputi keseluruhan ekosistem pembiayaan seperti dalam rajah 1. Pelanggan-pelanggan perkhidmatan potongan gaji bukan sahaja tertumpu kepada koperasi kredit,

malah terdapat juga pelanggan bukan koperasi yang turut menikmati kemudahan potongan SPGA. Justeru, ANGKASA akan memperkenalkan sistem pengurusan pembiayaan ini kepada pelanggan bukan koperasi demi kemaslahatan bersama. Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) yang dibangunkan oleh ANGKASA melalui teras strategiknya (fokus gerakan), memainkan peranan penting dalam memantapkan pembangunan koperasi dengan memperkasakan modal insan,

meningkatkan kerangka tadbir urus dan secara menyeluruh menjayakan strategi perniagaan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi koperasi. Oleh itu, berdasarkan peranan tersebut, Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan Korporat sedang mencari peluang untuk berperanan sebagai platform gerakan koperasi di Malaysia, bertujuan untuk memastikan kemampanan ekonomi koperasi kredit.

Rajah 1

Perkhidmatan penjagaan awal pembiayaan ( early care ) seperti berikut :- i. Penerimaan pembayaran melalui integrasi data pembayaran Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA); ii. Kemas kini lejer peminjam melalui integrasi pembayaran BPA; iii. Kemas kini status pembayaran ke dalam sistem SPeKAR; iv.

Perkhidmatan tuntutan NPL oleh peminjam melalui tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Laporan analisis hutang ( ageing ) terhadap penerimaan BPA dan akaun-akaun individu pembiayaan Perkhidmatan kutipan bayaran tertunggak bagi akaun-akaun pembiayaan aktif ( performing account )

v.

01

02

03

04

Sistem pembiayaan yang mengandungi beberapa aspek seperti berikut :- i.

Perkhidmatan kutipan dan pemulihan kredit ANGKASA (ACCRS) bagi akaun pembiayaan tidak berbayar (NPL).

Pemprosesan pembiayaan; Pengeluaran pembiayaan; Lejer pembiayaan peminjam dan Integrasi data peminjam ke dalam Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & Experian (SPeKAR)

ii. iii. iv.

16

Pendekatan Strategik ANGKASA dalam Memperkasakan Perniagaan Koperasi

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Kumpulan Perniagaan Koperasi

A NGKASA terus komited memacu pembangunan perniagaan koperasi di mana kemajuan gerakan itu relevan dan seiring dengan keperluan anggota dan masyarakat sekeliling. Sehubungan itu, ANGKASA sedang memfokus projek yang dapat membantu rakyat dalam mendepani peningkatan kos sara hidup dan memastikan keterjaminan makanan di samping meningkatkan ekonomi menerusi pembangunan dan keusahawanan koperasi. Selain itu, usaha pembangunan perniagaan koperasi juga bertujuan meningkatkan rantaian nilai melalui rakan strategik dan jaringan perniagaan. Beberapa projek pembangunan perniagaan sedang giat diusahakan seperti BA100, Ekosistem Industri Ayam, Ternakan Lembu Tenusu, CoopFarmasi, Perkhidmatan Dialisis, Ekosistem Industri Koko, Tanaman Rock Melon, Ternakan Kelulut Moden, Ternakan Ikan Sangkar dan Mini Kilang Beras. BA100 adalah inisiatif bersepadu yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha untuk memperkasakan perniagaan koperasi, terutamanya dalam menyediakan dan menawarkan barangan asas kepada masyarakat dengan harga yang berpatutan. ANGKASA mengambil inisiatif membuat pembelian secara pukal daripada pembekal atau pengeluar dan dihantar secara terus kepada Outlet BA100. Berasaskan kepada pendekatan tersebut, kedai koperasi dapat bergabung untuk menawarkan barangan pada harga yang rendah, di samping menggiatkan inisiatif pendigitalan dalam aktiviti peruncitan. Sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 3,074 buah koperasi berdaftar sebagai Outlet BA100. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,164 koperasi telah mengikuti urus niaga secara aktif

Kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fa–ah Abdullah (dua dari kanan) bergambar di hadapan ANGKASAMart di Kuching, Sarawak.

pedaging ANGKASA dengan kerjasama Koperasi Keluarga Haji Yunus Temerloh Berhad (KOPYUN) telah menyelesaikan pusingan pertama yang melibatkan Outlet BA100 milik 23 buah koperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk menjual ayam mentah dalam pek. Bagi pusingan kedua pula, penambahan pengeluaran ayam akan melibatkan Outlet BA100 milik 31 buah koperasi.

melalui platform JIMATBIZ.com. ANGKASA sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran jualan lebih tinggi melalui penambahan Outlet BA100 di seluruh negara selain memastikan rangkaian produk BA100 dapat membantu koperasi memperkasakan aktiviti perniagaan runcit yang dijalankan. Bagi melengkapi Ekosistem Industri Ayam ANGKASA, projek rintis ternakan ayam

17

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik ketika melawat ladang ternakan lembu tenusu Heifers Park ANGKASA di Kluang, Johor.

Outlet Coop Farmasi di bawah Projek Pharma Wellness ANGKASA.

Korea Selatan melalui kerjasama dengan National Agricultural Cooperative Federation of Korea (NACF). Tujuan penyelidikan tersebut adalah untuk menghasilkan hibrid lembu tenusu yang mampu menghasilkan susu dengan kuantiti dan kualiti yang lebih tinggi. Sementara itu, projek jaringan CoopFarmasi merupakan satu rangkaian farmasi yang dirancang di bawah Projek Pharma Wellness. Perniagaan farmasi membolehkan koperasi di seluruh negara meneroka bidang perniagaan yang dapat menjana pendapatan, sekali gus memberi pulangan lebih baik kepada anggotanya. Sehingga 31 Mei 2024, terdapat empat rangkaian Projek Pharma Wellness yang aktif, dua di antaranya dimiliki oleh ANGKASA, iaitu CoopFarmasi Indera Mahkota dan CoopFarmasi Glomac, sementara dua lagi dimiliki oleh koperasi, iaitu CoopFarmasi Batu Rakit dan CoopFarmasi Sungai Koyan. Matlamatnya adalah untuk menjadikan ANGKASA sebagai salah satu saluran yang berjaya dalam industri farmasi negara dengan melibatkan koperasi. ANGKASA turut menyediakan perkhidmatan farmasi kepada koperasi, termasuk membantu mencari lokasi strategik dan pembekalan ubat dengan kos yang lebih rendah. ANGKASA mengambil peluang tanaman komoditi keempat terbesar di Malaysia dengan turut menjalankan Projek Inkubator Ekosistem Industri Koko dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia. Projek tersebut merupakan kesinambungan

Dalam usaha memperkasakan program tersebut, koperasi yang menternak ayam pedaging akan dibantu dengan peruntukan revolving fund credit , manakala pihak ANGKASA akan membeli balik ayam hidup daripada koperasi berkenaan. Projek pembangunan perniagaan tersebut mendapat sambutan positif daripada koperasi. Industri tenusu negara memerlukan lebih banyak lembu tenusu bagi menampung kekurangan pengeluaran susu di peringkat tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan susu serta produk tenusu. Sekarang, ladang milik kerajaan dan penternak tempatan mengeluarkan 36.5 juta liter susu setahun, namun jumlah itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. ANGKASA-KOMARDI Dairy Sdn. Bhd. telah menubuhkan Pusat Ternakan Lembu Tenusu Heifers Park ANGKASA dengan menyewa kandang ternakan lembu daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah Projek Pertanian Moden di Kluang, Johor. Objektif penubuhan adalah untuk menghasilkan baka lembu tenusu berkualiti tinggi dan meningkatkan pengeluaran susu. Langkah tersebut diharapkan dapat memenuhi permintaan untuk peluang perniagaan dalam gerakan koperasi serta memperkukuh industri tenusu negara. Pada masa ini, Heifers Park ANGKASA memiliki sebanyak 57 ekor baka Holstein Friesian dari Australia yang disilangkan dengan baka lembu Holstein dari

Ladang ayam yang diusahakan oleh Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KoSahabat) dengan memanfaatkan penggunaan Internet benda (IoT) yang mempunyai teknologi penderia ( sensor ) sekali gus membolehkan koperasi memantau kadar kesihatan dan berat ayam pada masa nyata ( real-time ). daripada Program Pembangunan Industri Koko Dalam Gerakan Koperasi Objektif projek tersebut adalah untuk membantu meningkatkan keluasan tanaman koko yang dimiliki oleh sektor koperasi, menstabilkan harga biji koko kering melalui penghasilan biji koko premium oleh ladang koko koperasi. Koperasi disaran untuk mencipta produk hiliran berasaskan koko yang tersendiri sebagai inisiatif memantapkan penguasaan rantaian nilai industri koko serta menyumbang kepada peningkatan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). ANGKASA perlu mendapat kerjasama semua pihak bagi menjayakan pembangunan perniagaan koperasi. Sinergi tersebut akan memberi manfaat dalam meningkatkan perolehan koperasi, memberikan peluang pekerjaan, mengurangkan beban kos sara hidup dan membantu meningkatkan KDNK.

18

ANGKASA buat julung kalinya telah melancarkan Program Merentasi Prestasi untuk mendekatkan masyaraka Program Jelajah Borneo yang bermula 25 hingga 31 Janua (km) dan disertai seramai 18 orang delegasi yang diterajui ole bersama-sama Anggota Lembaga ANGKASA, Pengerusi dan Sarawak serta Penguru Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, KJB digerakkan se mengetahui secara langsung cabaran koperasi dan mengan untuk dibantu. Cabaran yang semestinya berbeza dari aspek ekonomi da Program tersebut juga merupakan peluang ANGKAS mengukuhkan hubungannya dengan kerajaan negeri dalam m Sarawak bagi meningkatkan ruang dan peluang koperasi un Menjunjung kasih daripada jelajah 'Kembara Kenali Borne di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Must Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Ami tahun 2023, ANGKASA mengambil inisiatif mengikuti laluan j mengenai gerakan koperasi sebagai pla meningkatkan taraf hidup dan “Sepanjang jelajah di Sabah dan Sarawak, ANGKASA m koperasi baharu yang menjadi anggota serta melantik 49 Barang Asas 100 (BA100). Selain itu, ANGKASA telah me koperasi terumanya dalam sektor pelanconga kata Datuk Seri Secara rasmi, delegasi Kembara Jelajah Borneo bermula d kembara ke Sarawak pada 28 sehingga 31 Januari 2024 berkunjung ke beberapa lokasi dan beramah mesra dengan k ANGKASA melalui Jawatankuasa Perhubungan ANGKAS pengisian menarik di setiap lokasi yang dilawati antaranya term sembang santai koperasi, pameran produk dan pr ANGKASA sentiasa komited untuk meneruskan agenda mem memberi impak kepada keanggotaan koperasi, memberi pende koperasi di Sabah dan Sarawak untuk merancakkan

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease