WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2024

10

Tadbir Urus ANGKASA: Terurus dan pada Landasan Baik

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran M enurut Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP), tadbir urus adalah proses membuat keputusan dan proses yang mana keputusan dilaksanakan (atau tidak dilaksanakan). Kini, semua pemimpin dan pengurusan organisasi termasuk kerajaan, sektor swasta, koperasi, pertubuhan sivil, media dan lain-lain memberi tumpuan dan pelaksanaan terhadap tadbir urus yang baik (tatakelola baik atau ‘ good governance ’) bagi institusi dan organisasi masing-masing. Tadbir urus baik atau tatakelola yang baik adalah proses mengukur bagaimana institusi awam termasuk koperasi menjalankan hal ehwal awam dan menguruskan sumber awam. Proses itu

bertujuan untuk menjamin realisasi hak asasi manusia dengan cara yang pada asasnya bebas daripada penyalahgunaan atau penyelewengan dan korupsi. Selain itu, tadbir urus baik juga mengambil kira undang-undang sivil dan Syariah dalam pengurusannya. Melalui pematuhan prinsip- prinsip ini, sesebuah institusi atau organisasi dapat memastikan bahawa tindakan mereka adalah beretika, adil dan berkesan dalam usaha memenuhi kepentingan masyarakat. Konsep 'Tadbir Urus Baik' muncul sebagai model untuk membandingkan antara ekonomi atau badan politik yang tidak berkesan dengan ekonomi atau badan politik yang berdaya maju. Dalam konteks organisasi koperasi, hal ini merujuk kepada

kejayaan koperasi dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab serta memenuhi objektif sosioekonomi yang bersandar kepada prinsip-prinsip koperasi anggota masing-masing. KEPENTINGAN TADBIR URUS BAIK Beberapa kepentingan tadbir urus baik antaranya adalah untuk memperkasakan daya saing koperasi. Justeru, koperasi perlu mengambil tindakan segera untuk meningkatkan kompetensi dan produktiviti anggota termasuk anggota lembaga dan pengurusan serta meningkatkan kapasiti inovasi melalui pembangunan bakat dan kepakaran.

Ciri dan Prinsip Tadbir Urus Baik

Tindakan yang dilaksanakan oleh pemimpin dan pengurus pelbagai peringkat ke arah kecemerlangan dan kegemilangan hakiki.

Cara pelaksanaan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi membuat keputusan dan penyampaian hasil.

Hasil liputan dibuat secara menyeluruh antaranya aspek tatacara, struktur dan proses berurusan dengan pemegang taruh.

Penekanan kepada dua aspek utama:-

Prestasi - Penyampaian

Pematuhan kepada undang-undang - Pematuhan kepada Akta, Peraturan dan Undang-Undang piawai yang dipakai dan harapan anggota serta masyarakat terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti, integriti, patuh Syariah serta ketelusan dalam perkongsian maklumat secara terbuka.

perkhidmatan yang efektif dan efisien; perkhidmatan mempunyai ‘value of money’ , pengurusan terhadap pembaziran sumber dan dana.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease