12
Koperasi Pencetus Transformasi Global Membina Dunia Lebih Baik Oleh: Nadiah Kamarudin
Dato' Haji Kamarudin Ismail Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghargai peranan penting koperasi dalam pembangunan sosial serta memupuk keamanan dalam kalangan masyarakat, komuniti dan negara.
D alam kehidupan masyarakat pedalaman di Lago do Junco, Maranhão, antara negeri termiskin di Brazil, biji babassu bukan sekadar tumbuhan, tetapi satu sumber harapan. "Bagi saya, biji babassu adalah sumber pendapatan yang penting dan membantu saya untuk membesarkan anak-anak. Tumbuhan itu ibarat emas bagi saya," kata Claudia Ferreira Cruz. Claudia merupakan seorang anggota COPPALJ, iaitu sebuah koperasi pertanian yang ditubuhkan pada tahun 1989 untuk mengumpul biji babassu bagi dijadikan minyak. “Menurut warga emas di sini, terdapat banyak kesusahan dan kesukaran sebelum COPPALJ ditubuhkan dan sekiranya koperasi tidak diwujudkan, semua orang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap termasuk ahli keluarga mereka mungkin akan kelaparan,” tambahnya. Laadjel Djouabi atau lebih mesra dipanggil Jamel, yang merupakan ahli Altri Orizzonti – Jerry Essan Masslo , sebuah koperasi sosial di Castel Volturno, Campania, sebuah wilayah di barat daya Itali pula menceritakan bagaimana koperasi itu membantunya untuk keluar daripada belenggu najis dadah.
bantuan kewangan di samping memberikan mereka ruang untuk bersuara. Koperasi bukan sahaja menerapkan prinsip kebersamaan dan demokrasi ekonomi serta menjadi katalis untuk pertumbuhan ekonomi yang inklusif, bahkan juga mewakili kekuatan sosial yang memperjuangkan hak individu dan komuniti seperti Jamel. Sehingga akhir 2023, ahli koperasi di seluruh dunia mewakili sekurang-kurangnya 12 peratus daripada jumlah manusia. Sebagai sebuah bentuk perniagaan yang dipacu oleh prinsip serta nilai dan bukan oleh keuntungan modal, lebih tiga juta koperasi di muka bumi ini bergerak bersama untuk membina dunia yang lebih baik. Sebagai agen perubahan yang berdaya tindak, koperasi memainkan peranan penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) 2030 dengan menyokong pembangunan modal insan, menyemai inovasi dan memperluas jaringan kerjasama melintasi sektor, menjadikannya tulang belakang bagi pembangunan yang berkekalan dan berdaya maju. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusinya mengenai koperasi
“Saya tiba di Itali dari Algeria ketika berumur 19 tahun. Pada tahun 1983, setelah berada di negara ini selama setahun, saya terjerumus dalam penyalahgunaan dadah dan itu berlarutan untuk bertahun-tahun sehingga keadaan saya sangat teruk dan saya hampir mati. Setelah keluar dari hospital, saya mengambil keputusan untuk bekerja dengan Jerry Essan Masslo ,” kata Jamel. Selain membantu individu seperti Jamel, koperasi yang ditubuhkan pada tahun 2011 tersebut turut membantu wanita yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. Kisah Claudia dan Jamel hanya beberapa contoh bagaimana lebih dari seabad yang lalu, koperasi membawa perubahan yang positif dalam kehidupan individu dan masyarakat. Koperasi juga telah muncul sebagai antara instrumen utama dalam landskap ekonomi global, menandakan komitmen yang tidak dapat dipertikaikan terhadap keadilan sosial dan kesejahteraan masyarakat. Claudia adalah contoh bagaimana koperasi memperkasa golongan wanita dengan membantu mereka dari segi menyediakan peluang pekerjaan, dapat mengakses peluang perniagaan, latihan dan
Menerusi aktiviti pertanian yang diusahakan oleh koperasi seperti COPPALJ di Lago do Junco, sebuah kawasan pedalaman di Maranhão, Brazil, masa depan wanita seperti Claudia lebih terjamin.
Koperasi Altri Orizzonti – Jerry Essan Masslo di Campania, Itali memberi peluang kedua kepada individu seperti Jamel untuk memulakan kehidupan yang baharu.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease