13
dalam pembangunan sosial; 'Mengiktiraf bahawa koperasi, dalam pelbagai bentuknya, menyokong penyertaan sepenuhnya komuniti tempatan dan semua individu, termasuk wanita, belia, warga emas, orang kelainan upaya dan Orang Asli dalam pembangunan ekonomi dan sosial, yang penyertaannya mengukuhkan pembangunan ekonomi dan sosial, serta menyumbang kepada pembanteras kemiskinan dan kelaparan.' PBB juga telah meluluskan resolusi yang mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa yang kedua. Pertama kali PBB mengambil keputusan untuk meluluskan resolusi seumpama itu adalah pada tahun 2011 ketika pertubuhan tersebut memutuskan untuk menjadikan koperasi sebagai isu global pada tahun 2012. Oleh itu, tahun 2012 diisytiharkan sebagai tahun koperasi untuk kali pertama dalam sejarah PBB. Pengisytiharan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa juga menegaskan komitmen global untuk memahami dan meraikan peranan yang dimainkan oleh koperasi dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Kerajaan di seluruh dunia perlu menjadikan Tahun Koperasi Antarabangsa sebagai agenda utama negara dengan menjadikannya sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan model koperasi dalam kalangan rakyat, perniagaan dan pihak berkepentingan lain. Hasrat itu boleh dicapai menerusi acara, bengkel dan kempen pendidikan yang mengetengahkan sumbangan positif koperasi kepada komuniti dan
ekonomi. Melalui pemupukan budaya kerjasama dan solidariti, kerajaan dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak penyertaan dalam perniagaan koperasi dan merangsang penubuhan koperasi baharu dalam pelbagai sektor. Kerajaan juga boleh menggunakan peluang sambutan tersebut untuk melaksanakan dasar-dasar sokongan dan undang-undang yang memberdayakan koperasi serta mencipta persekitaran yang kondusif bagi perkembangannya. Hal ini termasuk memberi insentif kewangan, bantuan teknikal dan rangka kerja undang-undang yang mengiktiraf dan melindungi hak anggota koperasi. Melalui pengintegrasian prinsip-prinsip koperasi ke dalam strategi ekonomi nasional dan pelan pembangunan, kerajaan dapat menggabungkan potensi koperasi untuk mendorong pertumbuhan mampan, mempromosikan inklusi sosial dan mengurangkan kemiskinan. Anggota koperasi di Malaysia sangat bertuah kerana mendapat sokongan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dipimpin oleh YB Datuk Ewon Benedick kerana begitu prihatin dan mengambil berat terhadap pertumbuhan dan kelestarian gerakan koperasi negara. Penglibatan beliau dalam Persidangan Menteri- Menteri Koperasi Asia Pasifik Ke-11 (APCMC) di Laut Mati, Jordan pada 28 hingga 30 April 2024 menunjukkan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam memperkukuh peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi dan sosial bukan sahaja di
peringkat domestik, malah di peringkat antarabangsa. Melalui kehadiran dan usaha beliau dalam persidangan itu juga, koperasi Malaysia dapat meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara Asia Pasifik lain serta memperluas rangkaian jaringan perniagaan dan peluang perdagangan bagi anggota koperasi tempatan. Selain menyediakan platform untuk pertukaran pengalaman dan pengetahuan antara pemimpin koperasi dari pelbagai negara, persidangan tersebut turut memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena koperasi global, menjadikan negara kita ini sebagai pemain utama dalam memacu agenda pembangunan koperasi di rantau Asia Pasifik. Oleh itu, sementara kita merayakan Tahun Koperasi Antarabangsa pada tahun depan, penting untuk mengakui bahawa koperasi bukan hanya sekadar entiti perniagaan, bahkan juga penjana perubahan sosial yang kuat. Melalui kerjasama global dan sokongan berterusan, koperasi akan terus menjadi tiang utama dalam pembangunan dunia yang lebih adil, inklusif dan mampan. Perkara ini tidak hanya tentang mencipta peluang ekonomi, malah tentang memperkukuh solidariti, menyokong dan memupuk kestabilan sosial. Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa memberi peluang kepada warga koperasi di seluruh dunia untuk memperingati sejarah dan pencapaian koperasi serta menjadi titik tolak untuk mengukuhkan komitmen kita kepada prinsip-prinsip koperasi dan mewujudkan dunia yang lebih baik untuk semua.
Penyertaan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang diterajui oleh Menterinya, YB Datuk Ewon Benedick (dua dari kiri) menunjukkan komitmen kementerian itu untuk berperanan aktif dalam membentuk agenda global berkaitan dengan koperasi.
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) dengan meraih sebanyak 397 undi dalam Perhimpunan Agung ICA di Seville, Sepanyol pada tahun 2022.
Kejayaan Dato’ Haji Kamarudin yang terpilih sebagai Ahli Lembaga ICA untuk kali pertama pada tahun 2017 adalah satu penghormatan buat Malaysia, selain pengiktirafan kepada sumbangan badan koperasi negara di peringkat antarabangsa.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease