WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2024

Salam Malaysia MADANI Tahniah kepada ANGKASA yang mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-38 (MAPA 2024) tahun ini. Penyertaan semua perwakilan mencerminkan komitmen dan dedikasi ANGKASA dalam pembangunan gerakan koperasi negara. ANGKASA sesungguhnya memainkan peranan penting menjayakan Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030). Peranan inilah yang antara lainnya telah menyumbang kepada kejayaan awal sasaran perolehan RM64 bilion oleh gerakan koperasi negara pada tahun 2023, iaitu pencapaian dua tahun lebih awal daripada sasaran dalam DAKOM 2030. Tahniah buat ANGKASA dan semua warga koperasi negara! Kerajaan sesungguhnya mengiktiraf peranan dan sumbangan gerakan koperasi terhadap ekonomi negara. Justeru, warga koperasi harus terus memacu daya saing agar lebih kompetitif dalam perusahaan dan perniagaan masa kini yang menuntut pengadaptasian teknologi maklumat, digitalisasi, artificial intelligence , perbankan digital dan inovasi dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti. Saya amat yakin gerakan koperasi juga boleh bersaing dengan multinational companies dalam menawarkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna. Kita juga telah melancarkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKoP 2030). Justeru, saya berharap ANGKASA dapat menerajui kepimpinan gerakan koperasi agar menjadikan digitalisasi sebagai komponen besar dalam tadbir urus koperasi serta pewujudan kerjasama pintar dengan pelbagai pihak termasuk koperasi-koperasi dari luar negara. Saya mendoakan semua agenda MAPA 2024 ini dapat dijayakan dengan lancar dan teratur sekali gus memacu persediaan ke arah penganjuran Kongres Koperasi Kebangsaan tahun ini. Selamat bersidang! YB Datuk Ewon Benedick

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) YB Datuk Ewon Benedick

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease