21
Sumber: Dasar Koperasi Malaysia 2030
ke arah yang lebih cemerlang. Cabaran ini dilihat akan menjejaskan pencapaian gerakan koperasi jika tidak ditangani dengan berkesan. Isu berkaitan kompetensi, profesionalisme termasuk integriti anggota lembaga, sumbangan perolehan koperasi yang masih rendah iaitu kurang daripada 20 peratus berbanding sektor perkhidmatan kewangan, merupakan antara faktor penghalang dalam mencapai matlamat sektor koperasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosioekonomi negara. Selain itu, kadar adaptasi teknologi dan digitalisasi dalam pengurusan dan aktiviti dalam perniagaan koperasi yang masih rendah juga menjadi faktor perkara tersebut. Kejayaan koperasi menangani isu dan kelemahan ini akan membolehkan koperasi bergerak dengan lebih cekap dan efisien bagi mencapai matlamat penubuhannya. Keberhasilan pelaksanaan DaKoM 2030 dan inisiatif yang diperkenalkan sangat bergantung kepada bantuan, kerjasama dan usaha baik daripada semua pihak berkepentingan. Model koperasi adalah unik dan berasaskan kepada prinsip yang melangkaui keuntungan. Apabila dimanfaatkan dengan sewajarnya, koperasi boleh memberi impak yang signifikan kepada sosioekonomi sesebuah negara. Ada wajarnya kita merenung ungkapan mantan Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dr. Boutros Boutros-Ghali, “… Co-operative enterprises provide the organizational means whereby a significant proportion of humanity is able to take into its own hands the tasks of creating productive employment, overcoming poverty and achieving social integration”.
Sebagai kesinambungan kepada DKN II, kerajaan telah meluncurkan Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) pada tahun 2023 dengan fokus kepada aspek ekosistem pembangunan dan perekonomian koperasi yang lebih holistik dan kondusif. DaKoM 2030 bermatlamat untuk membina sektor koperasi yang berdaya tahan dan berprestasi tinggi seterusnya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi negara. Selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12), DaKoM 2030 menyediakan hala tuju strategik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun secara mampan dengan pengagihan ekonomi yang lebih adil dan inklusif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Dalam hal ini, DaKoM 2030 telah menetapkan sasaran dasar RM73 bilion perolehan koperasi pada tahun pada tahun 2030. Pelaksanaan dasar tersebut dengan dokongan padu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) seperti SKM, IKMa dan ANGKASA telah berjaya meningkatkan peranan gerakan koperasi sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pembangunan sosioekonomi negara. Bermula dengan penubuhan hanya 11 koperasi berdaftar dan keanggotaan seramai 825 orang pada tahun 1922, kini bilangan koperasi di negara kita (berakhir 31 Disember 2023: Sumber SKM) telah melonjak kepada 15,809 buah dengan jumlah keanggotaan sekitar 7.2 juta. Kejayaan gerakan koperasi menceburi pelbagai sektor ekonomi telah berjaya meningkatkan pengumpulan modal syer dan yuran kepada RM17.4 bilion, dengan penjanaan aset berjumlah RM165.9 bilion dan perolehan mencecah RM64.6 bilion.
Pelaksanaan inisiatif yang digariskan dalam DaKoM 2030 telah berjaya menyediakan rangsangan terhadap pembangunan kapasiti dan keupayaan koperasi di negara ini. Hal ini terbukti apabila terdapat koperasi yang mencipta pendapatan melebihi RM100 juta dan telah diiktiraf sebagai koperasi premier, iaitu Bank Rakyat yang mempunyai keanggotaan seramai 827,066 anggota dan menghasilkan pendapatan sebanyak RM6 bilion, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad yang mempunyai keanggotaan seramai 157,176 orang dan menjana pendapatan sebanyak RM192 juta manakala Co-opBank Pertama dengan keanggotaan seramai 91,601 orang dan merekodkan pendapatan berjumlah RM374 juta. Kejayaan signifikan lain adalah penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), iaitu merupakan satu-satunya universiti koperasi yang menawarkan pengajian peringkat tertiari yang memfokuskan disiplin pengurusan koperasi. Penubuhan UKKM bertujuan untuk meningkatkan modal insan gerakan koperasi negara agar lebih kompeten dan berupaya menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara. UKKM adalah universiti koperasi pertama di negara ini yang akan menerajui negara melahirkan pelapis profesional modal insan koperasi bagi memastikan sektor koperasi terus berdaya saing, dipimpin dan dianggotai oleh mereka yang kompeten, dinamik dan progresif. Penubuhan UKKM dapat mengubah landskap tadbir urus koperasi secara lebih holistik agar dapat meningkatkan kapasiti dan keupayaan koperasi sebagai pemacu kepada pertumbuhan KDNK negara. Meskipun dalam tempoh satu abad ini pelbagai kejayaan telah berjaya dikecapi oleh gerakan koperasi, DaKoM 2030 telah mengenal pasti beberapa bentuk cabaran yang perlu dihadapi untuk membawa gerakan koperasi
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease