WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2024

23

Koperasi Kakitangan FELDA Berhad (FELKOP) Pemimpin Berkaliber Teras Kecemerlangan FELKOP

Sektor Kewangan

Oleh: Rahmat Mohd. Did

Ibu pejabat FELKOP di Menara Felda, Kuala Lumpur.

M embawa nama koperasi dalam senarai 20 teratas Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia dalam masa yang singkat bukanlah tugas mudah, namun tidak mustahil jika berada di tangan pemimpin yang betul. Sejak terpilih sebagai Pengerusi

Koperasi Kakitangan FELDA Berhad (FELKOP) pada tahun 2019, Dato’ Muhamad Rizal

Abdul Rahim tidak menoleh ke belakang lagi. Beliau telah membawa banyak perubahan besar yang memberi impak positif dari segi perolehan serta pengukuhan jenama FELKOP sehingga dikenali sebagai salah satu koperasi paling berjaya di Wilayah Persekutuan khususnya dan Malaysia amnya. Koperasi yang ditubuhkan

Pengerusi Koperasi Kakitangan FELDA Berhad (FELKOP), Dato' Muhamad Rizal Abdul Rahim.

FELKOP Mall menjana 20 peratus daripada keseluruhan pendapatan FELKOP pada tahun 2023.

dan menjalinkan kerjasama dengan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad (KOBIMBING) dalam bidang insurans. FELKOP turut menjunjung prinsip ketujuh koperasi, iaitu prihatin terhadap masyarakat dengan pelbagai inisiatif seperti khairat kematian, insentif anak cemerlang, bantuan bencana alam dan bantuan khidmat sosial yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban anggota dan masyarakat sekitar. Keuntungan bersih koperasi bagi tahun 2023 juga meningkat kepada RM17.3 juta daripada RM14.8 juta pada tahun 2022 dengan pembayaran dividen sebanyak sembilan peratus melibatkan peruntukan sebanyak RM14.4 juta. Apabila ditanya tentang visinya untuk masa hadapan koperasi, Dato’ Muhamad Rizal berkata beliau berharap untuk meningkatkan modal yuran koperasi daripada RM164 juta kepada RM200 juta dan meningkatkan keuntungan bersih koperasi daripada RM20 juta kepada RM30 juta. Selain itu, beliau berharap untuk meningkatkan dividen kepada

15 peratus serta memperbanyakkan lagi pelaburan berimpak tinggi di seluruh negara. “Saya yakin sasaran ini dapat dicapai dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun lagi berdasarkan kepada perancangan teliti yang telah dibuat serta komitmen daripada semua warga koperasi yang terlibat,” katanya.

pada tahun 1966 dengan keanggotaan seramai 15,800 orang itu sebelumnya hanya tertumpu kepada aktiviti kredit, walau bagaimanapun mula terlibat dalam sektor perniagaan lain bermula tahun 2020. “Kami menceburkan diri dalam pelbagai sektor perniagaan seperti menubuhkan FELKOP Mall untuk kemudahan anggota membeli barang kemas, elektronik dan kenderaan, membuka kafe Gloria Jeans’s Coffee dan 1901 HotDog di Menara FELDA, meluaskan skop pinjaman serta banyak lagi,” katanya. Tambahnya, FELKOP juga dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti pelancongan, menjual kenderaan terpakai import ( recond ), sewa beli hartanah, kerjasama dengan Felda Investment Sdn. Bhd. dan Felda Global Ventures Holdings Berhad untuk meneroka peluang dalam industri biojisim. Koperasi juga mempunyai perancangan menaikkan had pelaburan daripada RM180 juta kepada RM200 juta, membuka pusat dialisis di Kuantan bersama Yayasan FELDA

Koperasi Kakitangan FELDA Berhad (FELKOP)

Tingkat 18,Menara Felda,Platinum Park No 11 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur +603-2193 2500 / 2501 / 2599 / 2499

Alamat

No. Telefon E-mel Laman Web

admin@felkop.com

www.felkop.org.my

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease