WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2024

24

Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad (DUTASS) DUTASS Bentuk Kemenjadian Pelajar Berbudaya Keusahawanan Koperasi Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Sektor Pemborongan dan Peruncitan

Pelajar dan guru Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad (DUTASS) bergambar bersama Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek (tengah) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fa–ah Abdullah (empat dari kiri) selepas merangkul Tempat Ketiga Bagi Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2023 Peringkat Kebangsaan bertempat di Hotel Summit Subang USJ, Subang Jaya pada 5 hingga 7 Februari 2024.

E lemen kemenjadian pelajar dalam sesebuah sekolah menjadi teras kepada pembinaan sahsiah dan masa depan generasi muda harapan negara. Kombinasi guru yang berdedikasi serta sikap dan motivasi pelajar yang mantap menjadi faktor kepada kemenjadian pelajar seterusnya menyokong perkembangan daya cipta mereka, sekali gus membuktikan keberkesanan pendidikan serta kecemerlangan sesebuah sekolah. Pengerusi Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad (DUTASS), Haji Adnan Nordin berkata, sekolah adalah tempat pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai murni bagi membentuk identiti mereka melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum seperti kelab, persatuan dan koperasi. Beliau berkata, sikap positif, tekad yang tinggi dan keyakinan diri yang mantap adalah antara faktor penting membantu pelajar menghadapi cabaran seterusnya boleh melahirkan tokoh koperator terbaik dalam gerakan koperasi sekolah. Katanya, kecemerlangan DUTASS telah berjaya menyerlahkan potensi pelajar dan guru koperasi melalui beberapa anugerah yang dirangkul di peringkat kebangsaan pada tahun 2018, 2019 dan 2023. “Pencapaian DUTASS menunjukkan komitmen padu pelajar dan guru koperasi menerusi kebolehan dan bakat keusahawanan koperasi yang dilatih, seterusnya menaikkan nama koperasi sekolah sebagai koperasi contoh di negeri Melaka. Sehingga Mei 2024, DUTASS mendapat perhatian atas kecemerlangannya apabila menerima kunjungan sebanyak 71 Lawatan Penanda Aras dari pelbagai sekolah, koperasi sekolah dan dewasa, institusi pendidikan serta organisasi dari seluruh negara termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Haji Adnan menjelaskan, penubuhan DUTASS pada 15 Februari 1988 telah banyak merekodkan kejayaan termasuk kemenangan sulungnya, iaitu menduduki tempat ke-20 Hari Koperasi Sekolah (HKS) 2015 di Hotel Taiping Perdana, Perak. Seterusnya, kejayaan demi kejayaan dicapai dari tahun ke tahun sehingga DUTASS berjaya meraikan pencapaian tertinggi, iaitu mendapat tempat ketiga Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Peringkat Kebangsaan 2023 bertempat di Hotel Summit Subang USJ, Subang Jaya, Selangor yang diadakan pada 5 hingga 7 Februari 2024.

Pengerusi Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka

Pelbagai barangan yang memenuhi keperluan anggota DUTASS dijual di DUTASS CoopMart.

Berhad (DUTASS), Haji Adnan Nordin.

Menurutnya, prestasi perniagaan DUTASS semakin memberangsangkan melalui pembinaan premis DUTASS CoopMart yang mula beroperasi pada tahun 2019 bermodalkan geran bantuan oleh SKM sebanyak RM40 ribu serta modal saham anggota sebanyak RM80 ribu. DUTASS CoopMart yang dilengkapi dengan rak, peti ais sejuk beku, mesin jurujual, kamera litar tertutup (CCTV) dan pelbagai produk jualan telah berjaya meningkatkan jumlah perolehanan hasil jualan sebanyak 68.3 peratus daripada RM298,385.90 pada tahun 2018 kepada RM502,398.81 pada tahun 2019. "Peningkatan jumlah perolehan tersebut memberi manfaat kepada sejumlah 1,300 anggota koperasi kerana bertambahnya kepelbagaian produk yang dijual termasuk kedai koperasi lama yang masih beroperasi menjual makanan dan minuman, pakaian sekolah seperti baju T, seluar sukan, tali leher, tudung, alat tulis, pelbagai produk makanan sejuk beku dan produk makanan ringan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)," ujarnya.

Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad (DUTASS) Hari Jualan DUTASS CoopMart yang diadakan di DUTASS Foyer pada 21 dan 22 Mac 2024 mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar sekolah.

Jalan Bukit Balai, Durian Tunggal, 76100 Alor Gajah, Melaka +601-9273 7532

Alamat

No. Telefon

E-mel

koopsmkdt@gmail.com

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease