26
Sektor Hartanah dan Industri Binaan
Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad (KPSPB) 59 Tahun Proaktif Ceburi Industri Perumahan
Oleh: Mohd Idzdihar Nooridzahir
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick (tengah) melakukan gimik perasmian pecah tanah bersama tetamu kehormat dalam Majlis Pecah Tanah The Jardin Sentul yang dibangunkan oleh Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad (KPSPB) dengan usaha sama Menarez Development Sdn. Bhd. di Tapak Projek Lot 28821 & 28822, Jalan Sentul Pasar, Taman Pelangi, Kuala Lumpur pada 13 Julai 2023.
P engalaman selama 59 tahun dalam industri perumahan menjadikan Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad (KPSPB) antara koperasi berfungsikan perumahan yang berjaya dan proaktif dalam industri tersebut. Selaras dengan objektif KPSPB untuk setiap anggotanya memiliki sebuah rumah, koperasi itu komited dalam melaksanakan pembangunan hartanah yang berinovasi dengan menggabungkan teknologi moden dan konsep reka bentuk yang terkini dalam setiap projek perumahan yang dijalankan. Pengerusinya, Encik Abdul Hakim Abdul Wahab berkata, projek pertama koperasi itu membabitkan pembinaan sebanyak 130 unit banglo satu tingkat di Taman Pelangi, Sentul, Kuala Lumpur pada tahun 1980. Selain itu, KPSPB turut menjalankan usaha sama dengan beberapa syarikat bagi beberapa projek pembinaan lain seperti rumah teres, kondominium dan lot kedai / pejabat. Katanya, antara projek besar KPSPB tahun ini adalah membangunkan rumah mampu milik, The Jardin Sentul dengan usaha sama Menarez Development Sdn. Bhd. yang akan mula dilaksanakan pada Oktober 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2025. Projek tersebut melibatkan pembinaan satu blok 29 tingkat Residensi Wilayah yang akan mempunyai sebanyak 322 unit kediaman berkeluasan 901 kaki persegi berharga RM300,000.00. Tambah beliau, projek yang dianggarkan bernilai RM120 juta berkenaan selari dengan objektif
penubuhan KPSPB untuk menyediakan kemudahan rumah mampu milik kepada penduduk sekitar Kuala Lumpur termasuk anggota koperasi. “Pelaburan dalam hartanah adalah antara pelaburan baik untuk masa depan dan setakat ini segmen hartanah menyumbang lebih kurang 20 peratus kepada pendapatan koperasi dan kami mengunjurkan pertumbuhan dua angka tahun ini,” menurut Encik Abdul Hakim. Selain memberi tumpuan untuk menjana keuntungan daripada aset sedia ada, KPSPB juga merancang beberapa pembangunan hartanah baharu dalam skala sederhana, iaitu seperti pembangunan projek Rumah Kos Sederhana di tapak rumah Pangsa Kos Rendah. Melalui pendekatan yang proaktif dan berpandangan jauh itu, KPSPB tidak hanya memenuhi keperluan asas perumahan anggotanya, malah meningkatkan kualiti hidup mereka dengan menyediakan kediaman yang mampu milik, selesa, selamat dan lestari. Menerusi usaha gigih tersebut juga, KPSPB berhasrat untuk memainkan peranan penting dalam memperkasakan komuniti dan menyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhan. KPSPB telah didaftarkan pada 8 Disember 1965 dengan nama asal Syarikat Berkejasama-sama Perumahan Sentul Pasar Dengan Tanggungan Berhad dan diganti kepada Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad (KPSPB) pada 30 Mac 1982 sehingga sekarang.
Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad (KPSPB) Sebahagian daripada projek perumahan KPSPB di Taman Pelangi Fasa II, Sentul, Kuala Lumpur.
Alamat
2A, 1, Jalan Pelangi 18, Taman Pelangi, Sentul, 51100 Kuala Lumpur.
No. Telefon
+603-4031 7661
E-mel
admin@kpsob.com.my
Laman Web
www.kpspb.com.my
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease