28
Sektor Pembangunan Komuniti
Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad (KUOS) Mentor kepada Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
Oleh: Mohd Idzdihar Nooridzahir B erdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anggaran jumlah orang kurang upaya (OKU) mewakili kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk dalam sesebuah negara. Justeru, golongan OKU memerlukan sebuah platform yang bebas daripada diskriminasi agar mereka dapat memajukan diri dengan sepenuhnya. Dalam konteks ini, koperasi yang mengamalkan prinsip 'Penglibatan Ekonomi oleh Anggota' bukan hanya sekadar menyediakan sebuah platform, bahkan juga sebuah rangkaian sokongan yang membantu golongan OKU untuk menceburi diri dalam dunia keusahawanan. Koperasi turut membuka peluang yang luas kepada golongan OKU untuk memperoleh akses kepada modal, latihan, bimbingan dan sumber daya lain yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan mereka selaras dengan prinsip kelima koperasi, ‘Pendidikan, Latihan dan Maklumat’. Penubuhan Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad (KUOS) adalah satu perkembangan positif dalam mengekalkan ekosistem yang menyokong pembangunan usahawan, terutamanya dalam kalangan usahawan muda OKU di seluruh negeri Selangor. Pengerusinya, Encik Muhammad Asyraf Mahat menyatakan bahawa koperasi yang didaftarkan pada tahun 2020 itu telah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada golongan OKU
berdasarkan kemahiran masing-masing. Sehingga 31 Mei 2024, lebih daripada 200 usahawan OKU beroperasi di bawah KUOS dengan menjalankan pelbagai perniagaan termasuk pengeluaran produk makanan dan kraf tangan serta menawarkan perkhidmatan bawah jenama MyOKU. Hal ini membuktikan bahawa koperasi bukan hanya menjadi satu platform perniagaan, malah menjadi agen perubahan sosial yang memberi impak positif kepada komuniti secara keseluruhan. Keistimewaan produk jenama MyOKU adalah kesemua barang tersebut dihasilkan secara sepenuhnya oleh anggota koperasi yang terdiri daripada individu OKU yang mengalami pelbagai cabaran pembelajaran, pendengaran dan fizikal dengan bimbingan guru pembimbing. Menurut Encik Muhammad Asyraf Mahat, KUOS akan sentiasa memberikan sokongan kepada ahli OKU mereka melalui bimbingan, latihan, peningkatan diri dan sokongan berterusan yang bersesuaian dengan keperluan semasa. KUOS juga sedang mengkaji pelbagai strategi perniagaan untuk memperluaskan peluang pendapatan bagi anggota mereka termasuk melalui penggabungan dan pembentukan konsortium serta menceburi sektor-sektor berimpak tinggi bagi membuka peluang pekerjaan yang lebih besar untuk golongan OKU.
Barisan Anggota Lembaga dan kakitangan KUOS yang dipimpin oleh Encik Muhmmad Asyraf Mahat (dua dari kanan) bergambar bersama Penolong Pengurus Seksyen Modal Insan, Wanita dan Komuniti ANGKASA, Puan Izatulnizah Zainal Abidin (kiri sekali).
Kedai runcit koperasi memberi latihan dan peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad (KUOS)
No 13-3B Jalan Pandan 2/2 Seksyen Pandan Jaya, 55100 Selangor
Alamat
No. Telefon
+60 17-341 5695
Sebahagian daripada produk ‘ready to eat’ yang mudah dimasak dan boleh dibawa kemana sahaja yang diusahakan oleh golongan OKU bawah jenama MyOKU.
E-mel
usahawanmyoku@gmail.com
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease