29
KEMUDIK Komited Bantu Kerajaan Perkukuh Industri Kelapa Oleh: Nadiah Kamarudin Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda/ Sik Kedah Berhad (KEMUDIK)
Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani
Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda / Sik Kedah Berhad (KEMUDIK) dengan kerjasama Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn. Bhd. mengusahakan tanaman kelapa di ladangnya seluas 12 hektar di Sik, Kedah sejak Ogos 2023.
I ndustri pertanian adalah tulang belakang kepada kestabilan ekonomi sesebuah negara khasnya negara membangun. Dalam usaha untuk memperkukuh sektor pertanian seterusnya menjamin sekuriti makanan negara, kerjasama strategik antara pelbagai pihak adalah kunci untuk mencapai kejayaan jangka panjang. Satu contoh yang menarik adalah kerjasama antara Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda / Sik Kedah Berhad (KEMUDIK) dengan Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn. Bhd. dalam membangun industri kelapa di Malaysia. Kerjasama antara kedua- dua belah pihak itu merupakan hasil pemadanan perniagaan yang diusahakan oleh Seksyen Pertanian dan Perladangan ANGKASA. Jabatan Pertanian melaporkan bahawa pada tahun 2022, Malaysia menghadapi cabaran dalam pengeluaran kelapa domestik. Keluasan kawasan penanaman kelapa di dalam negara hanya 84,936 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 604,428 tan metrik tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tempatan. Sebagai penyelesaian, negara terpaksa mengimport kelapa sebanyak 252,091 tan metrik dari luar negara, dengan Indonesia menjadi salah satu pengedar utama. Kekurangan itu turut menyebabkan kadar sara diri (SSR) tanaman kelapa berada pada tahap 71.6 peratus. Pengerusi KEMUDIK, Mejar Wan Norshahid Zainol berkata, kesedaran mengenai kepentingan mengimbangkan tahap alkali dalam badan hasil daripada pengalaman beliau sendiri dan koperasi itu menjalankan perniagaan air minuman beralkali jenama ‘Kangen’ selama beberapa tahun menyebabkan KEMUDIK memulakan projek tersebut. Katanya, dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran kelapa domestik dan mengurangkan kebergantungan terhadap import, KEMUDIK dengan kerjasama Pewaris Bumi Hijau telah mengorak langkah dengan menanam sebanyak tiga ribu pokok kelapa di ladangnya seluas 12 hektar di Sik, Kedah. Terdapat empat orang pekerja yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan operasi harian di ladang tersebut. Projek yang bermula sejak Ogos 2023 itu melibatkan beberapa langkah penting. Pertama,
adalah pembentukan perjanjian yang mengikat antara kedua- dua pihak, dengan ANGKASA turut terlibat dalam menyusun perjanjian tersebut. Perjanjian yang ditetapkan membenarkan projek tersebut berjalan selama 20 tahun, memberikan fleksibiliti kepada kedua-dua pihak untuk mengurus dan membangunkan projek dalam jangka masa panjang. Kedua, KEMUDIK perlu menyediakan tanah yang
Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda /Sik Kedah Berhad (KEMUDIK), Mejar Wan Norshahid Zainol.
sesuai untuk penanaman kelapa, melakukan kerja pembersihan tanah dan memasang kemudahan pagar. Pewaris Bumi Hijau pula memberikan bantuan bermula daripada penanaman benih kelapa yang berkualiti tinggi, proses pembajaan untuk memastikan kesuburan tanah serta kawalan serangga untuk memastikan tanaman kelapa berkembang dengan sihat sehingga mengeluarkan hasil. Benih kelapa yang digunakan diperoleh secara langsung dari pengimport di Vietnam yang diiktiraf oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menghasilkan kelapa varieti ‘ Gadong Green Dwarf’ dan ‘Gadong Brown Dwarf’ . Menurut Mejar Wan Norshahid, pemilihan benih tersebut dibuat setelah penilaian menyeluruh yang melibatkan perbandingan dengan beberapa jenis benih kelapa lain dijalankan untuk memastikan buah yang dihasilkan memenuhi standard kualiti yang tinggi. Walaupun projek itu baru berjalan selama tujuh bulan, hasil yang sebenar dijangka dapat diperoleh selepas tiga tahun. Jumlah keseluruhan kelapa yang dapat dihasilkan setiap bulan adalah dianggarkan kira-kira 30,000 biji. Lebih menarik lagi, jika dibandingkan dengan kelapa sawit, projek tersebut menunjukkan bahawa hasil setiap ekar kelapa adalah lebih tinggi. Hal ini membuktikan bahawa industri kelapa mempunyai potensi yang besar untuk pertumbuhan ekonomi negara dan memberikan insentif kepada pelabur dan petani untuk menyertai sektor pertanian kelapa.
Namun begitu, projek itu tetap mempunyai cabarannya tersendiri antaranya adalah kemarau dan serangan serangga perosak. Walau bagaimanapun, KEMUDIK bersedia mengatasi cabaran tersebut dengan usaha menanam semula bagi pokok yang terjejas. Koperasi itu juga telah menetapkan hala tuju jangka panjang projek tersebut, iaitu menghasilkan prosedur operasi standard (SOP) dengan tujuan untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk yang tinggi serta membolehkan koperasi lain menceburi bidang tanaman kelapa. KEMUDIK turut mempunyai perancangan untuk menghasilkan produk santannya sendiri bagi memenuhi pasaran yang semakin meningkat. Melalui kerjasama strategik seperti ini, industri kelapa di Malaysia dijangka akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada ekonomi negara serta kepada kestabilan bekalan makanan domestik. Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda/ Sik Kedah Berhad (KEMUDIK) Alamat No. 4, Tingkat 1, Bangunan Kemudik, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
No. Telefon
+60-13 474 1888
E-mel
wannorshahid98@gmail.com
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease