Assalamualaikum dan Salam Malaysia MADANI Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung pada Julai 2024 menjadi medan terbaik kepada gerakan koperasi untuk menyatakan pendirian teguh terhadap keperluan dan kehendak sebenar gerakan sekiranya kerajaan mahu melihat sektor koperasi menjadi penyumbang berkesan kepada ekonomi negara. Kongres yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Anwar Ibrahim sempena Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) 2024 dan mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) tersebut diharap dapat memberi penambahbaikan dan transformasi kepada gerakan koperasi dalam meningkatkan daya saing kepada landskap ekonomi pada masa akan datang. Isu seperti penelitian semula terhadap kerelevanan dan kesesuaian akta mengenai peraturan koperasi yang dilihat perlu selari dengan perubahan persekitaran yang dinamik serta dasar kewangan dan fiskal kerajaan yang tidak memberi kelebihan kepada gerakan koperasi untuk berdaya saing dan berkembang dalam perniagaan menjadi perkara utama yang akan dibincangkan dalam kongres tersebut. Selain itu, soal bajet yang dilihat tidak sepadan dengan jumlah koperasi dan anggota koperasi yang terus meningkat setiap tahun juga perlu diberi perhatian untuk kepentingan gerakan supaya sumbangan lebih besar kepada pembangunan ekonomi negara tercapai. Agenda Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024) di setiap negeri yang berlangsung pada 27 Februari 2024 hingga 2 Mei 2024 telah menyaksikan pelbagai usul dicadangkan menerusi sumbang saran oleh perwakilan untuk dibawa ke kongres berkenaan. Inisiatif ini diharap dapat menjadi pencetus kepada pemerkasaan hala tuju gerakan khususnya dalam merangka resolusi yang boleh memberi impak kepada kemajuan gerakan koperasi di Malaysia.
Sudah 55 tahun isu gerakan koperasi tidak dibincangkan secara inklusif dan kolektif sejak Kongres Kedua yang telah diadakan pada 1969. Justeru, penganjuran Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 adalah amat wajar dijayakan sebagai usaha mencari penyelesaian kepada cabaran tersebut agar selari dengan perubahan landskap dan kehendak semasa. ANGKASA melihat usaha memperkasakan gerakan koperasi bukan sahaja menjadikan koperasi
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan Naib Presiden International Co-operative Alliance-Asia and Pacific (ICA-AP) Datuk Seri Dr. Abdul Faah Haji Abdullah
mampu bertahan, malah berkembang menjadi peneraju dalam inovasi dan pembangunan ekonomi supaya kesan positif gerakan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Semoga penganjuran Kongres Koperasi Malaysia 2024 mampu mengangkat suara gerakan yang mewakili 15,809 buah koperasi dengan jumlah keanggotaan seramai 7.2 juta orang, khususnya dalam mengenal pasti isu serta cabaran yang mengekang kepada pertumbuhan gerakan koperasi. Terima kasih dan selamat bersidang kepada semua perwakilan MAPA 2024. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease