30
Industri Buluh Bantu Pacu Ekonomi Gerakan Koperasi
Sektor Perladangan
Oleh: Muhammad Nazri Abd. Kadir Pegawai Seksyen Pertanian dan Perladangan Bahagian Peneraju Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA
Pekerja FRIM Incorporated Sdn. Bhd. melaksanakan kerja-kerja membuat barisan bagi penanaman anak buluh di Kampung Kundur Hulu, Pedas, Negeri Sembilan.
Anak benih pokok buluh berusia empat hingga enam bulan.
S eksyen Pertanian dan Perladangan ANGKASA menjadikan industri buluh berkonsepkan pertanian komuniti sebagai potensi baharu dalam memacu ekonomi gerakan koperasi. Menerusi pengiktirafan daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebanyak 14 spesies buluh yang berpotensi untuk dikomersialkan telah dikenal pasti. Pengurusan ladang buluh betong secara sistematik mampu menghasilkan rebung dan batang berkayu untuk industri hiliran. Batang buluh betong boleh diproses menjadi pelbagai produk termasuk sumber tenaga lestari, produk perkayuan dan tekstil, kertas serta produk berteknologi tinggi seperti arang teraktif ( activated carbon ) dan bioplastik. Tanaman buluh betong memberikan hasil selepas hanya satu setengah tahun, menunjukkan kemajuannya melalui analisis aliran tunai. Spesies itu adalah pilihan ideal sebagai tanaman ladang hutan komuniti bagi koperasi, dengan hasil rebung diperoleh dalam tempoh yang sama, sementara penghasilan bahan bakar bio, arang dan lain-lain dicapai pada tahun ketiga. Untuk mencapai matlamat tersebut, Seksyen Pertanian dan Perladangan ANGKASA menyasarkan keterlibatan sebuah koperasi dalam Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) tanaman buluh sejak tahun 2023. Koperasi yang terlibat dijangka akan menghasilkan rebung atau batang buluh serta buluh lemang untuk dipasarkan. FRIM Incorporated Sdn. Bhd. (FRIM) bertindak sebagai mentor program tersebut, sementara Koperasi Kariah Masjid Kundur Ulu Rembau Berhad (KOMASKU) bertindak sebagai mentee. Projek berkenaan melibatkan tapak seluas dua ekar di Kampung Kundur Hulu, Pedas, Negeri Sembilan yang menempatkan 160 pokok buluh lemang dan 115 pokok buluh becey. Pelaksanaan modul oleh FRIM Incorporated sebagai mentor dijadualkan sehingga Mei 2024 dengan tujuan untuk memastikan bekalan kayu daripada spesies buluh dalam hutan yang sedia ada, yang hanya mampu memenuhi 25% keperluan industri pada masa kini, boleh diperluas dengan pembangunan ladang hutan secara lebih terjamin.
PROGRAM PEMBANGUNAN LADANG HUTAN (PPLH) - Tanaman buluh
•
20 Jun 2023: KOMASKU membangunkan kawasan seluas dua ekar di Kampung Kundur Hulu, Pedas, Negeri Sembilan dengan menanam spesies buluh ‘beecheyana’ dan buluh lemang melalui peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (KWAPb). 22 Julai 2023: Kerja pembersihan dan pengukuran tapak cadangan tanaman buluh dijalankan oleh KOMASKU. 15-17 Ogos 2023: Kerja membuat baris tanaman dan menggali lubang anak pokok bermula. Bekalan anak benih buluh lemang dan buluh becey disediakan oleh FRIM. September 2023: Sebanyak 160 pokok buluh lemang dan 80 pokok buluh becey telah ditanam. 30 Oktober 2023: Lawatan ke tapak pengurusan plot buluh oleh FRIM Incorporated yang melibatkan aktiviti bancian, memberi khidmat nasihat dan pengumpulan data pertumbuhan secara berkala.
•
•
14-15 Februari 2024: Pelaksanaan sub-modul program diteruskan melibatkan pembersihan kawasan tanaman dan pengumpulan data yang berkaitan. 26 Februari 2024: Kerja-kerja membuat pagar elektrik menggunakan tenaga solar bermula. 9 Mac 2024: Pemantauan oleh KOMASKU untuk melihat perkembangan tumbesaran anak pokok buluh. Sehingga Mei 2024: Pelaksanaan baki modul oleh FRIM Incorporated selaku mentor.
•
-
•
-
•
•
26 Ogos 2022: Spesies buluh dicadangkan untuk dijadikan model tanaman dalam PPLH melalui satu perbincangan. 29 September 2022: Perbincangan dan lawatan tapak bersama Koperasi Kariah Masjid Kundur Ulu Rembau Berhad (KOMASKU)
•
•
•
•
2023
2023
2023
2022
2022
2024
2024
2022
2024
Peranan agensi kerajaan seperti FRIM dan MTIB dalam menyediakan sumber pengetahuan teknikal, insentif dan pembiayaan diharapkan dapat membantu membangunkan industri buluh di Malaysia. Program pembangunan ladang hutan melalui konsep pertanian komuniti ini bertujuan memberikan peluang perniagaan baharu kepada koperasi dan anggotanya melalui projek ladang hutan, terutamanya bagi spesies buluh. Diharapkan projek sebegini dapat memenuhi permintaan bahan mentah untuk makanan
daripada hasil rebung dan batang buluh lemang serta sebagai sumber batang buluh matang untuk menghasilkan produk biojisim atau tenaga boleh diperbaharui. Sejumlah dana pinjaman daripada MTIB telah diperuntukkan sebagai modal bagi koperasi yang berminat untuk terlibat dalam industri itu. Rancangan untuk membina ladang hutan untuk spesies buluh lemang, buluh bechey, dan spesies buluh komersial lain akan dilaksanakan dengan baik. Program tersebut juga akan disebarkan kepada koperasi agar lebih ramai yang terlibat dalam industri buluh.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease