31
ACO Mengukuhkan Kekuatan Koperasi di Peringkat ASEAN
Antarabangsa
P ertubuhan Koperasi ASEAN ( ASEAN Co- operative Organization - ACO) akan terus kekal berdiri sebagai mercu tanda perpaduan dan kerjasama dalam kalangan para koperator di rantau Asia Tenggara. Badan itu akan terus teguh dalam misinya untuk menghidup, memaju dan memodenkan semula gerakan koperasi dan memacunya ke tahap yang lebih tinggi. Dipimpin oleh semangat daya juang yang tinggi dan semangat setia kawan yang tidak berbelah bahagi, ACO sentiasa berusaha untuk menggalakkan lebih banyak inovasi berkaitan produk dan perkhidmatan oleh koperasi. Usaha tersebut bagi membantu koperasi mengukuhkan peranannya dalam pembangunan ekonomi menerusi penawaran produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan permintaan semasa, seterusnya bertujuan menjadikan perusahaan koperasi di rantau ASEAN lebih relevan, terutamanya kepada generasi muda kini. Dalam usaha untuk memastikan gerakan koperasi kekal relevan, cabaran yang dihadapi oleh koperasi dalam era pasca pandemik ini adalah lebih sukar, maka ACO memerlukan komitmen dan sokongan yang padu daripada anggota dan rakan sekutunya. ACO mempunyai anggota yang komited dan tidak berbelah bahagi usahanya dalam membantu melaksanakan program dan aktiviti serta tidak henti- henti memberikan sokongan terhadap setiap program yang dianjurkan. Bagi memastikan segala perancangan dan gerak kerja ACO akan terus berjalan seperti yang dirancang, badan itu telah mengenal pasti beberapa rakan strategik dari seluruh rantau yang berpotensi untuk membantunya mencapai matlamat dan misinya. Menerusi bantuan 32 rakan sekutu dari beberapa negara termasuk Indonesia, Brunei, Thailand dan Vietnam, pelbagai program telah dapat dijayakan oleh ACO. Beberapa program yang telah berjaya dianjurkan oleh ACO antaranya adalah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Maya ( Virtual CSR ). Sejak Jun 2022, beberapa siri webinar telah dianjurkan dengan kerjasama pelbagai firma, agensi dan badan perniagaan yang telah memberi manfaat kepada lebih 800 koperator di peringkat nasional dan antarabangsa. Penyertaan peserta juga tidak terhad kepada rantau Asia Tenggara sahaja kerana terdapat juga penyertaan dari negara kepulauan pasifik seperti Vanuatu dan Fiji, negara Afrika seperti Nigeria, Kenya, Republic of Guinea, Morocco, Cote’ De Ivory (Ivory Coast) serta negara Afrika dan Timur Tengah yang lain. Inisiatif CSR maya yang telah dijalankan oleh ACO adalah Bengkel Reka Bentuk untuk Perniagaan ( Design for Business Workshop ) bersama pihak Zhoa. Co. yang telah dikelola sendiri oleh Encik Zachary Ong. Selain itu, satu siri webinar bersama En. Shebley Haslan Abdul Majid dari Prince of Songkhla University, Hatyai, Thailand telah dilaksanakan dengan fokus Oleh: Muhammad Firdaus Borhan Seksyen Pemadanan Perniagaan Antarabangsa/ ASEAN Co-operative Organisation (ACO) Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan Kumpulan Perhubungan Strategik ANGKASA
Presiden ACO, Datuk Seri Dr. Abdul Faah Abdullah bergambar bersama pemimpin koperasi mewakili lapan badan puncak gerakan koperasi dari lapan negara anggota ACO yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2022 di Genting Highlands, Pahang pada 23 Ogos 2023.
mendidik koperator agar lebih cakna terhadap pelbagai isu berkaitan kemahiran perhubungan awam yang dapat memanfaatkan koperasi. Lebih 250 orang peserta telah mendapat manfaat daripada webinar perhubungan awam tersebut dan telah membuka mata warga koperasi untuk tidak mengabaikan aspek komunikasi dalam menjalankan perniagaan. ACO turut mendapat kerjasama daripada beberapa sektor di ANGKASA untuk menganjurkan webinar. Sebagai contoh, pada Jun 2022, pihak ACO dengan kerjasama Seksyen Penjagaan Diri, Pelancongan dan Kesihatan ANGKASA (SPPDK) telah menghoskan sebuah webinar yang menonjolkan destinasi pelancongan kurang dikenali tetapi berpotensi untuk dibangunkan di Malaysia melalui webinar ‘B2B Coop Tourism: Discovering The Hidden Gems in Sabah’. Hasil daripada webinar itu, ACO sekali lagi bakal bekerjasama dengan SPPDK bagi menjayakan program Edu-Tourism Forum Peringkat ASEAN dan ASEAN Beachball Competition 2024 yang akan diadakan di Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2024. Seiring dengan perkembangan ini, ACO yakin untuk terus memupuk kerjasama dan inovasi merentasi pelbagai sektor, termasuk pelancongan, kewangan, peruncitan, perkhidmatan, penggunaan, pendidikan serta pelbagai sektor lain yang berpotensi untuk dibawa ke hadapan. ACO melihat kerjasama dengan rakan strategik di seluruh rantau ASEAN sebagai kunci kejayaannya di masa hadapan. Justeru, badan itu akan terus berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai organisasi puncak koperasi serantau agar lebih banyak kerjasama dengan rakan strategik baharu dapat dijalankan.
Capaian terkini rangkaian ACO meliputi Negara Kepulauan Pasifik seperti Fiji, Tonga, Samoa dan Vanuatu. Kita sedar bahawa negara-negara kepulauan tersebut menghadapi cabaran unik terutamanya dalam urusan import dan eksport yang telah lama didominasi oleh China sebagai orang tengah. Situasi berkenaan telah menyebabkan harga barang asas di negara tersebut melonjak hingga lima kali ganda daripada harga asalnya. ACO, sebagai rakan strategik dan sekutu bagi negara yang terkesan itu, menawarkan sokongan dan peluang untuk pertumbuhan ekonomi melalui perkongsian kerjasama dengan badan koperasi di negara anggotanya. Hal ini bertujuan untuk membantu memecahkan monopoli perantara di negara tersebut dan memberikan sokongan kepada masyarakat setempat. Selain itu, ACO berusaha untuk memastikan lebih banyak koperasi yang dorman menjadi aktif, sambil mencipta lebih banyak peluang pekerjaan serta variasi produk dan perkhidmatan untuk pengguna. ACO juga komited untuk mewujudkan dunia perniagaan koperasi tanpa sempadan melalui pelbagai inisiatif untuk menghubungkan koperasi dari pelbagai negara, sambil menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi strategik ACO. Usaha itu juga bertujuan untuk memudahkan proses kerjasama dan pembangunan perniagaan serta menggalakkan pertumbuhan dan kemakmuran dalam kalangan koperasi lintas sempadan. Pada tahun 2024, ACO telah berhasil menghubungkan 83 koperasi melalui 14 program lawatan penanda aras di negara-negara ASEAN yang telah memberi manfaat kepada 519 koperator tempatan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease