WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2024

6

Kepentingan Pemasaran Digital dalam Koperasi Oleh: Nor Azah Abd. Aziz

Presiden ANGKASA Datuk Seri Dr. Abdul Faah Haji Abdullah

K ini, pemasaran digital ternyata memainkan peranan penting dalam membuka peluang perniagaan dan pasaran yang lebih meluas kepada mana-mana syarikat mahupun koperasi. Platform digital seperti laman web, media sosial, e-mel, TikTok dan Facebook, dapat meningkatkan jumlah pelanggan berbanding mengendalikan penjualan di kedai fizikal. Kos promosi juga dapat dikurangkan. Kempen pengiklanan dalam talian seperti Google Ads atau Facebook Ads , membolehkan koperasi menentukan bajet promosi mengikut keperluan. Melalui pendekatan digital, koperasi dapat memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang profil dan kehendak pelanggan. Data seperti demografi, minat dan corak pembelian boleh diperolehi dengan lebih mudah melalui platform digital. Koperasi boleh menyusun strategi pemasaran yang lebih berkesan dan memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih tepat. Penglibatan golongan generasi muda dalam koperasi juga dapat ditingkatkan kerana mereka lebih aktif dalam media sosial dan platform digital lain. Penggunaan platform e-dagang juga membuka peluang koperasi menjual produk mereka secara langsung kepada pelanggan melalui laman web atau aplikasi mudah alih tidak kira di mana mahupun waktu. Koperasi dapat berinteraksi dengan pelanggan melalui pertandingan secara dalam talian, tinjauan pengguna atau menyediakan kandungan yang informatif dan menarik untuk pelanggan. Mengukur prestasi dengan lebih tepat melalui pendekatan digital, membolehkan koperasi melihat secara langsung kesan kempen pemasaran. Pemasaran digital turut memudahkan koperasi menjangkau pasaran global selain meningkatkan jalinan kerjasama dengan pengusaha tempatan. Laman web boleh diakses dari mana sahaja dan dapat menarik pelanggan dari serata dunia. Koperasi perlu menyesuaikan diri dengan teknologi terkini dan strategi pemasaran yang baru dengan cepat dan fleksibel. Usaha itu memberikan peluang kepada koperasi untuk meningkatkan kebolehpercayaan

Jimatshop.com memudahkan urusan pembelian barangan keperluan harian komuniti setempat.

Datuk Seri Dr Abdul Fa–ah Abdullah ketika bersama-sama penerima barangan BA100 di hadapan ANGKASAMart Kelana Jaya.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease