8
Koperasi Pemangkin Ekonomi Madani Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz Kongres Koperasi Kebangsaan Ke-3 (2024)
Dr. Mohd Azlan Yahya Timbalan Presiden ANGKASA Pengerusi Kumpulan Perhubungan Strategik A genda utama ANGKASA tahun 2024 adalah merealisasikan idea untuk mengumpulkan secara besar- besaran koperasi di seluruh negara bagi membincangkan isu dan cabaran serta arah tuju gerakan koperasi negara melalui penganjuran Kongres Koperasi Kebangsaan yang akan diadakan pada Julai 2024. Wakil PELANCAR berkesempatan menemu bual Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya yang telah diberi tanggungjawab untuk menjayakan Kongres tersebut. PELANCAR:Saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah bersetuju dengan cadangan ANGKASA untuk menganjurkan Kongres Koperasi Kebangsaan Ke-3. Mengapakah Kongres ini diadakan? Dr. Mohd Azlan Yahya: Kongres Koperasi Kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1966 dan yang kedua pada tahun 1969. Hasil penting daripada Kongres pertama adalah tertubuhnya koperasi sekolah pada tahun 1968 dan sehingga kini terdapat 2,490 buah koperasi sekolah yang merupakan antara pencapaian penting gerakan koperasi di negara kita. Begitu juga Kongres kedua telah mengusulkan resolusi supaya diwujudkan satu badan yang mewakili gerakan koperasi di negara ini. Hasilnya pada 12 Mei 1971, tertubuhlah ANGKASA sebagai badan yang diiktiraf oleh kerajaan untuk mewakili gerakan koperasi di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 11,045 koperasi daripada keseluruhan 15,809 koperasi telah menjadi anggota ANGKASA. Malaysia yang diwakili oleh ANGKASA telah memainkan peranan aktif bukan sahaja di peringkat nasional, malah di peringkat global. Melihat kepada perubahan persekitaran ekonomi, sosial dan politik yang dinamik serta setelah 55 tahun Kongres tidak diadakan, ANGKASA
Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, merasmikan pembukaan Kongres Kerjasama Pertama di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada tahun 1966.
Kongres Kerjasama Kedua yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, YB Encik Abdul Ghafar Baba pada tahun 1969.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease