WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2024

9

semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat di negara ini. Koperasi juga mempunyai matlamat yang sama untuk ‘Memperkasakan Anggota’ dan melalui amalan nilai-nilai murni, iaitu berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan, perpaduan, kesetiaan dan kerjasama dengan tujuan untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan anggota. Tema yang dipilih amat bertepatan kerana konsep serta nilai Ekonomi Madani mempunyai persamaan dengan koperasi namun dalam bentuk yang lebih mikro. Kongres ini akan menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa jangan tinggalkan koperasi dalam arus perdana pembangunan negara kerana kami yakin gerakan koperasi mampu memberi sumbangan yang bermakna bagi mencapai aspirasi Ekonom Madani. PELANCAR: Setakat hari ini, sejauh manakah gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh ANGKASA sebagai persediaan menganjurkan Kongres tersebut? Dr. Mohd Azlan Yahya: Kertas konsep penganjuran Kongres telah dibentangkan kepada pihak KUSKOP dan telah diluluskan serta telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil.1/2024 yang dipengerusikan oleh Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick pada 13 Mei 2024. Perkara yang penting adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin pandangan daripada koperasi, agensi kerajaan serta golongan bijak pandai dan profesional. ANGKASA menggunakan dua pendekatan utama dalam gerak kerja untuk mendapatkan pandangan tersebut, iaitu melalui sesi libat urus secara bersemuka dan soal selidik. ANGKASA telah memulakan sesi libat urus dengan koperasi akar umbi di seluruh negara mulai 27 Februari 2024 hingga 2 Mei 2024 sempena Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024) dengan penglibatan 3,839 buah koperasi. Sepanjang bulan Mei dan Jun tahun 2024 ANGKASA akan meneruskan sesi libat urus dengan kumpulan sasaran seperti federasi koperasi, koperasi besar, kumpulan pemikir dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan koperasi. Segala pandangan dan usul yang dikemukakan dalam sesi libat urus dan soal selidik akan dimurnikan serta dijadikan sebagai input utama semasa Kongres nanti yang akan diadakan pada 24 hingga 25 Julai 2024 di Pusat Dagangan Dunia ( World Trade Centre ), Kuala Lumpur. Kongres ini akan dianjurkan secara hibrid, dengan seramai 2,500 peserta dijangka hadir secara bersemuka dan 2,500 lagi secara dalam talian PELANCAR: Apakah harapan Dr. terhadap hasil daripada kongres nanti? Dr. Mohd Azlan Yahya: Kami, warga ANGKASA mengharapkan agar Kongres yang akan dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang. Saya amat berharap Kongres tahun 2024 akan memberi makna yang lebih besar kepada gerakan koperasi dengan perbincangan yang profesional dan menghasilkan resolusi yang berkualiti. ANGKASA berharap agar resolusi yang dihasilkan nanti diberi pertimbangan serius oleh kerajaan untuk menambah baik dasar dan polisi sedia ada atau mewujudkan dasar dan polisi baharu. Saya yakin bahawa dasar dan polisi yang seimbang dan setaraf dengan sektor lain akan menjadi pemacu kepada daya saing gerakan koperasi, seterusnya memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara pada masa depan. ANGKASA juga berharap resolusi yang dihasilkan dapat dibentang dan diserahkan sendiri oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Perdana Menteri yang pada dasarnya bersetuju untuk merasmikan Kongres tersebut.

Sebilangan perwakilan yang hadir di Kongres Kerjasama Pertama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.

Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) di Hotel Tenera, Bangi pada 12 Oktober 2023 yang dirasmikan oleh Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick turut mengumumkan penganjuran Kongres Koperasi Kebangsaan Ke-3 (2024).

berpendapat satu keperluan dan tanggungjawab untuk menganjurkan Kongres Koperasi Kebangsaan ke-3 bagi mendapatkan pandangan daripada gerakan koperasi untuk membincangkan secara kolektif dan inklusif arah tuju masa depan gerakan koperasi. PELANCAR: Apakah perkara penting yang akan dibincangkan semasa Kongres nanti? Dr. Mohd Azlan Yahya: Objektif utama Kongres adalah untuk mengenal pasti serta membincangkan isu dan cabaran yang merencatkan kemajuan gerakan koperasi, pelbagai faktor kritikal kejayaan koperasi, peranan gerakan koperasi sebagai antara penyumbang utama kepada pembangunan sosioekonomi negara dan menyampaikan resolusi untuk tindakan kerajaan bagi kemajuan gerakan. Isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh gerakan koperasi adalah bagaimana untuk mengadaptasi perubahan persekitaran yang dinamik dalam pengurusan dan juga perniagaan. ANGKASA telah mengenal pasti empat perkara utama yang membantutkan pertumbuhan gerakan koperasi di negara ini yang perlu dibincangkan serta dikupas secara serius untuk disampaikan kepada kerajaan dan pembuat dasar. Empat perkara tersebut adalah:

i. Identiti dan Jati Diri Koperasi; ii.Akta, Peraturan dan Tata Kelola Koperasi; iii. Pembangunan Modal Insan Koperasi dan iv. Daya Saing Perniagaan Koperasi PELANCAR: Tema Kongres yang akan diadakan adalah 'Koperasi Pemangkin Ekonomi Madani.' Bolehkah Dr. perjelaskan hubung kait antara kedua-duanya? Dr. Mohd Azlan Yahya: Ekonomi Madani telah diluncurkan pada 27 Julai 2023 oleh kerajaan yang memberi tumpuan kepada matlamat ‘Memperkasa Rakyat’ sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martabat Malaysia serta menjadi satu wawasan untuk kita membina negara yang lebih baik untuk kita dan generasi akan datang. Wawasan ini dibina berasaskan nilai-nilai MADANI dan memerlukan penggemblengan seluruh masyarakat Malaysia untuk merealisasikan visi yang digariskan. Nilai Ekonomi Madani, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Hormat, Keyakinan, Daya Cipta dan Ihsan akan menjadi teras kepada pembangunan ekonomi pada masa depan. Dua fokus utama Ekonomi Madani adalah menstruktur

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease