S
JULAI 2024 JILID: WP06/7
ANGKASACoop
www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)
Sokongan Kerajaan Suntik Keupayaan Koperasi
BERSAMBUNG DI MUKA 2
2
"Selain Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terhadap ANGKASA dengan menyatukan 4,000 pekebun kecil dalam kalangan koperasi bagi mewujudkan kluster atau ladang berskala besar dalam pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) diharap dapat meningkatkan pengeluaran hasil sawit negara," jelas beliau. itu, kepercayaan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut berkata, ANGKASA telah menyediakan landasan yang tepat kepada koperasi
Beliau menaruh keyakinan dan kepercayaan bahawa gerakan koperasi mempunyai kekuatan untuk melakukan perubahan dalam mendukung kemakmuran ekonomi inklusif dan saksama. ANGKASA selaku badan puncak yang mengemudi koperasi akan terus berperanan mengatasi jurang sosioekonomi dan kesejahteraan sosial seiring dengan aspirasi dan visi ekonomi MADANI untuk memperkasakan rakyat. "MAPA adalah manifestasi keteguhan ANGKASA sebagai badan puncak yang memayungi lebih 15,000 buah koperasi seluruh negara. Transformasi ANGKASA sudah pasti menambah baik prestasi, meluaskan potensi dan mengukuhkan peranan gerakan koperasi sebagai wahana pembangunan sosioekonomi. Justeru, kerajaan akan terus memberi sokongan dan akses yang kondusif untuk meningkatkan kapasiti dan integrasi gerakan koperasi menerusi pengukuhan tadbir urus, pemerkasaan rangkaian dan jaringan, pengaturan ekosistem strategik dan transformasi pembangunan perniagaan untuk memantapkan lagi kesejahteraan ekonomi, sosial anggota dan masyarakat," ujar beliau. Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus SKM, Encik Hamizan Othman dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohd Zaib Mat Yunus. MAPA 2024 juga turut dihadiri Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Encik Azizul Alias (Wakil KUSKOP) dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan). Selain itu, barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai Pengerusinya, Dato' Haji Shaharudin Mohd Sa'ad, Pengerusi MAPA 2024, Haji Mohamad Noor Mohamad dan Timbalan Pengerusi MAPA 2024, Dato' Haji Haron Haji Abdullah, barisan Jurucakap Negeri yang terdiri daripada 16 orang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh, barisan Penasihat Korporat ANGKASA serta barisan pengurusan ANGKASA.
DARI MUKA 1
untuk bergerak bagi terus merancakkan aktiviti ekonomi dan kesannya terbukti apabila gerakan koperasi berjaya melepasi sasaran RM60 bilion pada tahun 2023, iaitu dua tahun lebih awal.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyatakan sokongan dan kerjasama erat kerajaan mampu memberi nilai tambah kepada pertumbuhan pemerkasaan ekonomi koperasi.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
"Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM 2030) menetapkan sasaran gerakan koperasi menyumbang sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM73 bilion pada tahun 2030. Pencapaian itu membuktikan keupayaan koperasi dalam membangunkan perniagaan seterusnya berjaya memastikan kesinambungan pertumbuhan gerakan secara berkesan. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sehingga 31 Disember 2023, terdapat 15,809 buah koperasi berdaftar dengan keanggotaan seramai 7.22 juta individu, jumlah syer/yuran sebanyak RM17.4 bilion, aset bernilai RM165.8 bilion dan perolehan adalah sebanyak RM64.6 bilion," katanya. Terdahulu, Menteri Pembangunan Usahawan danKoperasi(KUSKOP),YBDatukEwonBenedick ketika menyampaikan ucapan perasmiannya menerusi rakaman video menyatakan, kolaborasi kukuh antara KUSKOP dan agensinya dengan ANGKASA telah membuka pelbagai peluang perniagaan bagi meningkatkan kapasiti gerakan koperasi untuk terus berdaya saing sama ada dalam pasaran domestik mahu pun global.
Sokongan berterusan yang diberikan oleh kerajaan mampu menyuntik keupayaan dalam memperkasakan lagi pembangunan ekonomi koperasi. Kerjasama erat dengan agensi berkaitan juga turut membantu dalam memberikan nilai tambah kepada pertumbuhan ekonomi koperasi, sekali gus berjaya membuktikan peranan signifikan gerakan tersebut dalam pembangunan sosioekonomi negara. Demikian antara inti pati ucapan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-38 (MAPA 2024) di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 22 Jun 2024. Katanya lagi, Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) Bersama Lembaga Getah Malaysia berjaya membuka peluang kepada pengusaha getah dan pekebun kecil getah dalam kalangan koperasi meningkatkan kualiti hasil getah dengan memperkenalkan hasil getah krip premium.
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh
Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik • Dr. Hajah Salmah Ishak
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA
• Halim Haji Ibrahim Penolong Pengarang (Menanggung Tugas Pengurus) • Nor Azah Abd. Aziz Pengarang • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
3
Barisan Lembaga ANGKASA meraikan kemenangan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (empat dari kanan) dan Dato' Haji Kamarudin Ismail (empat dari kiri) yang telah berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai Anggota Lembaga ANGKASA dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-38 (MAPA 2024).
Datuk Mohamad Ali, Dato' Kamarudin Berjaya Kekal Sebagai Anggota Lembaga ANGKASA
Keputusan Pemilihan Seorang Pengerusi MAPA Ke-38: 1. Dato’ (Dr.) Haji Mustafha Abd Razak Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad Keputusan Pemilihan Seorang Timbalan Pengerusi MAPA Ke-38: 2. Datuk Haji Haron Haji Abdullah Koperasi Pekerja-Pekerja Melayu Melaka Berhad MENANG TANPA BERTANDING Keputusan Pemilihan Enam (6) Orang Daripada Perwakilan Negeri Sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit MAPA: 1. Haji Adnan Awang Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Berhad 2. Puan Intan Norzira Tormudzi Gabongan Koperasi Sekolah-Sekolah Melaka Berhad 3. Puan Norizah Haji Abdullah Koperasi Usahawan Kecil Raub Berhad 4. Puan Rahimah Asrah Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi Sandakan Berhad 5. Dato’ Haji Mat Rejab Kassim Koperasi Alumni KCS Darul Aman Berhad 6. Haji Shafie Mohd Noor Koperasi SMK Seri Sendayan Seremban Berhad
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Mohamad dan dibantu oleh Datuk Haji Haron Haji Abdullah sebagai Timbalan Pengerusi. Agenda lain yang turut dibentangkan adalah Mengesahkan Minit MAPA Ke-37 (MAPA 2023) pada 24 Jun 2023 serta Menimbang Laporan Lembaga ANGKASA dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023. Mesyuarat turut Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan ANGKASA, Penyata Kewangan Subsidiari dan Penyata Kewangan Yayasan ANGKASA bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 berserta Laporan Juruaudit Luar. Selain itu, mesyuarat juga telah Menimbang dan Meluluskan Anggaran Cadangan Elaun kepada Anggota Lembaga yang dilantik sebagai Pengarah Subsidiari dan Yayasan ANGKASA 2025 dan Cadangan Pembayaran Honorarium 2023 kepada Anggota Lembaga ANGKASA serta Menimbang dan Meluluskan Rancangan Perniagaan ANGKASA.
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail daripada Koperasi Pembangunan Daerah Alor Gajah Melaka Berhad telah dipilih semula dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-38 (MAPA 2024), sekali gus berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai Anggota Lembaga ANGKASA. Pemilihan tersebut adalah sebahagian daripada 12 agenda yang telah dibentangkan dalam mesyuarat tahunan itu yang berlangsung di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 22 Jun 2024. Seramai 1,475 perwakilan berdaftar daripada koperasi anggota seluruh negara telah menghadiri MAPA 2024 yang terdiri daripada 339 orang hadir secara fizikal manakala seramai 1,136 menyertai secara dalam talian. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Haji Mohamad Noor
Dari Meja Presiden
Prestasi terbaik yang ditunjukkan oleh anak syarikat ANGKASA adalah amat membanggakan dan sudah tentu kejayaan ini membuka peluang kepada lebih banyak koperasi untuk bergerak proaktif dalam industri utama negara. Di samping memberi manfaat kepada anggota dan komuniti, peluang sebegini juga sekali gus menyerlahkan lagi peranan koperasi dalam merancakkan pertumbuhan sosioekonomi negara.
Transformasi ANGKASA melibatkan sektor koperasi negara dalam perniagaan berimpak tinggi adalah suatu usaha untuk menggerakkan fungsi badan puncak itu secara lebih menyeluruh ke arah membawa peranan koperasi ke peringkat yang lebih besar. ANGKASA akan memastikan usaha transformasi yang digerakkan ini mampu menjangkau keperluan masa hadapan, seterusnya memberi impak lebih signifikan kepada pembangunan negara seiring dengan persekitaran ekonomi yang lebih dinamik. Projek Eksplorasi dan Projek Inkubasi yang diperkenalkan ANGKASA di peringkat negeri misalnya berpotensi besar untuk diperluas kepada koperasi yang berminat dan berkeupayaan bagi memastikan peningkatan perolehan dan kesinambungan pertumbuhan koperasi secara berkesan.
Justeru, ANGKASA komited menyokong usaha pemerkasaan perniagaan koperasi dan bagi memastikan gerakan koperasi terus terlibat dalam sektor yang berdaya maju, inisiatif yang dibangunkan oleh kerajaan melalui Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030), Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKOP 2030) dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) diharap dapat mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih kukuh.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
4
Di samping Memilih Dua Orang Anggota Lembaga ANGKASA, perwakilan turut Memilih Seorang Pengerusi dan Seorang Timbalan Pengerusi MAPA Ke-38, Memilih Enam Orang daripada Perwakilan Negeri sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit MAPA serta Mengesahkan Pelantikan Lembaga mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Proses pemilihan yang bermula jam 12:13 tengah hari secara dalam talian itu berlangsung dengan lancar dan bagi memastikan ketelusan keputusan pengundian, firma audit luar Sahir & Co. telah dilantik serta dibantu oleh barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai oleh Pengerusinya, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad.
Sebahagian daripada perwakilan yang hadir mengaminkan bacaan doa.
Timbalan Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Hamizan Othman.
Pengerusi MAPA 2024, Haji Mohamad Noor Mohamad (dua dari kanan) dan Timbalan Pengerusi MAPA 2024, Dato' Haji Haron Haji Abdullah (kanan sekali) berbincang bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (kiri sekali) dan Ketua Pegawai Pengurusan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menunjukkan buku Laporan Tahunan ANGKASA 2023.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus.
Ketua Jurucakap, Haji Ismail Muda yang juga mewakili jurucakap dari Terengganu.
Kakitangan ANGKASA bertugas sebagai pencatat minit.
Perwakilan mengunjungi reruai Seksyen Penerbitan.
Kakitangan ANGKASA bertugas di bilik meja bantuan.
KOPERASI 5
JULAI 2024 UKKM Memasyhurkan Canselor Pertama dan Taja Pelajar Palestin
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menerima watikah pemasyhuran sebagai Canselor Pertama UKKM daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UKKM, Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan.
“Sebagai contoh, pengajian di UKKM turut melibatkan pembelajaran dan pengalaman praktikal kepada para pelajar dengan sesi latihan di koperasi terpilih pada semester akhir. Ini bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran, malah juga memastikan mereka bersiap sedia untuk berada di lapangan dan menghadapi cabaran dalam sektor koperasi,” katanya. Katanya lagi, untuk merealisasikan aspirasi penubuhan UKKM, sokongan padu daripada semua agensi di bawah KUSKOP terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan agensi yang berkaitan teramatlah penting. “Sayamenyerukepadasemuakoperasi, terutamanya koperasi premier seperti Bank Rakyat, Co-opbank Pertama, serta koperasi yang berada dalam kelompok 100 terbaik untuk bersama-sama menyokong penubuhan UKKM dengan menghantar anggota pengurusan, anggota dan keluarga mereka untuk melanjutkan pelajaran di UKKM, menaja pembiayaan pembelajaran dan kerjasama strategik bagi penempatan latihan industri mahasiswa demi kesan sinergi kepada semua pihak. Menerusi cara ini, mahasiswa UKKM dapat menjalani proses pembelajaran secara hands-on dan pihak koperasi dapat menerima graduan yang berkaliber dan bersiap sedia untuk berkhidmat dalam koperasi masing-masing,” ujarnya. Selain itu, beliau juga mengumumkan UKKM telah mendapat kelulusan akreditasi bagi beberapa program baharu termasuk program pengajian khas yang diberi nama Programme for Executive , iaitu sesi kuliah yang akan diadakan selepas waktu bekerja khusus untuk golongan bekerja dalam sektor koperasi. Dalam majlis itu juga, UKKM memberikan penajaan kepada tiga orang pelajar dari Palestin berjumlah RM70,000
Oleh RAHMAT MOHD DID
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam sektor pendidikan negara apabila memasyhurkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick selaku Canselor pertama universiti tersebut. Majlis yang diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Jun 2024 itu turut menyaksikan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dimasyhurkan sebagai Pro- Canselor UKKM. Menurut YB Datuk Ewon, penubuhan UKKM bertujuan untuk mengisi jurang yang terdapat dalam sektor koperasi yang masih kekurangan tenaga mahir dan berpendidikan tinggi. “Sektor ini memerlukan lebih ramai tenaga terlatih dan profesional tidak kira daripada peringkat siswazah mahupun pascasiswazah sebagai pemangkin kelestarian pembangunan sosioekonomi koperasi negara. Peranan UKKM sebagai pusat kecemerlangan yang menawarkan pendidikan khusus dalam bidang keusahawanan dan koperasi berupaya menjadi platform melahirkan usahawan serta pengurus koperasi yang berkaliber tinggi, kompeten dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa suatu hari nanti,” katanya ketika berucap merasmikan majlis. Tambahnya, dengan kurikulum komprehensif dan relevan serta seiring dengan keperluan industri, UKKM akan memastikan graduan yang dilahirkan mampu membawa perubahan positif dan signifikan terhadap gerakan koperasi di Malaysia.
YB Datuk Ewon menyerahkan sijil penajaan pelajar Palestin di UKKM kepada Wakil Kedutaan Palestin ke Malaysia, Encik Mohammed Abudagga.
setiap seorang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di universiti tersebut. Langkah itu dilihat sebagai bukan hanya satu bentuk penerimaan pelajar antarabangsa, malah sebagai satu simbol kerjasama serta diplomasi pendidikan yang membantu hubungan dua hala antara Malaysia dengan Palestin. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Haji Onn Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengarah UKKM, Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan, Pengarah Urusan UKKM merangkap Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Naib Canselor UKKM, Prof. Dato’ Dr. Azali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar dan Wakil Kedutaan Palestin di Malaysia, Encik Mohammed Abudagga. Kepimpinan ANGKASA yang hadir di majlis tersebut ialah Presiden ANGKASA merangkap Anggota Lembaga IKMa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil KUSKOP), Encik Azizul Alias.
KOPERASI 6
JULAI 2024
Koperasi Pacu Pembangunan Sosioekonomi Negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick dan tetamu kehormat bergambar bersama penerima pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) dan sebahagian tetamu yang hadir ke Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) dan Program Transformasi dan Digitalisasi (DigiKoP) di Kuching, Sarawak pada 25 Jun 2024.
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Pelbagai pengisian menarik diadakan dalam program tersebut antaranya sesi forum dan taklimat berkaitan fungsi dan peranan SKM, IKMa dan ANGKASA serta perkongsian bersama koperasi berjaya dan kebaikan berkoperasi. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan mengenai perkongsian maklumat berkaitan adaptasi teknologi digital dalam aktiviti perniagaan koperasi oleh MYNIC, iaitu agensi di bawah Kementerian Digital Malaysia. Dalam program tersebut juga, seramai 30 anggota keluarga koperasi di sekitar Kuching turut menerima bantuan menerusi Program CSR ANGKASA, iaitu berbentuk bakul makanan barangan keperluan asas bernilai RM100 serta baucer pembelian bernilai RM50. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika ditemui wakil PELANCAR berkata, ANGKASA akan terus komited untuk memacu pertumbuhan dan kemajuan gerakan koperasi agar sentiasa berinovasi dan relevan dengan keperluan anggota dan rakyat. “Penawaran produk dan perkhidmatan yang memenuhi kehendak pasaran adalah fokus utama dalam meningkatkan daya saing gerakan koperasi, seterusnya berperanan sebagai jentera berkesan dalam membangunkan taraf hidup anggota serta membantu meningkatkan kesaksamaan pengagihan ekonomi dan menyumbang kepada kesejahteraan sosioekonomi negara,” ujarnya. Seramai 300 orang peserta terlibat dalam program itu yang terdiri daripada penjawat awam pelbagai Kementerian/ Jabatan/Agensi serta anggota koperasi di sekitar Kuching. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Haji Azam
Sulaiman, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Encik Azizul Alias. Kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah menganjurkan Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) dan Program Transformasi dan Digitalisasi (DigiKoP) yang disempurnakan oleh Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick di Kuching, Sarawak pada 25 Jun 2024. Dalam majlis tersebut, YB Datuk Ewon telah menyampaikan pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) kepada tiga koperasi berjumlah RM1.45 juta serta sijil dan plak kepada empat koperasi di bawah Program Million Ringgit Coop League (MiRiCLe) kelolaan IKMa. Menurut YB Datuk Ewon, terdapat sejumlah 1,190 koperasi di Sarawak dengan keanggotaan seramai 313,000 orang, syer/ yuran berjumlah RM228 juta, nilai aset sebanyak RM651 juta manakala perolehan berjumlah RM369 juta. Katanya lagi, meskipun gerakan koperasi negara telah wujud lebih daripada satu abad, masih terdapat golongan masyarakat yang masih tidak cakna akan peranan penting koperasi dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat dan membangunkan sosioekonomi negara. Justeru, menjadi tanggungjawab KUSKOP dan agensi seperti SKM dan IKMa serta ANGKASA untuk terus mempergiatkan aktiviti turun padang bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap fungsi dan manfaat berkoperasi melalui Program MASKOP. Melalui program tersebut, KUSKOP berharap agar mesej membudayakan koperasi dalam kalangan setiap lapisan masyarakat dapat diperkukuh seterusnya menjadikan koperasi sebagai amalan gaya hidup masyarakat.
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya mewakili ANGKASA ketika sesi forum dan taklimat berkaitan fungsi dan peranan SKM, IKMa dan ANGKASA serta perkongsian bersama koperasi berjaya dan kebaikan berkoperasi.
YB Datuk Ewon beramah mesra dengan wakil koperasi yang membuka reruai dalam Program MASKOP dan DigiKoP.
ANGKASA 7
JULAI 2024
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick bersama beberapa tetamu yang hadir bergambar di hadapan ANGKASAMart Sarawak yang telah dinaik taraf kepada COOPMart pada 25 Jun 2024 di Kuching, Sarawak.
ANGKASAMart Sarawak Naik Taraf kepada COOPMart
Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerusi penganjuran program Jualan MADANI, Jualan Set Kombo MADANI dan Jualan Harga Patut telah berjaya merancakkan urus niaga ANGKASAMart Sarawak. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berharap agar kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus memberikan sokongan untuk meningkatkan sistem sedia ada (Jimat Biz/ Jimat Shop) serta memberi insentif bantuan kepada koperasi yang memerlukan untuk memulakan aktiviti perniagaan mereka. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Haji Azam Sulaiman, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Encik Azizul Alias, Pengarah SKM Cawangan Negeri Sarawak, Encik Tan Boon Khin, Pengerusi Koperasi KOPERKASA Sarawak Berhad, Encik Fathi Hambali dan Anggota Lembaga Co-opbank Pertama (CBP), Encik Yunus Kassim. Kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin.
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
ANGKASAMart Sarawak telah dinaik taraf kepada COOPMart dan bakal memenuhi keperluan asas komuniti setempat, sekali gus merancakkan aktiviti peruncitan dan pemborongan di negeri berkenaan. ANGKASAMart Sarawak yang mula beroperasi pada 1 Julai 2020 merupakan premis perniagaan kedua diwujudkan selepas ANGKASAMart Kelana Jaya, Selangor seterusnya disusuli dengan ANGKASAMart Pendang di Kedah, ANGKASAMart Bertam di Pulau Pinang dan ANGKASAMart Kota Kinabalu di Sabah. ANGKASAMart Sarawak merupakan model outlet Projek BA100 ANGKASA yang merangkumi platform digital, iaitu www. jimatbiz.com dan www.jimatshop.com dengan tujuan membekalkan keperluan asas anggota koperasi serta komuniti setempat pada harga berpatutan. Selain urus niaga harian, ANGKASAMart Sarawak turut menyediakan tempahan set bakul makanan kepada Malaysian Relief Agency (MRA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), HIKMAH Sarawak, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan pertubuhan lain. Selain itu, kolaborasi kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pertubuhan
YB Datuk Ewon ketika membuat lawatan ke COOPMart. Turut bersama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menunjukkan demonstrasi penggunaan platform digital, iaitu JiMAT BIZ dan JiMAT Shop kepada YB Datuk Ewon.
8 Bank Koperasi Pemacu Kelestarian Ekonomi Rantau Asia Pasifik
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick bergambar bersama tetamu kehormat dan perwakilan luar negara pada Majlis Makan Malam sempena 'Conference for Cooperatives in Financial Sector on Financial Inclusion and Digital Transformation (SDG 9 &11)' di Kuala Lumpur pada 5 Jun 2024.
Oleh RAHMAT MOHD DID
“Bank koperasi juga memberikan sokongan penting kepada kemajuan sosioekonomi koperasi. Mereka memahami keperluan unik serta cabaran yang dihadapi oleh gerakan ini dan menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan yang disesuaikan bagi menyokong perkembangan dan kelestarian koperasi," katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Makan Malam sempena 'Conference for Cooperatives in Financial Sector on Financial Inclusion and Digital Transformation (SDG 9 &11)' yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 5 Jun 2024. Tambahnya, bank koperasi telah menunjukkan ketahanan dan kestabilan yang luar biasa meskipun diuji dengan ketidakpastian ekonomi dan krisis kewangan. “Model bisnes yang berfokus kepada pelanggan, praktis kawalan risiko yang bijaksana dan penekanan kepada kelestarian jangka masa panjang telah menyumbang kepada kejayaan tersebut. Di Malaysia, gerakan koperasi sangat aktif dan kukuh dengan jumlah 15,809 koperasi berdaftar dan lebih daripada 7.2 juta anggota yang membentuk 20 peratus daripada jumlah penduduk negara ini. Gerakan ini telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada ekonomi negara dengan perolehan sebanyak RM64.5 bilion pada tahun 2023. Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2030 yang dilancarkan pada tahun 2023 bermatlamat untuk meningkatkan perolehan kepada RM73 bilion menjelang 2030 dengan koperasi kredit dan perbankan seperti Bank Rakyat dan CBP memainkan peranan utama,” katanya. Tambahnya, penumpuan kepada sektor ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan
Kerajaan di seluruh rantau Asia Pasifik diseru memberi keutamaan kepada koperasi kredit dan perbankan dalam agenda pembangunan kerana sektor itu merupakan peneraju kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, koperasi kredit dan perbankan khususnya bank koperasi seperti Bank Rakyat dan Co-opbank Pertama (CBP) bukan sahaja menawarkan penyelesaian kewangan dengan menyediakan perkhidmatan perbankan, kredit dan peluang pelaburan kepada komuniti terpinggir dan usahawan skala kecil, malah memberdayakan individu dan komuniti untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi, mendorong pertumbuhan inklusif serta mengurangkan jurang pendapatan rakyat.
YB Datuk Ewon ketika menyampaikan ucapan.
Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutamanya Matlamat 8 (Kerjaya yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi) dan Matlamat 11 (Bandar dan Komuniti Lestari). Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan koperasi di Malaysia sebahagian besarnya dipacu oleh koperasi kredit dan perbankan di mana pada tahun 2023 sebanyak 562 koperasi dalam sektor berkenaan mencatatkan sumbangan bernilai RM56.3 bilion daripada jumlah keseluruhan perolehan koperasi Malaysia yang berjumlah RM64.5 bilion. “Ini membuktikan bahawa bank koperasi dan koperasi kredit memainkan peranan penting bukan sahaja dalam gerakan koperasi negara, malah di rantau ASEAN dan Asia Pasifik menerusi perkhidmatan sokongan kepada sektor pertanian, perniagaan kecil dan ekonomi luar bandar. Mereka tidak hanya menawarkan perkhidmatan kewangan malah juga sokongan sosial dan pemerkasaan komuniti. Bank koperasi juga mempromosi institusi kewangan dengan menyediakan perkhidmatan
Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa- Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balu Iyer menyeru gerakan koperasi di rantau Asia Pasifik mendukung langkah digitalisasi bagi memastikan gerakan koperasi bergerak lebih maju di peringkat global.
9
YB Datuk Ewon bergambar bersama delegasi dari Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN).
YB Datuk Ewon, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama tetamu yang hadir.
perbankan kepada individu yang tidak mempunyai akses kepada bank tradisional di samping memainkan peranan penting dalam memberdayakan koperasi kecil dan mikro. Mereka memberikan entiti kecil ini akses kepada modal, latihan dan sumber pengurusan kewangan. Sokongan ini membantu koperasi kecil dan mikro berkembang dan melayani anggota mereka sendiri dengan lebih baik,” jelasnya. Sementara itu, Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa-Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balu Iyer dalam ucapannya menyeru gerakan koperasi di rantau berkenaan untuk mendukung langkah digitalisasi dan dalam masa sama mempertahankan nilai-nilai koperasi bagi memastikan gerakan itu mampu bergerak lebih maju di peringkat global serta mencapai kesaksamaan dalam masyarakat. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor, Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP, Mr. K.K Ravindran dan Setiausaha Koperasi Negara Timor Leste, H.E Eng. Arsenio Pereira Da Silva. Kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA Dr. Mohd Azlan Yahya serta barisan Anggota Lembaga ANGKASA, yang terdiri daripada Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang juga Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
YB Datuk Ewon dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berbincang dengan Setiausaha Koperasi Negara Timor Leste, H.E Eng. Arsenio Pereira Da Silva.
YB Datuk Ewon Benedick dan tetamu kehormat bergambar bersama delegasi tempatan dan antarabangsa.
10 Platform Wujud Peluang Kerjasama Koperasi Rantau Asia Pasifik
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan Ikatan Koperasi Antarabangsa-Asia dan Pasifik (ICA-AP), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tengah) bergambar bersama sebahagian jawatankuasa dan peserta forum. Turut bersama ialah Pengerusi jawatankuasa itu, Mr. K.K Ravindran (tiga dari kiri).
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Forum 'Conference for Cooperatives in Financial Sector on Financial Inclusion and Digital Transformation' menjadi platform terbaik kepada koperasi rantau Asia Pasifik berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam mewujudkan peluang kerjasama serantau. Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan Ikatan Koperasi Antarabangsa-Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. K.K Ravindran berkata, platform perkongsian ilmu tersebut boleh menjadi faktor utama kepada penyumbang pertumbuhan gerakan koperasi secara kolektif di peringkat rantau tersebut. Menurutnya, forum itu bukan sahaja menyediakan nilai tambah kepada koperasi perbankan kredit, malah membuka ruang kerjasama koperasi antarabangsa bagi memastikan institusi kredit dan perbankan koperasi berada pada landasan tepat serta mencapai visi dan misinya.
Sebahagian peserta antarabangsa yang hadir ke forum.
Mr K. K. Ravindran berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada forum yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP dengan kerjasama ANGKASA bertempat di Kuala Lumpur pada 5 Jun 2024. Seramai 50 orang peserta dari sembilan buah negara tampil
mengemukakan pandangan bernas menerusi dua sesi forum yang menumpukan kepada usaha Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), iaitu
MR. K.K Ravindran ketika menyampaikan ucapan pembukaan.
Sesi forum menampilkan dua panel, iaitu Mr. Heejun Yoon dari Korean Federation of Community Credit Cooperative (tengah) dan Mr. Paladi Mohanaiah dari National Bank for Agriculture & Rural Development (kanan) serta dikendalikan oleh moderator, iaitu Pengurus MyANGKASA Digital Services & MYISCO, Encik Muhammad Hudhaifa Ahmad.
Pembangunan Infrastruktur yang Mampan (SDG 9) serta Bandar dan Komuniti Lestari (SDG 11). Wakil koperasi antarabangsa yang hadir terdiri daripada Mr. Heejun Yoon dari Korean Federation of Community Credit Cooperatives , Mr. Paladi Mohanaiah ( National Bank for Agriculture and Rural Development) , Dr. Agung Sudjatmoko (Dewan Koperasi Indonesia) dan Mr. Raul Montemayor ( Philippines Cooperative Center ).
Hadir sama ialah Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.
Forum tersebut juga menampilkan perkongsian ilmu mengenai perkembangan dan kejayaan institusi perbankan koperasi di Malaysia, iaitu Co- opbank Pertama (CBP) yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar.
Perkongsian ilmu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar.
11
Pengerusi ASEAN 2025: Peluang ACO Perkukuh Jaringan Perniagaan
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama anggota lembaga ACO dan perwakilan negara anggota selepas Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia- Malaysia-Filipina," ujarnya. Justeru, beliau menyeru negara anggota ACO supaya merebut peluang untuk memperkukuh komitmen terhadap prinsip koperasi dan bekerjasama menuju masa depan yang lebih sejahtera. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2024 turut membentangkan Laporan Pencapaian ACO Tahun 2023 oleh Setiausaha Agung ACO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail serta Laporan Audit ACO Tahun 2023 oleh Bendahari ACO, Dr. Mohd Azlan Yahya. Mesyuarat tersebut dihadiri juga oleh Dr. Agung Sudjatmoko, Timbalan Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) merangkap Timbalan Presiden 1 ACO, Mr. Raul Montemayor, Timbalan Pengerusi Pusat Koperasi Filipina (PCC) merangkap Timbalan Presiden 2 ACO, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Anggota Lembaga ANGKASA, YM Pengiran Suridah Sulaiman Pengarah
Pelantikan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bakal memberi impak besar bukan sahaja dari segi ekonomi, malah kepada pengukuhan gerakan koperasi serantau. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA bersedia memimpin dan memberdayakan koperasi di bawah naungannya melalui strategi inovatif dalam usaha meningkatkan keterlibatan koperasi menerusi sektor berimpak tinggi, seterusnya mendorong pertumbuhan sosioekonomi lestari. Katanya, ASEAN 2025 memberi peluang besar kepada ACO untuk memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi dan berupaya menangani cabaran keselamatan serantau serta merangsang perniagaan koperasi rantau ASEAN. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyatakan keyakinan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2024 bertempat
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika mempengerusikan mesyuarat.
Unit Pembangunan Koperasi, Kementerian Kewangan & Ekonomi Brunei Darussalam dan H.E Eng. Arsenio Pereira Da Silva, Setiausaha Koperasi Negara Timor Leste.
di Kuala Lumpur pada 6 Jun 2024. Menurutnya, sebagai tuan rumah ASEAN 2025, ACO akan berusaha mempromosikan gerakan koperasi melalui kerjasama serantau dengan membina hubungan yang lebih kukuh dalam kalangan negara anggota di samping mempergiat beberapa inisiatif kolaboratif. "Inisiatif itu termasuk penganjuran lawatan kerja melalui perkongsian kepakaran, mengadakan program promosi bagi meningkatkan kesedaran mengenai koperasi serta memperkasakan pendidikan koperasi dengan menganjurkan lebih banyak webinar dan program latihan. Selain itu, ASEAN 2025 juga akan membantu ACO untuk memajukan projek serantau seperti Segitiga Pertumbuhan Indonesia- Malaysia-Singapura dan Kawasan
Pelbagai agenda dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2024.
KOPERASI 12
JULAI 2024
www.angkasa.coop @AngkasaCoop
kepada DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN yang dipilih semula sebagai ANGGOTA LEMBAGA ANGKASA pada MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-38 (MAPA 2024)
22 JUN 2024 (SABTU)
WISMA UNGKU A.AZIZ, KELANA JAYA, SELANGOR
daripada: Presiden, Timbalan Presiden, Anggota Lembaga ANGKASA, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Seluruh Warga ANGKASA serta Koperasi
#KitaKoperasi #MenjulangAspirasiKoperasi #SejutaPokokCoop
www.sejutapokok.coop
www.angkasa.coop @AngkasaCoop
kepada DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL yang dipilih semula sebagai ANGGOTA LEMBAGA ANGKASA pada MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-38 (MAPA 2024)
22 JUN 2024 (SABTU)
WISMA UNGKU A.AZIZ, KELANA JAYA, SELANGOR
daripada: Presiden, Timbalan Presiden, Anggota Lembaga ANGKASA, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Seluruh Warga ANGKASA serta Koperasi
#KitaKoperasi #MenjulangAspirasiKoperasi #SejutaPokokCoop
www.sejutapokok.coop
KOPERASI 13 ANGKASA
JULAI 2024
BINA Teroka Bidang Teknologi Hijau Menerusi Produk ‘mygreenstyle’
Pertukaran dokumen MoU antara BINA yang diwakili Pengerusinya, Dato’ Haji Che Mohd Shukre Che Isa (tiga dari kanan) dan Dee Noon Corporation Sdn. Bhd. yang diwakili Pengarah Urusannya, Dato’ Alvin Kang (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan).
Oleh RAHMAT MOHD DID
Tambahnya, produk yang ditawarkan menerusi jenama ‘mygreenstyle’ berkenaan dijangka mula memasuki pasaran seawal bulan Julai depan dan sebagai permulaannya akan dipasarkan secara dalam talian menerusi ‘BINA Shop’ yang juga dibangunkan oleh BINA. "Selain itu, produk seperti pintu rumah berkonsepkan teknologi hijau bakal dikeluarkan dan akan dipasang di setiap unit rumah MyANGKASA Villa yang dibangunkan oleh BINA,” katanya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Ahli Lembaga Pengarah BINA yang terdiri daripada Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Datuk Haji Azih Muda dan Dato’ Ir. Prof. Rohaizi Haji Mohd Jusoh serta Ketua Pegawai Operasi BINA, Encik Mohamad Hafidz Abu Bakar.
dengan Dee Noon Corporation Sdn. Bhd. di Shah Alam, Selangor pada 13 Jun 2024. Dalam majlis tersebut, BINA diwakili oleh Pengerusinya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa manakala Dee Noon Corporation Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Pengarah Urusannya, Dato’ Alvin Kang sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, kolaborasi itu amat bertepatan dan seiring dengan perkembangan semasa dunia yang kini mengutamakan penggunaan teknologi hijau yang lebih mesra alam. "Hal ini adalah selaras dengan usaha kerajaan yang menggalakkan masyarakat mengambil pendekatan menggunakan tenaga boleh baharu (renewable energy) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga lain dalam penghasilan produk," ujarnya.
MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. yang dikenali sebagai BINA mengorak langkah proaktif menjalinkan kerjasama dengan Dee Noon Corporation Sdn. Bhd., iaitu pengeluar dan pengilang produk kelengkapan rumah berasaskan teknologi hijau. Barangan kelengkapan rumah seperti almari pakaian, katil, tilam, kabinet televisyen, kabinet dapur, meja makan, rak buku dan pelbagai lagi adalah antara produk yang bakal dikeluarkan di pasaran dengan jenama ‘mygreenstyle’ yang memiliki kualiti dan mutu setanding dengan jenama antarabangsa lain. Kolaborasi kedua-dua pihak tersebut telah direalisasikan dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara BINA
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan tetamu kehormat bergambar kenangan bersama barisan pengurusan serta kakitangan BINA.
KOPERASI 14 ANGKASA
JULAI 2024
Kerajaan Negeri Perlis Sokong Usaha ANGKASA Majukan Ekonomi Gerakan Koperasi
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli selepas kunjungan hormat ANGKASA di pejabat beliau di Kangar, Perlis pada 11 Jun 2024. Turut bersama ialah EXCO Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Wan Zikri Afthar Ishak (empat dari kanan), Ahli Dewan Negara merangkap Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis, YB Senator Datuk Haji Aziz Ariffin (lima dari kiri) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Perlis, Dr. Ammar Hassan (tujuh dari kanan).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
ANGKASA telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli di pejabat beliau di Kangar, Perlis pada 11 Jun 2024. Kunjungan yang berlangsung lebih sejam itu telah diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan disertai barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis. Hadir sama ialah Ahli Dewan Negara merangkap Anggota JPAN Perlis, YB Senator Datuk Haji Aziz Ariffin, EXCO Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Wan Zikri Afthar Ishak dan Pengerusi ANGKASA Negeri Perlis, Dr. Ammar Hassan. Tujuan kunjungan itu diadakan antara lain membincangkan pelbagai perkara, khususnya mengenai pembangunan gerakan koperasi di negeri tersebut. YAB Tuan Mohd Shukri berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha gerakan koperasi di Perlis dalam memajukan ekonomi tempatan melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang berdaya saing. Katanya, koperasi yang baru ditubuhkan perlu diberikan bimbingan kerana masih ada individu yang mewujudkan koperasi baharu atau menyertai mana-mana koperasi dengan tujuan untuk manfaat diri sendiri semata- mata, bukan untuk kepentingan masyarakat atau anggota. Menyentuh mengenai sektor pertanian pula, beliau menyarankan ANGKASA untuk menjalankan kajian sama ada menanam jagung lebih menguntungkan berbanding menanam padi bagi tujuan menggalakkan
Sesi perbincangan antara barisan kepimpinan ANGKASA dengan YAB Tuan Mohd Shukri Ramli bertempat di pejabat beliau di Kangar, Perlis.
petani di negeri itu memfokuskan kepada usaha penanaman jagung yang mungkin dapat memberikan hasil lebih lumayan. Beliau turut menyatakan sokongan terhadap usaha ANGKASA dalam meningkatkan lagi jumlah koperasi kariah masjid di seluruh negara bagi pelbagai tujuan antaranya mengambil peluang masyarakat yang lebih mengutamakan produk halal dan keluaran tempatan berbanding produk luar. Dalam kunjungan itu juga, ANGKASA Negeri Perlis telah mencadangkan beberapa perkara bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 antaranya adalah mewujudkan Dataran Usahawan dengan menjemput koperasi membuka gerai di perkarangan Kompleks LKIM Padang Besar dan mengadakan Karnival Usahawan IMT-GT. Selain itu, ANGKASA Negeri turut memohon kerajaan negeri mencadangkan tanah di sekitar Perlis yang masih belum diteroka bagi tujuan projek pertanian moden seperti jagung dalam usaha memastikan sekuriti makanan negara terjamin.
YAB Tuan Mohd Shukri bergambar dengan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.
KOPERASI 15 ANGKASA
JULAI 2024
YIA: Sumbang Dana Agihan Bangunkan Projek ‘Charity Parking’ Sekolah
Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA (YIA), Dr. Mohd Azlan Yahya (enam dari kiri) merasmikan Projek ‘Charity Parking’ Yayasan Infaq ANGKASA di Koperasi SMK Ghafar Baba Masjid Tanah Berhad, Melaka.
Dr. Mohd Azlan Yahya memotong reben sebagai simbolik kepada perasmian Projek 'Charity Parking’ Yayasan Infaq ANGKASA di Koperasi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Berhad, Shah Alam, Selangor.
Dato’ Haji Che Mohd Shukree bergambar bersama sebahagian guru di tapak Projek ‘Charity Parking’ SMK Dato’ Perdana, Bachok, Kelantan.
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Lembaga Pemegang Amanah YIA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (berdiri, lima dari kanan) bergambar bersama sebahagian pelajar Maahad Ashraf Al-Abrar, Kuala Krai, Kelantan.
Lembaga Pemegang Amanah YIA, Dato’ Haji Ahmad Tajudin Haji Abdul Rahman (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek dana Projek ‘Charity Parking’ kepada Pengetua MRSM Pengkalan Hulu, Perak, Ustaz Shahariman Abdul Rahman (dua dari kanan).
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Dana sejumlah RM28,000 telah disalurkan kepada koperasi sekolah berkenaan bagi membangunkan Projek ‘Charity Parking’, iaitu tapak meletak kenderaan berbumbung bagi kemudahan guru dan kakitangan sekolah berkenaan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Lembaga Pemegang Amanah YIA, Dr. Mohd Azlan Yahya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengetua merangkap Pengerusi koperasi, Puan Sahreah Md. Zin dan Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Abd Hadi dan Pengurus Besar YIA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman. 9 MEI 2024 YIA telah menyalurkan dana agihan berjumlah RM20,000 kepada Koperasi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Berhad di Shah Alam, Selangor bagi projek yang sama dan telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Azlan Yahya. Turut hadir ialah Pengetua merangkap Pengerusi koperasi tersebut, Haji Mohd Nordin Mohd Tohir, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengurus Besar YIA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman dan Pengurus Seksyen Sekolah dan IPTA/Belia, Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Encik Abu Bakar Busmah.
Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus komited membangunkan harta wakaf bagi kepentingan masyarakat umum selain menyediakan saluran kebajikan yang bersistematik, dinamik dan bersepadu. YIA aktif menjalin kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan badan wakaf yang diiktiraf bagi memperkasa dan mengembangkan wakaf serta pengurusan aset wakaf dengan penuh berintegriti dan profesional. Selaras dengan perkembangan dana dan projek yang memberi impak kepada masyarakat, YIA giat melaksanakan agihan dana kepada koperasi, institusi pendidikan dan pertubuhan di seluruh negara. Berdasarkan rekod sehingga Jun 2024, sejumlah kira-kira RM30 juta dana telah berjaya dikumpulkan dengan jumlah agihan kira-kira RM19 juta. Penyerahan replika cek sumbangan dana infaq dan Projek ‘Charity Parking’ melalui pembinaan tapak meletak kenderaan berbumbung di koperasi sekolah adalah antara program agihan dana infaq yang dilaksanakan YIA secara berperingkat-peringkat. Menerusi projek itu, manfaat daripada sewaan aset tersebut akan disalurkan kepada koperasi sebagai kos pentadbiran dan wakaf kepada pelajar asnaf yang memerlukan. Penyerahan Replika Cek Sumbangan Dana Infaq 4 APRIL 2024 Majlis Perasmian dan Penyerahan Replika Cek Sumbangan dana Agihan Yayasan Infaq ANGKASA telah diadakan bertempat di Koperasi SMK Ghafar Baba Masjid Tanah Berhad, Melaka.
Mudir Maahad Ashraf Al-Abrar, Ustaz Zulkarnain Che Husain, bertempat di Maahad Ashraf Al-Abrar, Kuala Krai, Kelantan. Sementara itu, pada lokasi berasingan bertempat di SMK Dato’ Perdana, Bachok, Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree turut menyerahkan replika cek Projek ‘Charity Parking’ bernilai RM24,000 kepada Pengetua SMK Dato’ Perdana, Encik Nasir Shazali. Hadir sama dalam kedua-dua majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Kelantan, Haji Mohd Zin Halim dan Pengurus Besar YIA, Encik Safian Abdul Rahman. 27 JUN 2024 Majlis Perasmian Penyerahan Dana Projek ‘Charity Parking’ telah disempurnakan oleh Lembaga Pemegang Amanah YIA, Dato’ Haji Ahmad Tajudin Haji Abdul Rahman bertempat di MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Dana sebanyak RM30,000 telah disumbangkan kepada Pengetua MRSM tersebut, Ustaz Shahariman Abdul Rahman. Turut hadir ialah Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Perak, Encik Shahrul Baha Abd. Rahman dan Pengurus Besar YIA, Encik Safian Abdul Rahman.
25 JUN 2024 Anggota
Lembaga merangkap Lembaga Pemegang Amanah YIA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan Dana Infaq berjumlah RM10,000 kepada Pengerusi Eksekutif/ ANGKASA
KOPERASI 16
JULAI 2024
Koperasi Kariah Masjid Sungai Ramal Luar Kajang Selangor Berhad (KOMAS) KOMAS Aktif Majukan Tanaman Nanas MD2
Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Sungai Ramal Luar Kajang Selangor Berhad (KOMAS), Haji Ahmad Kizbullah (dua dari kiri) bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KOMAS menunjukkan hasil tuaian nanas MD2 di Ladang Sungai Merab Luar, Kajang.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Meskipun baru empat tahun ditubuhkan, Koperasi Kariah Masjid Sungai Ramal Luar Kajang Selangor Berhad (KOMAS) bergerak proaktif mengusahakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan pendapatan antaranya penanaman nanas MD2 yang dilaksanakan sejak tahun 2022. Pengerusi KOMAS, Haji Ahmad Kizbullah Haji Ridzuan berkata, koperasi itu memanfaatkan tanah wakaf seluas 1.5 ekar di Sungai Merab, Kajang yang disewa daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan harga RM240 sebulan untuk menjayakan aktiviti tersebut. Menurutnya, nanas MD2 menjadi tanaman pilihan berikutan buah berkenaan memiliki nilai ekonomi yang tinggi dan permintaan stabil di pasaran. Sebagai permulaan, kira-kira lapan ribu anak pokok ditanam oleh KOMAS dan proses berkenaan memakan masa kira-kira 13 bulan sebelum hasilnya boleh dituai. Sebagai usaha untuk mendapatkan hasil tuaian yang optimum, koperasi itu melakukan kerja pembersihan rumput setiap bulan serta turut
memasang pagar elektrik dengan menggunakan tenaga solar bagi mengatasi ancaman haiwan seperti tupai, monyet dan babi hutan yang suka merosakkan tanaman. Di samping itu, air untuk tanaman disedut dan disalurkan dari kolam terus ke ladang nanas selain menggunakan takungan air hujan sebagai sumber tambahan. Selain itu, KOMAS turut menggunakan hormon bila pokok nenas berusia hampir setahun. Usaha koperasi itu ternyata membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh sebanyak 300 Pengerusi KOMAS, Haji Ahmad Kizbullah Haji Ridzuan menceritakan pengalaman koperasi dalam mengusahakan ladang nanas MD2.
kilogram nanas setiap kali dituai, iaitu tiga kali seminggu, dengan harga runcit RM8 sekilogram. Sulur nanas turut dijual oleh koperasi pada harga RM2 sebatang. Jualannya, sama ada secara fizikal atau dalam talian, sentiasa mendapat permintaan yang menggalakkan daripada anggota koperasi, ahli kariah masjid dan komuniti setempat. Haji Ahmad Kizbullah berkata, pihaknya berharap aktiviti tanaman nanas menjadi satu cabang ekonomi yang lestari dalam memenuhi keperluan dan meningkatkan kewangan KOMAS di samping aktiviti lain koperasi tersebut seperti Pengurus ladang, Haji Azhar Aziz menunjukkan nanas segar yang dipetik dari ladang.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease