WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2024

10 Platform Wujud Peluang Kerjasama Koperasi Rantau Asia Pasifik

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan Ikatan Koperasi Antarabangsa-Asia dan Pasifik (ICA-AP), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tengah) bergambar bersama sebahagian jawatankuasa dan peserta forum. Turut bersama ialah Pengerusi jawatankuasa itu, Mr. K.K Ravindran (tiga dari kiri).

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Forum 'Conference for Cooperatives in Financial Sector on Financial Inclusion and Digital Transformation' menjadi platform terbaik kepada koperasi rantau Asia Pasifik berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam mewujudkan peluang kerjasama serantau. Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan Ikatan Koperasi Antarabangsa-Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. K.K Ravindran berkata, platform perkongsian ilmu tersebut boleh menjadi faktor utama kepada penyumbang pertumbuhan gerakan koperasi secara kolektif di peringkat rantau tersebut. Menurutnya, forum itu bukan sahaja menyediakan nilai tambah kepada koperasi perbankan kredit, malah membuka ruang kerjasama koperasi antarabangsa bagi memastikan institusi kredit dan perbankan koperasi berada pada landasan tepat serta mencapai visi dan misinya.

Sebahagian peserta antarabangsa yang hadir ke forum.

Mr K. K. Ravindran berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada forum yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP dengan kerjasama ANGKASA bertempat di Kuala Lumpur pada 5 Jun 2024. Seramai 50 orang peserta dari sembilan buah negara tampil

mengemukakan pandangan bernas menerusi dua sesi forum yang menumpukan kepada usaha Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), iaitu

MR. K.K Ravindran ketika menyampaikan ucapan pembukaan.

Sesi forum menampilkan dua panel, iaitu Mr. Heejun Yoon dari Korean Federation of Community Credit Cooperative (tengah) dan Mr. Paladi Mohanaiah dari National Bank for Agriculture & Rural Development (kanan) serta dikendalikan oleh moderator, iaitu Pengurus MyANGKASA Digital Services & MYISCO, Encik Muhammad Hudhaifa Ahmad.

Pembangunan Infrastruktur yang Mampan (SDG 9) serta Bandar dan Komuniti Lestari (SDG 11). Wakil koperasi antarabangsa yang hadir terdiri daripada Mr. Heejun Yoon dari Korean Federation of Community Credit Cooperatives , Mr. Paladi Mohanaiah ( National Bank for Agriculture and Rural Development) , Dr. Agung Sudjatmoko (Dewan Koperasi Indonesia) dan Mr. Raul Montemayor ( Philippines Cooperative Center ).

Hadir sama ialah Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

Forum tersebut juga menampilkan perkongsian ilmu mengenai perkembangan dan kejayaan institusi perbankan koperasi di Malaysia, iaitu Co- opbank Pertama (CBP) yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar.

Perkongsian ilmu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease