WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2024

11

Pengerusi ASEAN 2025: Peluang ACO Perkukuh Jaringan Perniagaan

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama anggota lembaga ACO dan perwakilan negara anggota selepas Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia- Malaysia-Filipina," ujarnya. Justeru, beliau menyeru negara anggota ACO supaya merebut peluang untuk memperkukuh komitmen terhadap prinsip koperasi dan bekerjasama menuju masa depan yang lebih sejahtera. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2024 turut membentangkan Laporan Pencapaian ACO Tahun 2023 oleh Setiausaha Agung ACO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail serta Laporan Audit ACO Tahun 2023 oleh Bendahari ACO, Dr. Mohd Azlan Yahya. Mesyuarat tersebut dihadiri juga oleh Dr. Agung Sudjatmoko, Timbalan Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) merangkap Timbalan Presiden 1 ACO, Mr. Raul Montemayor, Timbalan Pengerusi Pusat Koperasi Filipina (PCC) merangkap Timbalan Presiden 2 ACO, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Anggota Lembaga ANGKASA, YM Pengiran Suridah Sulaiman Pengarah

Pelantikan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bakal memberi impak besar bukan sahaja dari segi ekonomi, malah kepada pengukuhan gerakan koperasi serantau. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA bersedia memimpin dan memberdayakan koperasi di bawah naungannya melalui strategi inovatif dalam usaha meningkatkan keterlibatan koperasi menerusi sektor berimpak tinggi, seterusnya mendorong pertumbuhan sosioekonomi lestari. Katanya, ASEAN 2025 memberi peluang besar kepada ACO untuk memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi dan berupaya menangani cabaran keselamatan serantau serta merangsang perniagaan koperasi rantau ASEAN. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyatakan keyakinan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2024 bertempat

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika mempengerusikan mesyuarat.

Unit Pembangunan Koperasi, Kementerian Kewangan & Ekonomi Brunei Darussalam dan H.E Eng. Arsenio Pereira Da Silva, Setiausaha Koperasi Negara Timor Leste.

di Kuala Lumpur pada 6 Jun 2024. Menurutnya, sebagai tuan rumah ASEAN 2025, ACO akan berusaha mempromosikan gerakan koperasi melalui kerjasama serantau dengan membina hubungan yang lebih kukuh dalam kalangan negara anggota di samping mempergiat beberapa inisiatif kolaboratif. "Inisiatif itu termasuk penganjuran lawatan kerja melalui perkongsian kepakaran, mengadakan program promosi bagi meningkatkan kesedaran mengenai koperasi serta memperkasakan pendidikan koperasi dengan menganjurkan lebih banyak webinar dan program latihan. Selain itu, ASEAN 2025 juga akan membantu ACO untuk memajukan projek serantau seperti Segitiga Pertumbuhan Indonesia- Malaysia-Singapura dan Kawasan

Pelbagai agenda dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2024.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease