KOPERASI 13 ANGKASA
JULAI 2024
BINA Teroka Bidang Teknologi Hijau Menerusi Produk ‘mygreenstyle’
Pertukaran dokumen MoU antara BINA yang diwakili Pengerusinya, Dato’ Haji Che Mohd Shukre Che Isa (tiga dari kanan) dan Dee Noon Corporation Sdn. Bhd. yang diwakili Pengarah Urusannya, Dato’ Alvin Kang (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan).
Oleh RAHMAT MOHD DID
Tambahnya, produk yang ditawarkan menerusi jenama ‘mygreenstyle’ berkenaan dijangka mula memasuki pasaran seawal bulan Julai depan dan sebagai permulaannya akan dipasarkan secara dalam talian menerusi ‘BINA Shop’ yang juga dibangunkan oleh BINA. "Selain itu, produk seperti pintu rumah berkonsepkan teknologi hijau bakal dikeluarkan dan akan dipasang di setiap unit rumah MyANGKASA Villa yang dibangunkan oleh BINA,” katanya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Ahli Lembaga Pengarah BINA yang terdiri daripada Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Datuk Haji Azih Muda dan Dato’ Ir. Prof. Rohaizi Haji Mohd Jusoh serta Ketua Pegawai Operasi BINA, Encik Mohamad Hafidz Abu Bakar.
dengan Dee Noon Corporation Sdn. Bhd. di Shah Alam, Selangor pada 13 Jun 2024. Dalam majlis tersebut, BINA diwakili oleh Pengerusinya, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa manakala Dee Noon Corporation Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Pengarah Urusannya, Dato’ Alvin Kang sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, kolaborasi itu amat bertepatan dan seiring dengan perkembangan semasa dunia yang kini mengutamakan penggunaan teknologi hijau yang lebih mesra alam. "Hal ini adalah selaras dengan usaha kerajaan yang menggalakkan masyarakat mengambil pendekatan menggunakan tenaga boleh baharu (renewable energy) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga lain dalam penghasilan produk," ujarnya.
MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. yang dikenali sebagai BINA mengorak langkah proaktif menjalinkan kerjasama dengan Dee Noon Corporation Sdn. Bhd., iaitu pengeluar dan pengilang produk kelengkapan rumah berasaskan teknologi hijau. Barangan kelengkapan rumah seperti almari pakaian, katil, tilam, kabinet televisyen, kabinet dapur, meja makan, rak buku dan pelbagai lagi adalah antara produk yang bakal dikeluarkan di pasaran dengan jenama ‘mygreenstyle’ yang memiliki kualiti dan mutu setanding dengan jenama antarabangsa lain. Kolaborasi kedua-dua pihak tersebut telah direalisasikan dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara BINA
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan tetamu kehormat bergambar kenangan bersama barisan pengurusan serta kakitangan BINA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease