KOPERASI 16
JULAI 2024
Koperasi Kariah Masjid Sungai Ramal Luar Kajang Selangor Berhad (KOMAS) KOMAS Aktif Majukan Tanaman Nanas MD2
Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Sungai Ramal Luar Kajang Selangor Berhad (KOMAS), Haji Ahmad Kizbullah (dua dari kiri) bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KOMAS menunjukkan hasil tuaian nanas MD2 di Ladang Sungai Merab Luar, Kajang.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Meskipun baru empat tahun ditubuhkan, Koperasi Kariah Masjid Sungai Ramal Luar Kajang Selangor Berhad (KOMAS) bergerak proaktif mengusahakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan pendapatan antaranya penanaman nanas MD2 yang dilaksanakan sejak tahun 2022. Pengerusi KOMAS, Haji Ahmad Kizbullah Haji Ridzuan berkata, koperasi itu memanfaatkan tanah wakaf seluas 1.5 ekar di Sungai Merab, Kajang yang disewa daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan harga RM240 sebulan untuk menjayakan aktiviti tersebut. Menurutnya, nanas MD2 menjadi tanaman pilihan berikutan buah berkenaan memiliki nilai ekonomi yang tinggi dan permintaan stabil di pasaran. Sebagai permulaan, kira-kira lapan ribu anak pokok ditanam oleh KOMAS dan proses berkenaan memakan masa kira-kira 13 bulan sebelum hasilnya boleh dituai. Sebagai usaha untuk mendapatkan hasil tuaian yang optimum, koperasi itu melakukan kerja pembersihan rumput setiap bulan serta turut
memasang pagar elektrik dengan menggunakan tenaga solar bagi mengatasi ancaman haiwan seperti tupai, monyet dan babi hutan yang suka merosakkan tanaman. Di samping itu, air untuk tanaman disedut dan disalurkan dari kolam terus ke ladang nanas selain menggunakan takungan air hujan sebagai sumber tambahan. Selain itu, KOMAS turut menggunakan hormon bila pokok nenas berusia hampir setahun. Usaha koperasi itu ternyata membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh sebanyak 300 Pengerusi KOMAS, Haji Ahmad Kizbullah Haji Ridzuan menceritakan pengalaman koperasi dalam mengusahakan ladang nanas MD2.
kilogram nanas setiap kali dituai, iaitu tiga kali seminggu, dengan harga runcit RM8 sekilogram. Sulur nanas turut dijual oleh koperasi pada harga RM2 sebatang. Jualannya, sama ada secara fizikal atau dalam talian, sentiasa mendapat permintaan yang menggalakkan daripada anggota koperasi, ahli kariah masjid dan komuniti setempat. Haji Ahmad Kizbullah berkata, pihaknya berharap aktiviti tanaman nanas menjadi satu cabang ekonomi yang lestari dalam memenuhi keperluan dan meningkatkan kewangan KOMAS di samping aktiviti lain koperasi tersebut seperti Pengurus ladang, Haji Azhar Aziz menunjukkan nanas segar yang dipetik dari ladang.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease