WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2024

KOPERASI 17

JULAI 2024

Pagar elektrik bercas solar digunakan oleh koperasi untuk mengatasi ancaman haiwan seperti tupai, monyet dan babi hutan.

Nanas MD2 sedia untuk dituai.

Haji Ahmad Kizbullah dan ALK menunjukkan produk barangan keperluan BA100 yang dijual di kedai koperasi.

menjual ayam sejuk beku dan barangan keperluan asas, membekal lembu korban dan buah kurma serta menjual pakaian terpakai. Katanya, selain berminat untuk menghasilkan produk hiliran berasaskan nanas, pihaknya turut mempunyai perancangan untuk menceburi tanaman tebu dengan menggunakan tanah wakaf lain oleh PWS supaya koperasi tidak bergantung terhadap satu jenis tanaman sahaja. Koperasi juga akan memulakan perniagaan mencuci kereta pada bulan Ogos 2024. Secara keseluruhan, usaha KOMAS dalam membangunkan pelbagai aktiviti ekonomi tidak hanya memberi manfaat kepada koperasi itu sendiri, malah kepada pembangunan ekonomi setempat dengan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan. Koperasi tersebut juga mempunyai peranan penting dalam menjaga keharmonian sosial dalam kalangan komuniti tempatan. Melalui pelbagai program mengimarahkan masjid anjuran koperasi itu seperti 'Karnival Masjid Di hatiku' yang diadakan pada Mei 2024, mereka memperkukuhkan hubungan antara anggota dan menyumbang kepada pembangunan sosial yang inklusif dan bersepadu. Hal ini mencerminkan nilai kekeluargaan dan kebersamaan yang diterapkan oleh koperasi dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan.

Nanas MD2 yang sedia untuk dijual.

Koperasi Kariah Masjid Sungai Ramal Luar Kajang Selangor Berhad (KOMAS)

Kiosk No 3, Masjid Sungai Ramal Luar, Jalan Sungai Ramal Luar, 43000 Kajang .

Alamat

Telefon E-mel Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan

012-311 8951/019 266 2713 koperasimsrl@gmail.com

4 November 2020

246 orang 1. Perladangan - tanaman nanas 2. Peruncitan - kedai serbaneka 3. Membekalkan lembu korban 4. Jualan kurma

5. Agen insuran skim pelindungan berkelompok dan Etiqa Takaful 6. Pengumpulan pakaian terpakai untuk jualan . 7. Penganjuran acara

Aktiviti

Ladang seluas 1.2 ekar adalah tanah wakaf yang disewa oleh KOMAS daripada Perbadanan Wakaf Selangor untuk tanaman nanas.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease