RENCANA 18
JULAI 2024
Membentuk Usahawan Belia Koperasi PROGRAM KPT-CAP
Generasi muda termasuklah belia dan siswazah atau graduan perlu mengambil peluang dan ruang yang disediakan oleh kerajaan dalam memainkan peranan penting sebagai usahawan muda yang menyumbang kepada ekonomi negara. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) telah menjalin satu kerjasama dengan ANGKASA bagi melaksanakan Program Keusahawanan Koperasi iaitu satu program di bawah PENJANA KPT-CAP (Career Advancement Program). Kerjasama tersebut dimeterai berikutan peranan penting ANGKASA sebagai badan apeks yang menjadi pemangkin pembangunan koperasi serta memperkasakan generasi muda melalui koperasi agar mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi. Justeru, keperluan terhadap latihan tidak formal berkaitan keusahawanan koperasi harus diberi kepada generasi muda yang baru berjinak-jinak dalam koperasi. Kesannya, perspektif generasi muda terhadap koperasi menjadi lebih meluas dan mereka melihat aktiviti keusahawanan atau perniagaan sebagai satu budaya dan bidang yang bukan sahaja mampu menjana pendapatan, malah memenuhi kehendak pelanggan. AURA telah melaksanakan Program Usahawan Koperasi: Sijil Pengurusan Profesional Koperasi (Program PENJANA KPT- CAP) yang bermula pada 11 Julai 2023 hingga 17 Julai 2023 di Kelana Jaya, Selangor. Program berkenaan menyasarkan 50 orang pelajar tahun akhir UMK sedang menjalani latihan industri dan alumni. Program itu dirangka untuk pemindahan ilmu dan pengetahuan serta memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu
keusahawanan dan peluang yang boleh diterokai terutama dalam bidang perniagaan koperasi. Usaha itu turut melibatkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), syarikat latihan swasta, ANGKASA dan kumpulan pensyarah dari UMK. Bagi memenuhi piawaian program, sebanyak 10 modul telah disediakan oleh pakar yang telah dipilih mengikut latar belakang dan bidang kepakaran masing-masing terutama dalam bidang keusahawanan dan koperasi untuk perkongsian ilmu dan pengetahuan dengan peserta. Modul Program KPT-CAP merangkumi pelbagai topik yang berkaitan secara langsung dengan perniagaan koperasi dan elemen keusahawanan untuk memastikan kelestarian koperasi. Topik berkenaan antaranya adalah ‘Ekosistem dan Jati Diri Koperasi’, ‘ANGKASA Pendukung Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Koperasi’, ‘Keusahawanan dan Kepimpinan’, ‘Tadbir Urus dan Perundangan’, ‘Pengurusan Kewangan Koperasi’, ‘Pemikiran Reka Bentuk dan Idea Perniagaan’ serta ‘Inovasi Kepintaran Pasaran’. Peserta program juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti dalaman dan luaran yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental seperti Modul Fitrah Kendiri Berpasukan, Tower of Achievement, The Power of Professional Communication, Kembara Minda Malam, Obstacle Activities dan Magic Straw. Hasil daripada program itu adalah penubuhan dua buah koperasi belia yang berpusat di Selangor dan Kelantan iaitu Koperasi Dana Upaya Berhad dan Koperasi Komuniti Bersama Berhad. Koperasi yang berjaya didaftarkan dengan SKM juga
Oleh DR. NOOR RAIHANI ZAINOL Pengarah ANGKASA – UMK Research Academy (AURA)
Keusahawanan memberi impak yang penting kepada individu, keluarga, masyarakat, negara dan agama serta merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi sikap, kemahiran dan pengetahuan berkaitan perniagaan dan perusahaan. Keusahawanan juga dilihat sebagai satu kebolehan, kemampuan dan kecenderungan dalam mengenal pasti peluang perniagaan serta mengendalikan perniagaan yang menguntungkan diri sendiri dan masyarakat. Bidang tersebut turut menjadi pilihan umat Islam sejak dari zaman Rasulullah S.A.W. yang menekankan budaya berniaga sebagai pintu rezeki yang utama. Hal ini selaras dengan Hadis Riwayat At-Tirmizi yang bermaksud; “Sembilan daripada sepuluh rezeki datang daripada perniagaan”. Namun begitu, hakikatnya adalah umat Islam lebih selesa menjadi masyarakat pengguna berbanding sebagai pengeluar atau pencipta barangan dan perkhidmatan. Aktiviti keusahawanan boleh mencipta peluang pekerjaan dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia. Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 juga ada menekankan terhadap usaha kerajaan untuk membina ekosistem keusahawanan inklusif terutama yang melibatkan generasi muda.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease