3
Barisan Lembaga ANGKASA meraikan kemenangan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (empat dari kanan) dan Dato' Haji Kamarudin Ismail (empat dari kiri) yang telah berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai Anggota Lembaga ANGKASA dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-38 (MAPA 2024).
Datuk Mohamad Ali, Dato' Kamarudin Berjaya Kekal Sebagai Anggota Lembaga ANGKASA
Keputusan Pemilihan Seorang Pengerusi MAPA Ke-38: 1. Dato’ (Dr.) Haji Mustafha Abd Razak Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad Keputusan Pemilihan Seorang Timbalan Pengerusi MAPA Ke-38: 2. Datuk Haji Haron Haji Abdullah Koperasi Pekerja-Pekerja Melayu Melaka Berhad MENANG TANPA BERTANDING Keputusan Pemilihan Enam (6) Orang Daripada Perwakilan Negeri Sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit MAPA: 1. Haji Adnan Awang Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Berhad 2. Puan Intan Norzira Tormudzi Gabongan Koperasi Sekolah-Sekolah Melaka Berhad 3. Puan Norizah Haji Abdullah Koperasi Usahawan Kecil Raub Berhad 4. Puan Rahimah Asrah Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi Sandakan Berhad 5. Dato’ Haji Mat Rejab Kassim Koperasi Alumni KCS Darul Aman Berhad 6. Haji Shafie Mohd Noor Koperasi SMK Seri Sendayan Seremban Berhad
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Mohamad dan dibantu oleh Datuk Haji Haron Haji Abdullah sebagai Timbalan Pengerusi. Agenda lain yang turut dibentangkan adalah Mengesahkan Minit MAPA Ke-37 (MAPA 2023) pada 24 Jun 2023 serta Menimbang Laporan Lembaga ANGKASA dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023. Mesyuarat turut Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan ANGKASA, Penyata Kewangan Subsidiari dan Penyata Kewangan Yayasan ANGKASA bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 berserta Laporan Juruaudit Luar. Selain itu, mesyuarat juga telah Menimbang dan Meluluskan Anggaran Cadangan Elaun kepada Anggota Lembaga yang dilantik sebagai Pengarah Subsidiari dan Yayasan ANGKASA 2025 dan Cadangan Pembayaran Honorarium 2023 kepada Anggota Lembaga ANGKASA serta Menimbang dan Meluluskan Rancangan Perniagaan ANGKASA.
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail daripada Koperasi Pembangunan Daerah Alor Gajah Melaka Berhad telah dipilih semula dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-38 (MAPA 2024), sekali gus berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai Anggota Lembaga ANGKASA. Pemilihan tersebut adalah sebahagian daripada 12 agenda yang telah dibentangkan dalam mesyuarat tahunan itu yang berlangsung di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 22 Jun 2024. Seramai 1,475 perwakilan berdaftar daripada koperasi anggota seluruh negara telah menghadiri MAPA 2024 yang terdiri daripada 339 orang hadir secara fizikal manakala seramai 1,136 menyertai secara dalam talian. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Haji Mohamad Noor
Dari Meja Presiden
Prestasi terbaik yang ditunjukkan oleh anak syarikat ANGKASA adalah amat membanggakan dan sudah tentu kejayaan ini membuka peluang kepada lebih banyak koperasi untuk bergerak proaktif dalam industri utama negara. Di samping memberi manfaat kepada anggota dan komuniti, peluang sebegini juga sekali gus menyerlahkan lagi peranan koperasi dalam merancakkan pertumbuhan sosioekonomi negara.
Transformasi ANGKASA melibatkan sektor koperasi negara dalam perniagaan berimpak tinggi adalah suatu usaha untuk menggerakkan fungsi badan puncak itu secara lebih menyeluruh ke arah membawa peranan koperasi ke peringkat yang lebih besar. ANGKASA akan memastikan usaha transformasi yang digerakkan ini mampu menjangkau keperluan masa hadapan, seterusnya memberi impak lebih signifikan kepada pembangunan negara seiring dengan persekitaran ekonomi yang lebih dinamik. Projek Eksplorasi dan Projek Inkubasi yang diperkenalkan ANGKASA di peringkat negeri misalnya berpotensi besar untuk diperluas kepada koperasi yang berminat dan berkeupayaan bagi memastikan peningkatan perolehan dan kesinambungan pertumbuhan koperasi secara berkesan.
Justeru, ANGKASA komited menyokong usaha pemerkasaan perniagaan koperasi dan bagi memastikan gerakan koperasi terus terlibat dalam sektor yang berdaya maju, inisiatif yang dibangunkan oleh kerajaan melalui Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030), Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKOP 2030) dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) diharap dapat mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih kukuh.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease