WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2024

4

Di samping Memilih Dua Orang Anggota Lembaga ANGKASA, perwakilan turut Memilih Seorang Pengerusi dan Seorang Timbalan Pengerusi MAPA Ke-38, Memilih Enam Orang daripada Perwakilan Negeri sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit MAPA serta Mengesahkan Pelantikan Lembaga mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Proses pemilihan yang bermula jam 12:13 tengah hari secara dalam talian itu berlangsung dengan lancar dan bagi memastikan ketelusan keputusan pengundian, firma audit luar Sahir & Co. telah dilantik serta dibantu oleh barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai oleh Pengerusinya, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad.

Sebahagian daripada perwakilan yang hadir mengaminkan bacaan doa.

Timbalan Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Hamizan Othman.

Pengerusi MAPA 2024, Haji Mohamad Noor Mohamad (dua dari kanan) dan Timbalan Pengerusi MAPA 2024, Dato' Haji Haron Haji Abdullah (kanan sekali) berbincang bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (kiri sekali) dan Ketua Pegawai Pengurusan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menunjukkan buku Laporan Tahunan ANGKASA 2023.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus.

Ketua Jurucakap, Haji Ismail Muda yang juga mewakili jurucakap dari Terengganu.

Kakitangan ANGKASA bertugas sebagai pencatat minit.

Perwakilan mengunjungi reruai Seksyen Penerbitan.

Kakitangan ANGKASA bertugas di bilik meja bantuan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease