KOPERASI 5
JULAI 2024 UKKM Memasyhurkan Canselor Pertama dan Taja Pelajar Palestin
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menerima watikah pemasyhuran sebagai Canselor Pertama UKKM daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UKKM, Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan.
“Sebagai contoh, pengajian di UKKM turut melibatkan pembelajaran dan pengalaman praktikal kepada para pelajar dengan sesi latihan di koperasi terpilih pada semester akhir. Ini bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran, malah juga memastikan mereka bersiap sedia untuk berada di lapangan dan menghadapi cabaran dalam sektor koperasi,” katanya. Katanya lagi, untuk merealisasikan aspirasi penubuhan UKKM, sokongan padu daripada semua agensi di bawah KUSKOP terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan agensi yang berkaitan teramatlah penting. “Sayamenyerukepadasemuakoperasi, terutamanya koperasi premier seperti Bank Rakyat, Co-opbank Pertama, serta koperasi yang berada dalam kelompok 100 terbaik untuk bersama-sama menyokong penubuhan UKKM dengan menghantar anggota pengurusan, anggota dan keluarga mereka untuk melanjutkan pelajaran di UKKM, menaja pembiayaan pembelajaran dan kerjasama strategik bagi penempatan latihan industri mahasiswa demi kesan sinergi kepada semua pihak. Menerusi cara ini, mahasiswa UKKM dapat menjalani proses pembelajaran secara hands-on dan pihak koperasi dapat menerima graduan yang berkaliber dan bersiap sedia untuk berkhidmat dalam koperasi masing-masing,” ujarnya. Selain itu, beliau juga mengumumkan UKKM telah mendapat kelulusan akreditasi bagi beberapa program baharu termasuk program pengajian khas yang diberi nama Programme for Executive , iaitu sesi kuliah yang akan diadakan selepas waktu bekerja khusus untuk golongan bekerja dalam sektor koperasi. Dalam majlis itu juga, UKKM memberikan penajaan kepada tiga orang pelajar dari Palestin berjumlah RM70,000
Oleh RAHMAT MOHD DID
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam sektor pendidikan negara apabila memasyhurkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick selaku Canselor pertama universiti tersebut. Majlis yang diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Jun 2024 itu turut menyaksikan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dimasyhurkan sebagai Pro- Canselor UKKM. Menurut YB Datuk Ewon, penubuhan UKKM bertujuan untuk mengisi jurang yang terdapat dalam sektor koperasi yang masih kekurangan tenaga mahir dan berpendidikan tinggi. “Sektor ini memerlukan lebih ramai tenaga terlatih dan profesional tidak kira daripada peringkat siswazah mahupun pascasiswazah sebagai pemangkin kelestarian pembangunan sosioekonomi koperasi negara. Peranan UKKM sebagai pusat kecemerlangan yang menawarkan pendidikan khusus dalam bidang keusahawanan dan koperasi berupaya menjadi platform melahirkan usahawan serta pengurus koperasi yang berkaliber tinggi, kompeten dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa suatu hari nanti,” katanya ketika berucap merasmikan majlis. Tambahnya, dengan kurikulum komprehensif dan relevan serta seiring dengan keperluan industri, UKKM akan memastikan graduan yang dilahirkan mampu membawa perubahan positif dan signifikan terhadap gerakan koperasi di Malaysia.
YB Datuk Ewon menyerahkan sijil penajaan pelajar Palestin di UKKM kepada Wakil Kedutaan Palestin ke Malaysia, Encik Mohammed Abudagga.
setiap seorang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di universiti tersebut. Langkah itu dilihat sebagai bukan hanya satu bentuk penerimaan pelajar antarabangsa, malah sebagai satu simbol kerjasama serta diplomasi pendidikan yang membantu hubungan dua hala antara Malaysia dengan Palestin. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Haji Onn Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengarah UKKM, Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan, Pengarah Urusan UKKM merangkap Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Naib Canselor UKKM, Prof. Dato’ Dr. Azali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar dan Wakil Kedutaan Palestin di Malaysia, Encik Mohammed Abudagga. Kepimpinan ANGKASA yang hadir di majlis tersebut ialah Presiden ANGKASA merangkap Anggota Lembaga IKMa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil KUSKOP), Encik Azizul Alias.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease